Monday, December 24, 2007

MENGHITUNG HARI

Menghitung hari-hari terakhir aku di sini. Sedih ada, seronok ada, frust pun ada. Walaupun diaorang sedih aku nak mengundurkan diri dari sini, tapi itulah hakikatnya. Yang pasti suatu hari jika bukan hari ini aku pasti akan pergi.

Kalau diikutkan kerja memang tak pernah habis. Aku harap pengganti aku akan meneruskan kerja-kerja aku.

Bila dikenangkan dengan "incom tax" aku yang besar tu, dua bulan terakhir ni aku kerja tak bergaji le gamaknya. Sedih memang sedih. Seronok benar anak-anak buah aku, dengar kabar viamin B dah nak masuk. Untuk aku, jangan harap le. Walaupun vitamin B tu untuk 2007, tapi mereka tak akan beri pada aku. Lagilah sedih, gaji tak ada, Vitamin B tak ada. Apa nak buat, itulah pengorbanan aku sempana AidilAdha kali ini.

Tuesday, November 27, 2007

MENARA CONDONG

Aku membaca berita ada mengatakan wartawan Jepun tertarik dengan Menara Condong di Telok Intan. Teringat pada 4/11/2007 yang lepas aku sekeluarga singgah sebentar dan sempat meninjau menara condong. Kagum, memang kagum... bukan senang nak buat macam tu. Asal dibina oleh pedagang Cina dan diuruskan oleh tentera British sebagai menara kawalan dan juga sebagai tempat menyimpan air.

Hajat untuk melihat Calley Castle tak kesampaian, aku cuma dapat melihat dari luar sahaja disebabkan masa yang tidak mengizinkan.

Singgah di Kompleks Bersejarah Pasir Salak dan sempat juga menunjukkan satu-satunya kapal korek yang berada di Perak kepada anak-anak.

Saturday, October 20, 2007

SALAM AIDUL FITRI

Alhamdulillah, sudah seminggu umat islam merayakan Hari Raya Aidil Fitri. Campur hari ini sudah tiga hari aku bekerja. Dan anak buah aku baru hari ni diorang naik. Tu dia... beraya sakan diaorang.
Terasa kemeriahan dihari raya masih terasa, terutamanya di kampungku. Maklumlah anak saudara memang ramai, time nak tidur kena cari port masing-masing. Kalau lambat, tak dapat tempat yang menarik. Tahun ini kakak ku merayakan hari raya yang terakhir sebagai anak dara. Dapat aku rasakan bertapa gembiranya kakaku yang akan melangsungkan perkahwinannya hujung tahun ini. Semoga berbahagia...
Kali ini kami kurang beraya sebab hari selasa abang telah mula berkerja. Kalau diikutkan sebulan memang tidak cukup untuk menziarahi sanak saudara. Masih ku ingat hari raya ke dua, kami beraya beramai-ramai menaiki sebuah Unser (semestinya kerataku), sebuah Inova, sebuah Naza Ria dan sebuah Van Toyota yang penuh dengan penumpang menziarahi makcik dan pakcikku di kampung. Gamat rasanya suasana, maklumlah ramai anak dara dan bujang yang sendang naik. Sampai di sebuah rumah, mau empat, lima bekas kueh terus licin. Terasa keseronokan berhar raya. Nanti kalau anak-anak buah dah berumah tangga pasti suasana ini tidak dapat dirasa lagi.
Oh! Ya... sebelum balik ke rumah aku sempat singgah ke rumah sahabat lamaku semasa di tingkatan 1-3, Siti. Masih tidak berubah dari dulu. Semoga ikatan persahabatan kita terus berkekalan.

Untuk semua aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Thursday, October 11, 2007

BAJU KURUNG BIRU

Semalam balik dari kerja aku pergi mencari baju kurung untuk dipakai di hari raya. Alhamdulillah berjumpa juga dengan baju yang aku berkenan. Walaupun harganya tidak seberapa, tapi cukuplah untuk dipakai di pagi lebaran. Minta maaf, bukan aku tidak mahu pergi ke butik. Tapi aku rasa cukuplah dengan kewangan yang tidak seberapa. Untuk menjahit sendiri tak sempat rasanya. Baju kurung berwarna biru berbungga putih.

Semalam juga abang balik terawikh awal untuk sama-sama menyaksikan ankasawan malaysia yang pertama berlepas ke angkasa. 10/10/07 detik bersejarah buat malaysia. Aku sebagai rakyat malaysia turut merasa bangga, tapi tidak terlalu ega... sebab bukan aku yang pergi.

Wednesday, October 10, 2007

AKHIR RAMADAN

Ramadan tinggal 3 hari sahaja lagi. Terlalu cepat masa berlalu. Baju anak-anak dan suami telah aku siapkan, tetapi baju aku tiada lagi. Entahlah, mana hendak dicari. Cari-cari banyak yang tidak berkenan. Nak jahit dah tak sempat. Entah, macam tak rasa nak pakai baju baru pulak. Nanti tidak sedondon kami di pagi raya.
Kueh telah aku siapkan, beli pun ada juga. Seronok aku tengok anak-anak suka makan biskut yang aku buat. Hari raya bergini anak-anak yang jadikannya seronok. Ramai orang telah bercuti, tapi aku masih bekerja sehingga esok. Tak terase pula nak balik awal.
Mudah-mudahan ramadan dan hari raya tahun ini membawa makna buat kami sekeluarga.

Monday, October 1, 2007

NEKAD

Sabtu lepas aku nekad menghantar notis untuk berhenti kerja. Aku kira itu keputusan muktamadku disokong oleh abang. Teringat kata-kata bos, "you also wan to leave? You have done a good job here"..bla..bla..bla..time aku nak berhenti baru dia cakap macam tu. Tapi bos suggest aku buat part time kat ofice. Dia kata position aku perlukan orang yang berpengalaman. Orang baru pun perlu belajar lagi. You work as a hour basis, 4 hour a day. Ok juga, tapi bila aku nak hantar dan ambil anak aku....
Projektor abang dah kong. Life hour lamp dia dah out. Masa aku call tadi service centre tu kata mau-mau 2 k. Abang pun dah lain macam aje. Duit punya pasal mood pun berubah... tak apa, apa salahnya aku tolong.
Time aku dah buat desicion, macam-maacam dugaan datang.... sabar ajelah, rezeki ada di mana-mana. Aku yang nekad dengan keputusan aku. Aku tak mengharapkan balasan tapii semoga abang hargai pertolongan aku..

Wednesday, September 5, 2007

LAMBAIAN KAABAH

Diam tak diam sudah 2 tahun aku meninggalkan kaabah. Kadang kala lambaian itu masih terasa. Memang benar, manusia mudah lupa. Bila gambar kaabah yang aku jadikan wallpaper komputerku akan mengingatkan aku akan aku ini hanyalah manusia yang kerdil yang hanya dipinjamkan sementara untuk di dunia ini. D.. jangan lupa dan jangan mudah alpa. Ya Allah ampunkan dosa hambamu ini. Semoga aku dapat berkunjung ke rumahMu lagi.

Saturday, September 1, 2007

50 TAHUN MERDEKA

31 Ogos 2007. 50 Tahun Malaysia telah merdeka. Alhamdulillah, dengan adanya kemerdekaan, aku berada di tempat aku sekarang. Sukar untuk aku gambarkan jika tanpa kemerdekaan. Tentu susah kehidupan di zaman dulu. Masih aku ingat emak pernah bercerita semasa zaman Jepun, hidup terlalu susah. Nak makan nasi memang payah, cuma sesekali arwah embah akan ke Singapura untuk mendapatkan beras, sementara itu perut hanya diisi oleh ubi kayu. Arwah embah pernah ditahan oleh Komunis, dengan ehsan seorang cina yang kenal arwah embah, dia terlepas. Cuba bayangkan sekarang, makanan pun terbuang-buang.
Selepas jepun menyerah kalah, bapak kerja sebagai AC di Gunung Pulai dan Ulu Coh, sementara emak menjaga anak-anak. Membuat sawah, menyediakan makanan dan keperluan tanpa suami di sisi. Kemudian bila dapat panggilan untuk ke tanah rancangan, dengan jumlah keluarga yang besar, emak terpaksa memohon simpati tuan pengurus meminta belas ehsan untuk sesuap nasi. Tapi kini tiada lagi suara emak yang suka bercerita, hanya gerakan tangan yang lemah dan kerdipan mata. Besar dugaan emak, moga dosa-dosa emak diampunkan Allah.
Tapi kini, terutamanya remaja zaman sekarang sukar untuk memahami erti kermerdekaan sebenarnya. Begitu juga aku, cuma yang aku dapat ucapkan "ALHAMDULILLAH". Arif bertanya kepada aku, "Ibu, apa itu earti merdeka?". Aku bertanya semula kepadanya "Apa yang Arif faham dengan maksud merdeka?". Seterusnya aku boleh menerangkan serba sedikit sahaja..Tapi yang pasti anak-anak aku terlalu seronok menyambut 31 Ogos terutamanya bila masing-masing cuba untuk meghafal lagu-lagu patriotik.

Thursday, August 23, 2007

CUTI AUGUST 07

19/8/2007
4.30 Pagi abah sudah mengejutkan kami anak-beranak bersiap sedia untuk ke air port. Emak dan abah bermalam di rumah kami. Malam tadi kami ke rumah Wan yang telah menamatkan zaman bujangnya dengan ' abang adik'. Alhamdulillah semunya berjalan dengan lancar. Cantik rumah keluarga Wan, banglo baru dua tingkat. Emak kata belanja rumah tu 350K. Mak datuk, memang patut pun. Aku pun mengimpikan rumah yang agak besar, tapi tak mengharapkan sebab aku tau ukuran baju untuk badanku. Mereka berdua merupakan kawan Allahyaraham Khairun Nizar, adik iparku semasa mereka di kolej. Wan adalah makwe adik ipar aku, dan jodoh tak panjang adikiparku pergi menemui yang maha Esa terlebih dahulu. Mereka menjadikan emak dan bapak mertuaku sebagai keluarga angkat. Alhamdulillah...

Setibanya aku di lapangan terbang Senai, aku bergegas untuk cek in sementara abang menghantar kereta ke rumah Ngah. Kami menunaikan solat subuh terlebih dahulu, maklumlah keluar rumah pukul 5.30 pagi. Aku dan Arif telah menyediakan bahan bacaan untuk kami baca sementara kami menunggu. Ini adalah kali pertama kami menaiki pesawat Air Asia. Waktu untuk bertolak hampir tiba, masing-masing berebut untuk beratur. Itulah mentaliti masyarakt kita. Jika tiada penguatkuasaan, masing-masing cuba untuk mementingkan diri sendiri. Sepatah kata abang, mereka terlalu "kiasu". Apakan tidak, kami sedang beratur pun masih ada yang cuba memotong barisan kami.

Di dalam pesawat lagilah, seorang apek bersama cucunya sebok bookkan kerusi untuk keluarga mereka. Aku duduk bersepak, aku dan Aiman, Arif dan Akmal di tempat lain dan abang duduk seorang. Semasa perjalanan Aiman sebok lapar, dia bukan kira, kalau dia nak makan dia sebut lapar bukan reti perlahan, aku dah ready dalam beg, walaupun aku tahu tak dibenarkan makan makanan luar. Aiman makan bukan banyak, dah tu makanan di dalam pesawat ni terlalu mahal. Macam membazir pulak kalau aku beli.

9.30 kami sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu. Dr. Samril telah menunggu kami. Kami diwaba meninjau-ninjau bandar Kota Kinabalu. Pukul 12 kami sampai di Hotel Promenade. Proses cek in agak lambat. Pekerja yang bertugas memberitahu bilik kami belum siap. Kami mengambil keputusan untuk ke pusat membeli belah. Jam 2 petang kami kembali lagi, jawapan yang sama, bilik kami belum siap. Waduh... Aku dah penat. Abang dah menunjukkan raut wajah yang kurang selesa. Nasib baik aku bawak buku cerita. Kurang tension sikit. Pukul 3.30 baru kami dapat menjejakkna punggung di dalam bilik. Kepala aku dah mula berdenyut-denyut, ni mesti makan parasitamol, kalau tidak migrane aku lagi teruk. Aku ambil keputusan ambil separuh aje.


Pukul 4.15 Samril dah datang, dia suruh kami pergi pasar Filipine dulu, sementara dia dan keluarga dia membeli-belah baju anak-anak dia untuk hari raya. Balik dia suruh abang bawak kereta dia. Aku sekadar jalan-jalan. Lepas tu kami balik bilik. Pukul 7.30 Samril datang lagi bawa kami pergi makan di Cherry bersama keluarga dia. Aku baru sempat berjabat tangan dengan orang rumah samril, Sha.


20/8/2007
Pagi lagi kami telah bertolak ke Jeti Jeselton. Selepas sarapan kami pergi ke Pulau Manukan. Perjalanan mengambil masa 10 minit. Sesampai di sana aku begitu terpegun dengan keindahan pantai yang jernih. Bermacam-macam jenis ikan dapat dilihat dari jeti. Ini merupakan pengalaman pertamaku snorkeling. Besar sungguh kuasa Allah, cantiknya ikan-ikan berenang disekeliling. Dalam masa aku sebok memberi ikan makan, jariku terasa sakit digigit ikan yang berwarna merah. Tepat pukul 11.00 Zul mengambil kami untuk ke Pulau sapi pula. Pulau kali ini agak kecil tetapi pantainya agak cetek. Pengalaman yang sama dikelilingi ikan berbelang-belang. Tepat pukul 2.00 kami pulang, hari hampir hujan. Abang dan anak-anak mengambil kesempatan untuk berehat. Sementara aku dan Arif keluar mencari seluar track untuk Arif.

Pukul 8.00 Samril mengambil kami ke rumahnya. banyak juadah telah disediakan, Sambal tumis udang, ikan bakar, ketam masak black paper, sotong masak hitam, sayur sup dan ditambah pula dengan air kelapa KK. Abang mengambil kesempatan makan makanan kegemarannya, sambal udang. Kami bersama 2 lagi keluarga kenalan Samril memeriahkan majlis pada malam itu. Pukul 10.00 kami balik. Alhamdulillah.

21/8/2007
Kami berjalan-jalan menaiki kereta yang disewa. Perut agak lapar, kami singgah ke pasar. Aku mengambil keputusan untuk makan nasi sambil mencuba masakan sabah, ikan yu masak pindang (kering) dan juga kerabu agar-agar. Oklah... aku boleh aje.

Kami cek out pukul 10.00 meneruskan perjalanan kami ke Gunung Kinabalu. Perjalanan menyusuri banjaran Croker. Sukar untuk mendapat pengalaman seperti ini. Terlalu indah ciptaanNya. Kepalaku terasa pening dan seperti nak muntah. Akhirnya kami sampai ke kaki gunung Kinabalu. Sempat juga kami mengikuti penerangan di dewan berkenaan Gunung Kinabalu.

Kami meneruskan perjalana menuju ke Ranau. Disebabkan tidak banyak signboard kami terlajak ke pekan Ranau. Selepas makan, kami patah balik ke Kundasang untuk ke Melisau Nature Park. Sesampai di sana hampir pukul 5.00. Malam memang sejuk, nasib baik bilik kami dilengkapkan dengan heater.

22/8/2007
Selepas sarapan maggi, abang bersama Arif dan Amal menyusuri junggle tracking. Aku dan Aiman duduk di bilik sahaja. Tepat pukul 9.30 kami cek out. Meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring. Sesampai di sana jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Kami tidak melepaskan peluang untuk mencuba Canopy walk. Agak ramai pengunjung dan kami terpaksa menunggu hampir 1 jam untuk dapat berjalan di jambatan gantung itu.

Selepas turun, anak-anak sudah sebok lapar dan tidak sabar untuk mandi di situ. Abang membuat pesanan Nasi Ayam dan mee goreng. Memang betul-betul Nasi dan Ayam. Boleh lah... Lapar punya pasal.

Jam 1.30 kami bertolak ke Kota Kinabalu. Singgah di rumah Samril dan menikmatai Nasi Lemak yang Samril masak. Boleh tahan juga masakan Samril. Kemudian kami ke pasar Filipine untuk membeli buah tangan. Lalu di situ sempat juga kami menikmati ikan dan sotong bakar. Memang segar betul. Lalu kami ke Kg Air dan pukul 7.00 kami tiba di Airport. Pukul 9 pesawat bertolak dan sampai di Senai pukul 11.10. Tiba agak awal disebabkan oleh bantuan tiupan angin yang memperepatkan perjalanan 15 minti.

Setiba di rumah jam taleh menunjukkan pukul 12.00 malam. Banyak kerja aku telah menunggu. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali. Secara keseluruhannya aku rasa amat berpuat hati. Terima kasih abang sebab mengajak kami bercuti ...

Monday, August 13, 2007

KAMERAKU ROSAK

Sabtu lepas aku bercadang nak membelek gambar yang berada di dalam kamera. Tekan-punya tekan satu pun tak keluar, malah nak 'on'ka pun tak boleh. Aisey man! macam mana ni, kamera aku tak berfungsi. Sudah 3 tahun kamera tu aku beli denga menggunakan duit plastik aku sendiri. Walaupun kamera itu cuma 3.2 megapixel, tapi ketika tu dah cukup canggih. Aku amat berpuas hati dengan hasilnya. Tapi tu le.... minggu depan aku nak gunakannya. Nak beli baru macam sayang pulak nak keluar duit. Tadi kak som dah offer kamera dia jika aku nak guna. Kamera orang ni aku ngeri sikit. Bermacam kenangan dah aku rakam, tapi kalau benda dah jadi nak buat macam mana. Mungkin ia rosak sebab gegaran kuat akibat lontaran yang aku buat sendiri... baru tau, tanggung sediri. Kamera-kamera....

Saturday, August 11, 2007

AUGUST

August, bulan kemerdekaan. Mana-mana aku pergi sudah kelihatan kibaran jalur gemilang. Tapi aku rasa agak kurang meriah berbanding tahun yang dulu-dulu.
Bulan ini juga aku rasa bulan yang paling sebok. Bermula dari akhir Julai, 'kempen gerak kemas perdana', 8 August, Internal audit untuk ISO/IEC 17025, 11 August 5S audit. Cuti sekolah bermula 19-22 aku nak bercuti, bawa anak-anak makan angin. Balik dari cuti 25 August 'Kulim family day', 26 August abah dah ajak jemputan ke KL. 6-7 September ada DSM audit untuk ISO/IEC 17025 pulak. Pening-pening. Banyak sangat benda yang kena buat.
Walau bagaimanapun aku kena buat yang terbaik, mana yang aku termampu. Banyak benda yang aku nak buat sebelum aku mengundurkan diri dari sini. Sekurang-kurangnya anak buah aku senang hasil kerja-kerja aku.

Friday, July 6, 2007

AKU HANYA INSAN BIASA

Aku hanya insan biasa, tak biasa lari dari kesalahan. Kadangkala kau cuba untuk berlaku baik tapi kadangkala aku kena jadi "budak jahat". Itulah istilah Lim kalau nak menegakkan kebenaran. Untuk menegur bukan senang, terutamanya kalau dah diberitahu tapi masih tak faham-faham. Manusia memang mudah lupa, semalam Isa kata "orang kita kalau dah senang nak kerja yang lebih senang". Kita kerja kena ikhlas, dan yang penting berkat.