Thursday, August 23, 2007

CUTI AUGUST 07

19/8/2007
4.30 Pagi abah sudah mengejutkan kami anak-beranak bersiap sedia untuk ke air port. Emak dan abah bermalam di rumah kami. Malam tadi kami ke rumah Wan yang telah menamatkan zaman bujangnya dengan ' abang adik'. Alhamdulillah semunya berjalan dengan lancar. Cantik rumah keluarga Wan, banglo baru dua tingkat. Emak kata belanja rumah tu 350K. Mak datuk, memang patut pun. Aku pun mengimpikan rumah yang agak besar, tapi tak mengharapkan sebab aku tau ukuran baju untuk badanku. Mereka berdua merupakan kawan Allahyaraham Khairun Nizar, adik iparku semasa mereka di kolej. Wan adalah makwe adik ipar aku, dan jodoh tak panjang adikiparku pergi menemui yang maha Esa terlebih dahulu. Mereka menjadikan emak dan bapak mertuaku sebagai keluarga angkat. Alhamdulillah...

Setibanya aku di lapangan terbang Senai, aku bergegas untuk cek in sementara abang menghantar kereta ke rumah Ngah. Kami menunaikan solat subuh terlebih dahulu, maklumlah keluar rumah pukul 5.30 pagi. Aku dan Arif telah menyediakan bahan bacaan untuk kami baca sementara kami menunggu. Ini adalah kali pertama kami menaiki pesawat Air Asia. Waktu untuk bertolak hampir tiba, masing-masing berebut untuk beratur. Itulah mentaliti masyarakt kita. Jika tiada penguatkuasaan, masing-masing cuba untuk mementingkan diri sendiri. Sepatah kata abang, mereka terlalu "kiasu". Apakan tidak, kami sedang beratur pun masih ada yang cuba memotong barisan kami.

Di dalam pesawat lagilah, seorang apek bersama cucunya sebok bookkan kerusi untuk keluarga mereka. Aku duduk bersepak, aku dan Aiman, Arif dan Akmal di tempat lain dan abang duduk seorang. Semasa perjalanan Aiman sebok lapar, dia bukan kira, kalau dia nak makan dia sebut lapar bukan reti perlahan, aku dah ready dalam beg, walaupun aku tahu tak dibenarkan makan makanan luar. Aiman makan bukan banyak, dah tu makanan di dalam pesawat ni terlalu mahal. Macam membazir pulak kalau aku beli.

9.30 kami sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu. Dr. Samril telah menunggu kami. Kami diwaba meninjau-ninjau bandar Kota Kinabalu. Pukul 12 kami sampai di Hotel Promenade. Proses cek in agak lambat. Pekerja yang bertugas memberitahu bilik kami belum siap. Kami mengambil keputusan untuk ke pusat membeli belah. Jam 2 petang kami kembali lagi, jawapan yang sama, bilik kami belum siap. Waduh... Aku dah penat. Abang dah menunjukkan raut wajah yang kurang selesa. Nasib baik aku bawak buku cerita. Kurang tension sikit. Pukul 3.30 baru kami dapat menjejakkna punggung di dalam bilik. Kepala aku dah mula berdenyut-denyut, ni mesti makan parasitamol, kalau tidak migrane aku lagi teruk. Aku ambil keputusan ambil separuh aje.


Pukul 4.15 Samril dah datang, dia suruh kami pergi pasar Filipine dulu, sementara dia dan keluarga dia membeli-belah baju anak-anak dia untuk hari raya. Balik dia suruh abang bawak kereta dia. Aku sekadar jalan-jalan. Lepas tu kami balik bilik. Pukul 7.30 Samril datang lagi bawa kami pergi makan di Cherry bersama keluarga dia. Aku baru sempat berjabat tangan dengan orang rumah samril, Sha.


20/8/2007
Pagi lagi kami telah bertolak ke Jeti Jeselton. Selepas sarapan kami pergi ke Pulau Manukan. Perjalanan mengambil masa 10 minit. Sesampai di sana aku begitu terpegun dengan keindahan pantai yang jernih. Bermacam-macam jenis ikan dapat dilihat dari jeti. Ini merupakan pengalaman pertamaku snorkeling. Besar sungguh kuasa Allah, cantiknya ikan-ikan berenang disekeliling. Dalam masa aku sebok memberi ikan makan, jariku terasa sakit digigit ikan yang berwarna merah. Tepat pukul 11.00 Zul mengambil kami untuk ke Pulau sapi pula. Pulau kali ini agak kecil tetapi pantainya agak cetek. Pengalaman yang sama dikelilingi ikan berbelang-belang. Tepat pukul 2.00 kami pulang, hari hampir hujan. Abang dan anak-anak mengambil kesempatan untuk berehat. Sementara aku dan Arif keluar mencari seluar track untuk Arif.

Pukul 8.00 Samril mengambil kami ke rumahnya. banyak juadah telah disediakan, Sambal tumis udang, ikan bakar, ketam masak black paper, sotong masak hitam, sayur sup dan ditambah pula dengan air kelapa KK. Abang mengambil kesempatan makan makanan kegemarannya, sambal udang. Kami bersama 2 lagi keluarga kenalan Samril memeriahkan majlis pada malam itu. Pukul 10.00 kami balik. Alhamdulillah.

21/8/2007
Kami berjalan-jalan menaiki kereta yang disewa. Perut agak lapar, kami singgah ke pasar. Aku mengambil keputusan untuk makan nasi sambil mencuba masakan sabah, ikan yu masak pindang (kering) dan juga kerabu agar-agar. Oklah... aku boleh aje.

Kami cek out pukul 10.00 meneruskan perjalanan kami ke Gunung Kinabalu. Perjalanan menyusuri banjaran Croker. Sukar untuk mendapat pengalaman seperti ini. Terlalu indah ciptaanNya. Kepalaku terasa pening dan seperti nak muntah. Akhirnya kami sampai ke kaki gunung Kinabalu. Sempat juga kami mengikuti penerangan di dewan berkenaan Gunung Kinabalu.

Kami meneruskan perjalana menuju ke Ranau. Disebabkan tidak banyak signboard kami terlajak ke pekan Ranau. Selepas makan, kami patah balik ke Kundasang untuk ke Melisau Nature Park. Sesampai di sana hampir pukul 5.00. Malam memang sejuk, nasib baik bilik kami dilengkapkan dengan heater.

22/8/2007
Selepas sarapan maggi, abang bersama Arif dan Amal menyusuri junggle tracking. Aku dan Aiman duduk di bilik sahaja. Tepat pukul 9.30 kami cek out. Meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring. Sesampai di sana jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Kami tidak melepaskan peluang untuk mencuba Canopy walk. Agak ramai pengunjung dan kami terpaksa menunggu hampir 1 jam untuk dapat berjalan di jambatan gantung itu.

Selepas turun, anak-anak sudah sebok lapar dan tidak sabar untuk mandi di situ. Abang membuat pesanan Nasi Ayam dan mee goreng. Memang betul-betul Nasi dan Ayam. Boleh lah... Lapar punya pasal.

Jam 1.30 kami bertolak ke Kota Kinabalu. Singgah di rumah Samril dan menikmatai Nasi Lemak yang Samril masak. Boleh tahan juga masakan Samril. Kemudian kami ke pasar Filipine untuk membeli buah tangan. Lalu di situ sempat juga kami menikmati ikan dan sotong bakar. Memang segar betul. Lalu kami ke Kg Air dan pukul 7.00 kami tiba di Airport. Pukul 9 pesawat bertolak dan sampai di Senai pukul 11.10. Tiba agak awal disebabkan oleh bantuan tiupan angin yang memperepatkan perjalanan 15 minti.

Setiba di rumah jam taleh menunjukkan pukul 12.00 malam. Banyak kerja aku telah menunggu. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali. Secara keseluruhannya aku rasa amat berpuat hati. Terima kasih abang sebab mengajak kami bercuti ...

Monday, August 13, 2007

KAMERAKU ROSAK

Sabtu lepas aku bercadang nak membelek gambar yang berada di dalam kamera. Tekan-punya tekan satu pun tak keluar, malah nak 'on'ka pun tak boleh. Aisey man! macam mana ni, kamera aku tak berfungsi. Sudah 3 tahun kamera tu aku beli denga menggunakan duit plastik aku sendiri. Walaupun kamera itu cuma 3.2 megapixel, tapi ketika tu dah cukup canggih. Aku amat berpuas hati dengan hasilnya. Tapi tu le.... minggu depan aku nak gunakannya. Nak beli baru macam sayang pulak nak keluar duit. Tadi kak som dah offer kamera dia jika aku nak guna. Kamera orang ni aku ngeri sikit. Bermacam kenangan dah aku rakam, tapi kalau benda dah jadi nak buat macam mana. Mungkin ia rosak sebab gegaran kuat akibat lontaran yang aku buat sendiri... baru tau, tanggung sediri. Kamera-kamera....

Saturday, August 11, 2007

AUGUST

August, bulan kemerdekaan. Mana-mana aku pergi sudah kelihatan kibaran jalur gemilang. Tapi aku rasa agak kurang meriah berbanding tahun yang dulu-dulu.
Bulan ini juga aku rasa bulan yang paling sebok. Bermula dari akhir Julai, 'kempen gerak kemas perdana', 8 August, Internal audit untuk ISO/IEC 17025, 11 August 5S audit. Cuti sekolah bermula 19-22 aku nak bercuti, bawa anak-anak makan angin. Balik dari cuti 25 August 'Kulim family day', 26 August abah dah ajak jemputan ke KL. 6-7 September ada DSM audit untuk ISO/IEC 17025 pulak. Pening-pening. Banyak sangat benda yang kena buat.
Walau bagaimanapun aku kena buat yang terbaik, mana yang aku termampu. Banyak benda yang aku nak buat sebelum aku mengundurkan diri dari sini. Sekurang-kurangnya anak buah aku senang hasil kerja-kerja aku.