Aku hanya insan biasa...tidak lari dari melakukan kesilapan...Coretan, sekadar catatan perjalanan kehidupan.
Wednesday, December 9, 2009
Projek 2
Siang tadi abang pergi melawat projek, dia kata ada masalah sikit. Ni yang tak sedap ni. Aku yang tak senang hati. Biasalah, dah lama tak kerja, pantang kalau ada masalah sikit, rasanya hati aku akan tak tenteram. Aku berdoa semoga projek aku ini akan berakhir dengan selamat dan tanpa banyak masalah.
Tuesday, December 1, 2009
PINJAM
Aku siap susun ayat berminggu-minggu nak cakap dengan bapak. Aku rasa macam nak luruh jantung bila cakap dengan bapak. Yang kesiannya, hari raya korban yang lepas aku cakap kat bapak. Ni bukan aku yang berkorban, tapi bapak yang berkorban untuk aku. Masa aku cakap tu siap gelak-gelak, dalam eartikata kalau betul bapak beri, ok, kalau tak tak apa. Si Ana dan Ikin, anak saudara aku siap gelakkan aku lagi. Lepas dari itu, aku dah rasa lega, kalau bapak beri atau tidak dah tak menjadi masalah lagi. Yang penting aku dah cakap. Bunyinya macam kabur aje....
Tub-tub esok pagi dalam pukul 10, bapak dah beri pada aku. Hee... macam tak percaya aje. Aku kena beringat, adat meminjam....kena pulang
Wednesday, November 4, 2009
Migrane
Bila aku sedar aku dapat penyakit ini? Ha!..ini aku sedar bila di akhir-akhir waktu sebelum aku meletakkan jawatan sebagai Ahli Kimia di tempat aku dulu. Aku pun tak tau kenapa aku boleh kena. Masa dulu-dulu aku selalu tengok Lim menelan penadol sebab pening kepala. Aku selalu juga ingatkan dia ” don’t eat too much”, sekarang ini penyakit dia aku dah dapat. Dulu kalau aku mengadap komputer mulalah macam nak pecah kepala. Yang paling tak larat kalau sampai nak buka mata pun tak boleh. Nak buat macam mana, dulu semua kerja aku buat sendiri, dari cek data, internal correspondance, cek report, semua guna komputer. Macam mana aku nak kerja semula kalau macam ni.
Tapi kini aku perasan aku tak boleh nak merayap tengah-tengah panas. So kalau berjalan-jalan aku kena bawa bekal panadol. Aku pernah cakap kat abang, kenapa dengan aku, agaknya umur tak panjang. Tapi setiap penyakit tu kan datangnya dari Allah. Mesti ada hikmahnya.
Harap-harap migrane ni tak mengganggu kehidupan aku.
Wednesday, October 28, 2009
Projek
Perancangan pertama dah lari 13K. Budget asal cuma 20k tapi dah jadi 33K. Dengan 13k tu macam-macam boleh buat. Itu belum lagi perancangan kedua dan ketiga. Ini bermakna aku kena cari sumber untuk mendapatkan $$$$. Kalau macam inilah gayanya, habislah simpanan aku dan keluarga.
Projek pertama aku lantik Kelvin sebagai pembuat kerjanya. Projek kedua dan ketiga aku belum putuskan lagi siapa yang bakal aku lantik. Tunggulah hujung minggu ini aku nak buat tinjauan di Persada Johor. Harap-harap dapatlah aku harga yang murah dan berpatutan untuk projek mega aku ini. Di dalam hidup aku inilah projek yang paling mahal aku dan abang pernah buat. Kalaulah duit simpanan aku dalam bentuk matawang Euro atau Poun, alangkah bahagianya.
Bila projek mega aku siap, aku akan paparkan di sini. Tunggu....
Tuesday, October 20, 2009
Berakhir Syawal dan Cerita
3. Bee hoon goreng


Anak bujang aku tu bukan main melawa lagi dengan cermin mata RM2. Dulu dia selalu ambil cermin mata aku, tapi disebabkan aku tak benarkan, so dia beli di kedai RM2. Dia cukup suka dengan gayanya yang nampak "baik" itu.
5. Tadi Amal periksa sekolah agama. Ni lagi satu kes lawak, beria-ia dia kata hari ini ada peperiksan sekolah kebangsaan. So dia bawa tempat pensil dan pensil warna saja. Tiba di sekolah baru dia perasan minggu depan baru mula periksa. Nasib baik aku perasan dia call walaupun tak sempat jawab, sempatlah juga aku balik rumah ambil beg sekolah dia. Hai anak-anak, belajarlah betul-betul dan jawab soalan dengan baik. Ibu boleh tolong mana yang ibu mampu aje, dan ibu doakan moga kalian berjaya.
Thursday, October 8, 2009
Hari Raya dan Jamuan
Apa lagi, berlari aku balik singgah ke kedai dan beli apa yang patut. Nak minta tolong si bujang dia tak ada pulak, aku hantar dia ke Jusco dengan kawan-kawannya sebab katanya nak tengok wayang. Nampak gaya kenalah aku buat sorang-sorang. Dan akhirnya siaplah hidangan soto bersama rendang ayam. Yang kelakarnya aku punya bergedel tak jadi nak goreng sebab kuali melakat (dah tak sempat nak sambung sebab kawan dah datang). Maka jadilah soto tanpa bergedel.
Kepada kawan-kawan yang hadir (Nora dan keluaga, Raider dan keluarga, Shei dan anak-anak, Bakhtiar, Dorin dan anak-anak) sekali lagi terima kasih sebab sudi hadir ke rumah kami dan menjamah hidangan yang tidak seberapa itu.
Hujung minggu ini beberapa undangan telah diterima, cuma mengira dapat hadir atau tidak. Tengoklah kesempatan dan "bos" kata macam mana.
Thursday, September 24, 2009
Aidilfitri 09


Hari raya ke-4 aku dah balik rumah sebab abang kerja. Di sini raya macam tak raya sebab jiran tetanga aku tak ramai yang sambut. Walau apa pun selamat Hari raya minal aidil wal fa izin. Kesedihan meninggalkan ramadan disambut aidilfitri dengan kegembiraan. Jangan lupa puasa sunaat Syawal...
Sunday, August 30, 2009
Cerita dan Ramadan
1. Aiman
Kali ini merupakan puasa pertama Aiman, Alhamdulillah cukup puasa walaupun ini merupakan kali pertama untuknya. Aku tengok muka dia pun dah mula kecut. Nasib baik cuti sekolah, tak banyak gangguan untuk Aiman sebab semua abangnya puasa. Aku pun sogok dengan main game untuk buat dia leka. Tapi itulah, kalau berjalan atau petang dia sering mengadu yang perutnya terlalu kosong dan dia nak makan. Aku cuba pujuk dia agar dapat puasa hingga waktu berbuka.
2. Tarawikh
Kali pertama terawikh aku pergi ke surau As-Syakirin. Sambutan hari pertama amat memberangsangkan, siap disediakan khemah untuk menampung jemaah yang ramai. Malam ke dua di Kampung Sawah, dan malam ketiga di Bukit Batu. Alhamdulillah, ramai orang. Tapi malam tadi, setelah 8 hari berpuasa aku tengok surau dah mula susut, khemah pun dah dibuka, lebih-lebih lagi lepas 8 rakaat, zup... terus tinggal lima saf saja untuk jemaah wanita. Aku dah beritau abang untuk mengingatkan aku agar aku dapat mengerjakan ibadah ini lebih-lebih lagi malam 10 yang terakhir. Kadang-kala aku terasa malas juga, tapi bila dikenang-kenagkan bertapa banyaknya fadilat sembahyang terawikh terutamanya berjemaah, aku cuba gagahkan hati. Kalau sembahyang sendiri di rumah, adakah aku akan solat sunat sebelum dan selepas isya? Adakah aku akan buat solat witir? He..he..he....agak sukar.
3. Jahitan
Minggu lepas aku balik kampung, Ecah minta tolong jahitkan baju dia dan adik. Emak pula minta tolong jahitkan baju kemeja abah. Aku cuba mana yang termampu, aku beritahu emak aku ni cuma tukang jahit amatur, bukan pofesional, so kalau tak cantik aku minta maaf ajelah. Baju adik dan ecah dah siap cuma kain adik belum siap, manakala baju kedua-duanya belum aku lipat bawah. Aku ingat nak siapkan baju abah, tapi tak siap juga sebab kaf tangan dan rumah butang tak sempat siap hari ini. Ecah beri sepasang baju untuk aku, terima kasih. Sebelum puasa abang belikan aku baju dah siap sebab aku minta dia belikan, purple juga sebab nak kenakan dengan tema tahun ini. Banyaknya purple.
4. Kampung
Hari ini aku akan balik kampung. Minggu lepas pun balik kampung juga. Hari ini di Kampung Sawah, esok di Bukit Batu. Abang cakap sebab esok cuti, so ada kesempatan nak balik kampung. Hari ini abang nak tudur lepas dari subuh tadi sampai la ni tak bangun lagi. Jelous katanya anak-anak dapat sambung tidur lepas subuh. Atuk dan opah suka cucunya balik. Aku tengok bapak pun suka kami balik, terhibur sikit budak-budak tu ada.
Juadah berbuka kali ini simple. Abang nak cuba kawal pengambilan makanan waktu berbuka. So, apa yang aku buat, hari ini makan nasi, esok aku masak lain. Kalau makan nasi buka dengan kueh, lepas solat Maghrib baru makan nasi. Aku dah remind abang, jangan pergi bazar kalau aku tak suruh pergi. Aku seronok tengok Aiman berbuka, dia susun makanan depan dia, tamar sebiji, dadih satu mangkuk kecil, kueh satu, air segelas. Tapi dia tak makan banyak sangat.
6. Merdeka
Esok 31 Ogos 2009, selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52. Semoga Malaysia akan terus aman.
Saturday, August 8, 2009
Sya'ban
Habis saja bulan Sya'ban, Ramadan akan bermula. Bulan kelahiranku, dan juga bulan di mana abangku Allahyarham Mohd Afandi pergi menghadapiNya. Dua hari sebelum Ramadan juga emak pula pergi menyusul. Aku masih ingat, malam Jumaat, 5 minit sebelum 12 tengah malam, emak pergi meninggalkanku buat selama-lamanya. Semoga roh kalian ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah. Aku tidak tahu semenjak-dua menjak ini aku kerap teringatkan Allahyarhamah emak. Mungkin disebabkan oleh beberapa kejadian di kampung mengikabatkan kenangan aku bersama emak kembali segar dalam ingatan. Aku masih ingat beberapa ungkapan kata-katanya yang pasti tidak akan aku lupakan. "Kalau boleh emak tak nak anak-anak emak susah macam emak, belajarlah pandai-pandai, agar besar nanti tidak susah macam emak, jadi penoreh getah", "Emak tidak pernah nak membeza-bezakan anak-anak emak, semua emak layan sama rata". Aku pernah berkata kepada emak "Kesian emak, anak ramai, 10 orang, macam-macam perangai ada kan mak". Emak kata" Anak-anak emak semua ok, tak ada yang susahkan emak". Betapa tabah dan cekal emak mendidik anak-anak. Walaupun kakak Ngah tak dapat bersekolah, (emak pernah menyesal seperti yang dikatakan kepada kakak), tetapi emak cuba untuk memberikan pendidikan untuk anak-anaknya yang lain. Betapa susahnya emak terpaksa mengemis bantuan dari tuan Pengurus di awal-awal kemasukannya di tanah rancangan. Emaklah yang banyak mengambil tahu pasal pendidikan anak-anak. Tidak mustahil anak-anak lebih rapat dengan emak dari bapak. Terlalu banyak kenangan aku di masa lalu.. Dengan bapak? Aku rasa tak ada siapa yang berani, silap-silap boleh jadi anak derhaka. Aku harap aku tak jadi anak derhaka. Walau bagaimanapun bapak baik. Moga aku tidak lupa.
huh..bulan-bulan barakah. Aku harap aku dapat lalui dan dapat perbaharui diri untuk menjadi yang lebih baik dari semalam. Jika bukan kesenangan aku harapkan keimanan...Amin.
Wednesday, August 5, 2009
Hujung Minggu (2)

Thursday, July 30, 2009
Demam
Ini dia kek Aiman.
Aiman sempat memotong keknya sebelum ayah bertolak ke KL, dan sebelum dia pergi mengaji.
Birthday boy bersama ayah dan Akmal.
Diam tak diam sudah enam tahun anak aku yang bungsu ni. Sekejab betul masa berlalu. Aiman pun dah nak tumbuh gigi baru. Masalahnya gigi susu dia belum tanggal lagi. Usia Aiman enam tahun bermakna usia kereta aku pun dah enam tahun. Kereta itu aku beli dua hari sebelum Aiman lahir. Masa tu dengan perut memboyot aku ke JPJ untuk buat pendaftaran. Kereta tu banyak berjasa kepada aku sekeluarga. Kereta abang pun dah masuk lapan tahun. Bermacam bunyi dah ada, tetapi memandangkan malas nak menambah hutang, abang masih pakai kereta wiranya itu. Dengan kereta itu juga dia pergi membuat kerja tambahan untuk kami sekeluarga. Terima kasih abang. Semoga kita dapat menghadapi cabaran dan dugaan mendatang dengan tabah dan terbuka.
Wednesday, July 22, 2009
Maaf
Ini lah kereta yang park di belakang kereta kami
Saturday, July 18, 2009
Hujung Minggu (1)
Dah lama dah aku tak jogging, semput juga. Ramai orang di taman, bermakna ramai orang dah ada kesedaran untuk bersenam, tak kira yang tua atau yang muda. Rakyat Malaysia dah ramai yang gemuk termasuk aku dan abang. Dah lebih dari ukuran sepatutnya dikira gemuk lah tu... Rata-rata yang aku jumpa semua mempunyai jumlah lemak yang lebih...dalam pada tu ada juga yang ramping. Jelous aku...
Ada beberapa kenalan aku yang dapat menurunkan berat badan dengan jayanya, memang best, maintain macam zaman anak dara dulu-dualu. Tapi, dia punya syarat tak sanggup aku ikut..makan hati berulam jantung...siapa yang sanggup.
Lepas jogging, aku dan abang nak mengembalikan semula jumlah kalori yang hilang dengan berserapan roti canai, satu mana cukup...mamak! roti kosong dua, siap dengan teh tarik...yum..yum..yum..
Lepas ni aku nak buat operasi du rumah pula, dua bujang aku di rumah tengah syok main game....tak apa, nantilah kalau aku dah balik, siaplah kedengaran suara aku...
Next time aku nak exercise lagi....(ya ke?)..
Wednesday, July 15, 2009
Pulau Sibu


Dah penat snorkeling di Pulau Sibu Kukus, nak balik bilik, nak makan....lapar
Jalan-jalan dalam pulau, nak pergi twin beach...mandi lagi...
BENGGANG
Aku dapat notis taksiran tambahan tahun 2004, 2006 dan 2007. Semua tambahan cukai yang aku kena bayar ialah RM3828.16 .Pergh!....banyaknya. Dulu sebelum aku berhenti, dua bulan terakhir gaji aku tak masuk dalam akaun bank, itu pun disebabkan kena bayar LHDN. Kemudian aku dapat surat bertarikh 24.7.2008, mengatakan aku ada kredit dalam akaun. Disebabkan ada masalah untuk taksiran 1995 dan 1996 aku kena settlekan untuk mendapatkan hak aku. 6.8.2008 aku naik pejabat hasil di sebelah Angsana. Cek puna cek rupanya aku dah hantar borang be aku untuk tahun tu siap dengan ea sekali. Macam mana dia kata aku tak hantar? Bila aku dah settlekan semua benda yang dia hendak aku tunggu lagi. Bulan sebelas aku datang lagi tanya apa cerita kes aku, rupanya ada masalah antara jabatan kat LHDN, aku juga yang kena settlekan. Gajah sama gajah gaduh aku ni sebagai pelanduk yang nak minta duit aku balik yang kena jernihkan keadaan...ni kes double charging kata aku. Lepas tu baru dia call aku yang aku dah tak ada masalah lagi. Tapi sebelum tu siap cakap yang suami aku ada tunggakkan, lepas tu suruh tolak dari kredit aku, banyak pulak tu 3+k. Malas nak panjangkan cerita aku suruh dia tolak aje. Bakinya adalah 2+k. Jadilah....
Tub..tub..hari ni datang surat lagi aku kena bayar hampir 4k tu. Apalah malang nasib aku, jadi mangsa orang yang tak buat kerja betul-betul. Kalau ikutkan nak aje aku hamburkan apa yang terluah dalam hati aku, tapi aku ni dalam hati aje lebih, nak keluarkan tak sanggup...benggang...benggang...
Tuesday, June 23, 2009
Agenda cuti sekolah @ June 2009
Banyak perkara berlaku semenjak April lepas sehingga Jun ini. Bermula dengan perkahwinan adik ipar (Ecah), kemudian sebok berjalan pula.
Segalanya bermula dengan menyediakan persiapan pakaian untuk setiap penghuni rumah di Kg. Sawah. 3 pasang baju melayu teluk belanga untuk abang, abah dan ein. 6 pasang baju kurung perempuan tuntuk emak, khairiah, ecah, ani, intan dan aku (sudah semestinya).. cuma baju anak-anak aku yang belum aku sudahkan..disebabkan mereka tu hanya memakai t-shirt pada hari bersejarah tersebut..Setelah selesai semua baju, aku sebok membungkus gula-gula sebagai kudapan untuk kanank-kanak. Banyak juga, aku kira semuanya sebanyak 2300++.
Aku kira ramai tetamu semasa majlis tersebut.
Aku bertindak sebagai pemandu pengantin perempuan ketika akad nikah diadakan di masjid jamik pontian. Begitu sayu aku lihat ecah menerima zul sebagai suaminya. Begitu sabarnya dia. Aku tidak dapat bayangkan sekiranya aku berada di tempatnya. Bukan mudah untuk menerima suami yang kita tidak kenal, lebih-lebih lagi zul merupakan pilihan orang tua. Bersabarlah ecah, mungkin ada baiknya dengan kesabaran dan kerelaan ecah selama ini...Bila majlis berlangsung, aku seperti biasa, pasti ada yang tidak menyenangkan hati...tapi apa boleh buat...ikut saja...
Selepas kenduri, aku hanya sempat menolong sehingga pukul 3.30 petang hari selepasnya, sebelum aku bergegas kembali ke rumah. Belum sempat selesai basuhan baju dari kampung aku bertolak ke Klang bersama-sama abang dan anak-anak. Penatnya....Hari selasa aku demam....(biasalah aku ni bukan kuat sangat, bukan boleh buat kerja lebih-lebih), cuma hari rabu aku dapat membawa anak-anak ke pusat sains negara seterusnya aku bawa anak-anak membaca buka di MPH midvalley. Nak berbelanja duitnya tiada, lebih baik diam saja...
Sekembalinya dari bercuti, sakit yang aku dapat, dan akhirnya aku mengaku kalah dan terpaksa menjengah klinik untuk mendapatkan ubat...
Wednesday, April 29, 2009
Menghitung hari untuk kenduri..
Aku mengambil sikap untuk berdiam diri dan tidak mahu campur tangan dalam pengendalian majlis itu nanti, bukan bermaksud aku tidak mahu tolong cuma aku tak mahu pilihan aku akan menjadi dominasi/keputusan setiap apa yang dilakukan. Aku harap semua akan berjalan dengan lancar dan majlis mendapat berkat dan rahmat dariNya.
Friday, April 10, 2009
BULI
Di rumah ini, aku lihat anak aku yang sulung tu terlalu kerap memebuli adiknya, terutamanya yang nombor dua. Bukan aku tak halang dan tak ingatkan, tapi tak serik-serik juga dibuat adiknya. Tindakannya seperti remaja yang masih belum matang. Puas aku nasihat, kadangkala marah dan bermacam-macam lagi. Kalau bermain tu keterlaluan..Aku selalu berpesan, kalau nak buat sesuatu tu fikir dulu....Ha!..kan tadi dah kena rotan dengan ayah. Aku harap suatu hari nanti dia akan sedar dan dapat berfikir dengan lebih baik lagi untuk kebaikan dirinya.
Sunday, March 29, 2009
NOTA KULIAH
Bahasa:
- Ketinggian bahasa Al-Wuran dikagumi oleh pakar bahasa dan penyair arab
- Keindah susunan dan gaya bahasa yang tidak boleh ditandingi
- Tiada manusia yang boleh mencipta menyerupainya
Kandungan:
- Ayatnya menetang sesiapa yang merasa dia adalah sastrawan ulung
- Isinya mengandungi kisah dan peristiwa dari zaman rasulullah
- Isinya tidak bertentangan antara satu sama lain
- Isinya mencakupi ilmu pengetahuan agama dan dunia serta sesuai dengan segala zaman dan tempat
Ilmu:
- Al-Quran merangkumi semua bidang ilmu
- Ia manerangkan tentang ilmu yang menjadi disiplin semua ilmu masa kini
Nota ni belum habis lagi, tapi ini pun dari perspektif kefahaman aku sendiri kalau orang lain tak faham minta maaf ajelah.
Friday, February 27, 2009
KEKESALAN
Aku pun tak tahu, jika dulu untuk membuat sesuatu keputusan aku sering terfikir emak dan bapak. Walaupun segala keputusan nampaknya aku yang buat tetapi di sebalik itu ada teras atau landasan yang aku perlu turuti. Biarlah orang kata aku ni terlalu memilih ataupun terlalu sombong, tapi orang tidak tahu apa sebenarnya yang berada di hati. Kalau diikutkan kata hati mahu binasa hidup ini. Alhamdulillah, masih ada pegangan yang masih kuat dan utuh di dalam pemikran aku. Syukur..
Aku selalu juga terfikir, mungkin kita dengar kata emak dan bapak kita, senang cerita tak membantah dan membelakangkan mereka hidup kita jadi seperti hari ini. Pening aku fikirkan remaja masa kini. Fikirlah sebelum berbuat sesuatu ......Allah melihat apa yang kita buat dan juga apa yang kita buat memeberi kesan yang besar di akhir nanti. Fikir-fikirkanlah...
Wednesday, February 25, 2009
KENALAN LAMA - ANN
Minggu lepas aku mendapat e-mail dari akak anne, macam kenal tapi takut salah orang pula. Setalah kirimannya ku balas memang sah, ann yang aku kenal dulu sewaktu aku di matrik. Pada tahun 1989, ketika itu aku di UPM mengambil Matrik Sains. Ann seorang pelajar baru, pengambilan ke dua untuk pelajar matrik. Dia merupakan seorang yang peramah. Walaupun baru masuk tetapi keramahannya menyebabkan dia mudah mesra. Kami dalam kumpulan yang sama, maklumlah daftar di saat-saat akhir.
Aku masih ingat, kalau kita pergi ke kuliah selalunya lambat. Masa tu kalau berjalan dah tak nampak ayunya berbaju kurung disebabkan mengejar masa untuk ke kuliah terutamanya kalau di Pusat Asasi Sains. Ann, Mazel, Cik Na dan aku selalu aje pergi sekempulan. Kalau di kelas Bio, annlah partner aku. Aku ingat lagi masa kita belah tikus dulu. Group kita masa tu Razali, Radzai, Halim dan yang lain aku tak ingat, selalu ada di belakang makmal... ha..ha..ha...seronok masa tu kan, kecoh...
Tapi kini ann berada di kota London, mengikut suaminya yang melanjutkan pelajarannya di sana. Dengar cerita telah tamat dan sedang mencari kerja. Seronoknya melihat negara orang kan? Berkahwin dengan seorang Jepun dan kerap berpindah. Kata orang jauh berjalan luas pandangan dan ramai kenalan. Itulah kehidupan, dan kata orang kuga hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri...
Alhamdulillah, aku berada di sini. Sebagai seorang suri rumah yang sebok menguruskan anak-anak. Seperti kata abah, duit boleh dicari tapi yang penting adalah kesejahteraan anak-anak. Tepukul aku mendengar bicara abah minggu lepas. Kadang-kala aku terlupa, bahawa itulah pilihanku dan juga aku ada anak-anak yang perlu aku fikirkan. Setiap manusia tidak sama perjalanannya.
Monday, January 19, 2009
PENGORBANAN SEORANG IBU
Tahun Baru, Jadual Pun Baru
Alhamdulillah, di penghujung 2008, kami sekeluarga berkesempatan bercuti di Langkawi. Terima kasih abang kerana membawa kami ke sana. Kalau nak harapkan duit sendiri kering....
Tahun nin Arif memasuki sekolah menengah. Sek. Men Taman Pelangi Indah. Kelam kabut juga dibuatnya di awal-awal waktu. Maklumlah nama yang didaftarkan lain yang keluar cuma nama ayahnya sahaja.
Pagi pukul 8.45, hantar Akmal ke sekolah agama Desa Cemerlang. Balik aku tumpangkan van. Balik mengemas, dan siapkan apa yang patut.
12.15 -siap sedia menghantar tiga bujangku dimulai dengan aiman, akmal dan arif.
3.45 - ambil aiman (jalan kaki)
6.20- ambil amal (kalau ayah tak sempat).
7.00 - hantar mengaji (selasa, rabu, khamis- itupun kalau ayah sebok)
8.30 -ambil anak-anak balik mengaji.
Hari Selasa dan Khamis aku belajar mengaji pulak. Balik saing anak-anak.
Buat masa ni itu saja jadualku. Minggu ni baru arif ada latihan sukan pada hari selasa dan khamis. 8.00 hingga 10.00 pagi.
Nampak macam senang, tapi kadang kala rasa macam sebok juga.
Yang penting sekarang aku puas walaupun penat tapi anak-anak di depan mata.Wang boleh dicari, masa mana nak gali...

