Wednesday, September 5, 2007

LAMBAIAN KAABAH

Diam tak diam sudah 2 tahun aku meninggalkan kaabah. Kadang kala lambaian itu masih terasa. Memang benar, manusia mudah lupa. Bila gambar kaabah yang aku jadikan wallpaper komputerku akan mengingatkan aku akan aku ini hanyalah manusia yang kerdil yang hanya dipinjamkan sementara untuk di dunia ini. D.. jangan lupa dan jangan mudah alpa. Ya Allah ampunkan dosa hambamu ini. Semoga aku dapat berkunjung ke rumahMu lagi.

Saturday, September 1, 2007

50 TAHUN MERDEKA

31 Ogos 2007. 50 Tahun Malaysia telah merdeka. Alhamdulillah, dengan adanya kemerdekaan, aku berada di tempat aku sekarang. Sukar untuk aku gambarkan jika tanpa kemerdekaan. Tentu susah kehidupan di zaman dulu. Masih aku ingat emak pernah bercerita semasa zaman Jepun, hidup terlalu susah. Nak makan nasi memang payah, cuma sesekali arwah embah akan ke Singapura untuk mendapatkan beras, sementara itu perut hanya diisi oleh ubi kayu. Arwah embah pernah ditahan oleh Komunis, dengan ehsan seorang cina yang kenal arwah embah, dia terlepas. Cuba bayangkan sekarang, makanan pun terbuang-buang.
Selepas jepun menyerah kalah, bapak kerja sebagai AC di Gunung Pulai dan Ulu Coh, sementara emak menjaga anak-anak. Membuat sawah, menyediakan makanan dan keperluan tanpa suami di sisi. Kemudian bila dapat panggilan untuk ke tanah rancangan, dengan jumlah keluarga yang besar, emak terpaksa memohon simpati tuan pengurus meminta belas ehsan untuk sesuap nasi. Tapi kini tiada lagi suara emak yang suka bercerita, hanya gerakan tangan yang lemah dan kerdipan mata. Besar dugaan emak, moga dosa-dosa emak diampunkan Allah.
Tapi kini, terutamanya remaja zaman sekarang sukar untuk memahami erti kermerdekaan sebenarnya. Begitu juga aku, cuma yang aku dapat ucapkan "ALHAMDULILLAH". Arif bertanya kepada aku, "Ibu, apa itu earti merdeka?". Aku bertanya semula kepadanya "Apa yang Arif faham dengan maksud merdeka?". Seterusnya aku boleh menerangkan serba sedikit sahaja..Tapi yang pasti anak-anak aku terlalu seronok menyambut 31 Ogos terutamanya bila masing-masing cuba untuk meghafal lagu-lagu patriotik.