Wednesday, April 29, 2009

Menghitung hari untuk kenduri..

Hari semakin suntuk..April sudah menghampiri penghujung, Mei bakal menjelang..Maka bakal seboklah aku bulan mei nanti. Baju untuk kenduri Ecah sudah hampir siap cuma tinggal seluar yang lelaki aje belum aku buat. Tah mcm malas lak nak buat cepat-cepat. Ni nak kena gali patern-petern lama masa aku belajar dulu, bukannya apa aku takut salah buat..nanya nanti orang pakai. Dahlah baju tema pulak tu...



Aku mengambil sikap untuk berdiam diri dan tidak mahu campur tangan dalam pengendalian majlis itu nanti, bukan bermaksud aku tidak mahu tolong cuma aku tak mahu pilihan aku akan menjadi dominasi/keputusan setiap apa yang dilakukan. Aku harap semua akan berjalan dengan lancar dan majlis mendapat berkat dan rahmat dariNya.

Friday, April 10, 2009

BULI

Akhir-akhir ini terlalu kerap berita berkenaan buli terutama yang berlaku di sekolah. Aku tak ingat rancangan apa yang memperkatakan tentang "Sekolah Buli?". Tetapi kisah itu juga berkaitan dengan kes kematian seorang pelajar yang mati dipukul di Sg Besi. Terlalu mudah betul nak pukul anak orang, macam tiada nilai. Segala tindakan tidak dimulakan dengan akal, akhirnya menyesal tak sudah...

Di rumah ini, aku lihat anak aku yang sulung tu terlalu kerap memebuli adiknya, terutamanya yang nombor dua. Bukan aku tak halang dan tak ingatkan, tapi tak serik-serik juga dibuat adiknya. Tindakannya seperti remaja yang masih belum matang. Puas aku nasihat, kadangkala marah dan bermacam-macam lagi. Kalau bermain tu keterlaluan..Aku selalu berpesan, kalau nak buat sesuatu tu fikir dulu....Ha!..kan tadi dah kena rotan dengan ayah. Aku harap suatu hari nanti dia akan sedar dan dapat berfikir dengan lebih baik lagi untuk kebaikan dirinya.