Tuesday, June 23, 2009

Agenda cuti sekolah @ June 2009

Sudah lama aku tak menulis sebarang catatan di sini...Semenjak dua menjak ni aku sebok dengan fb, so masa untuk meluahkan perasaan di sini semakin kurang. Tetapi bila aku fikir, ruang ini masih bermakna buatku, aku tak mahu ia lapuk begitu sahaja...

Banyak perkara berlaku semenjak April lepas sehingga Jun ini. Bermula dengan perkahwinan adik ipar (Ecah), kemudian sebok berjalan pula.

Segalanya bermula dengan menyediakan persiapan pakaian untuk setiap penghuni rumah di Kg. Sawah. 3 pasang baju melayu teluk belanga untuk abang, abah dan ein. 6 pasang baju kurung perempuan tuntuk emak, khairiah, ecah, ani, intan dan aku (sudah semestinya).. cuma baju anak-anak aku yang belum aku sudahkan..disebabkan mereka tu hanya memakai t-shirt pada hari bersejarah tersebut..Setelah selesai semua baju, aku sebok membungkus gula-gula sebagai kudapan untuk kanank-kanak. Banyak juga, aku kira semuanya sebanyak 2300++.

Aku kira ramai tetamu semasa majlis tersebut.

Aku bertindak sebagai pemandu pengantin perempuan ketika akad nikah diadakan di masjid jamik pontian. Begitu sayu aku lihat ecah menerima zul sebagai suaminya. Begitu sabarnya dia. Aku tidak dapat bayangkan sekiranya aku berada di tempatnya. Bukan mudah untuk menerima suami yang kita tidak kenal, lebih-lebih lagi zul merupakan pilihan orang tua. Bersabarlah ecah, mungkin ada baiknya dengan kesabaran dan kerelaan ecah selama ini...Bila majlis berlangsung, aku seperti biasa, pasti ada yang tidak menyenangkan hati...tapi apa boleh buat...ikut saja...







Selepas kenduri, aku hanya sempat menolong sehingga pukul 3.30 petang hari selepasnya, sebelum aku bergegas kembali ke rumah. Belum sempat selesai basuhan baju dari kampung aku bertolak ke Klang bersama-sama abang dan anak-anak. Penatnya....Hari selasa aku demam....(biasalah aku ni bukan kuat sangat, bukan boleh buat kerja lebih-lebih), cuma hari rabu aku dapat membawa anak-anak ke pusat sains negara seterusnya aku bawa anak-anak membaca buka di MPH midvalley. Nak berbelanja duitnya tiada, lebih baik diam saja...

Sekembalinya dari bercuti, sakit yang aku dapat, dan akhirnya aku mengaku kalah dan terpaksa menjengah klinik untuk mendapatkan ubat...