Thursday, July 30, 2009

Demam

Bermula dari hari Isnin lepas, Akmal mula demam. Aku bawa dia ke klinik dan aku dah dapatkan mc untuk dua hari. Bila dah makan ubat, hari Selasa pagi aku tengok dia dah ok sikit. Petang tu dia pergi ke sekolah walaupun sepatutnya dia masih dalam cuti sakit. Dia kata ada ujian. Balik dari sekolah, badannya panas semula. Ada tanda2 bengkak di dagu. Aku suruh dia berehat. Bila malam, kesian aku tengok dia, tak nyenyak tidur, lepas tu badannya bengka-bengkak. Panik juga, aku beri ubat demam biasa lepas tu aku sapu vicks. Pagi tu bengkaknya dah berkurang, tapi panasnya masih ada. Hari ini Arif pun dah menunjukkan symptom demam. Sekali lagi aku bawa dua orang anak bujang aku ke klinik. Akmal dapat dua hari cuti manakala Arif dapat satu hari. Kesihatan anak adalah segalanya. Ujian boleh ambil lain kali. Bila lihat anak sakit, kita yang rasa sayu selalu berdoa agar mereka cepat sembuh.
Hari Selasa, hari ulangtahun Aiman yang ke enam. Aku cuma membelikan jajanan dan dipaketkan untuk diberi kepada kawan-kawan aiman di kelas mengaji. Aku cuma sediakan 50 paket sahaja. Aiman minta aku belikan kek untuknya, tapi aku katakan kepadanya bahawa aku akan membuat sendiri kek untuknya. Bahan-bahan untuk membuat kek semua dah ada, tak perlu aku ke kedai lagi. Arif suka aje kalau aku buat kek. Kek coklat kegemaran anak-anak. Aku tambahkan toping coklat, taburkan almond yang dipanggang (tu yang ada warna kecoklatan..hehehe), lepas tu tambah sugar colour.

Ini dia kek Aiman.



Aiman sempat memotong keknya sebelum ayah bertolak ke KL, dan sebelum dia pergi mengaji.



Birthday boy bersama ayah dan Akmal.

Diam tak diam sudah enam tahun anak aku yang bungsu ni. Sekejab betul masa berlalu. Aiman pun dah nak tumbuh gigi baru. Masalahnya gigi susu dia belum tanggal lagi. Usia Aiman enam tahun bermakna usia kereta aku pun dah enam tahun. Kereta itu aku beli dua hari sebelum Aiman lahir. Masa tu dengan perut memboyot aku ke JPJ untuk buat pendaftaran. Kereta tu banyak berjasa kepada aku sekeluarga. Kereta abang pun dah masuk lapan tahun. Bermacam bunyi dah ada, tetapi memandangkan malas nak menambah hutang, abang masih pakai kereta wiranya itu. Dengan kereta itu juga dia pergi membuat kerja tambahan untuk kami sekeluarga. Terima kasih abang. Semoga kita dapat menghadapi cabaran dan dugaan mendatang dengan tabah dan terbuka.


Wednesday, July 22, 2009

Maaf


Petang sabtu lepas, selepas aktiviti meninjau di Taman Dahlia kami sekeluarga pergi ke Kong Kong. Tak pernah lagi sampai ke sini. Seronok juga tengok orang memancing ikan Belanak di tepi jeti. Dalam pada itu, juadah mee bandung, nasi goreng dan kue tiaw tom yam mengisi slot petang kami. Saja tengok orang ramai dan muara sungai johor.


Jam dah menunjukkan hampir pukul 6 petang, ni dah nak kena balik pula sebab kami belum menunaikan ibadah wajib kami. Sampai di kereta, ada pulak kereta parking betul-betul di belakang kereta kamil. Lama juga kami menunggu, abang siap tanya beberapa orang untuk mengalihkan kereta, hampir 20 minit juga. Last sekali abang pergi tanya di sebuah warung tak jauh dari situ.

Ini lah kereta yang park di belakang kereta kami

Kemudian datang seorang lalaki datang dengan ucapan "maaf", hati tengah panas, abang siap cakap kat dia, "kan banyak lagi tempat kosong". Aku pun tak faham, kenapalah orang ni parking di sini, bukannya tak ada tempat lain, masalahnya berlambak. Aku rasa orang ni saja nak kena marah kot. Nasib baik datang, kalau tidak sia-sia aje kena tanggung dosa kami.
Moral of the story: Jangan park kereta sembarangan, dan jangan cari pasal nak buat orang marah dan akhir sekali jangan menyusahkan orang.

Saturday, July 18, 2009

Hujung Minggu (1)

Pagi tadi lepas hantar Arif ke sekolah, aku dan abang ambil kesempatan pergi jogging di taman. Hari ini arif ada larian merentas taman. Kalau dulu kita panggil merentas desa, kali ni dah tak lagi sebab di sini bukan kampung. Larian tu siap ada nama lagi iaitu LARIAN PELANGI, kelas gitu.
Dah lama dah aku tak jogging, semput juga. Ramai orang di taman, bermakna ramai orang dah ada kesedaran untuk bersenam, tak kira yang tua atau yang muda. Rakyat Malaysia dah ramai yang gemuk termasuk aku dan abang. Dah lebih dari ukuran sepatutnya dikira gemuk lah tu... Rata-rata yang aku jumpa semua mempunyai jumlah lemak yang lebih...dalam pada tu ada juga yang ramping. Jelous aku...
Ada beberapa kenalan aku yang dapat menurunkan berat badan dengan jayanya, memang best, maintain macam zaman anak dara dulu-dualu. Tapi, dia punya syarat tak sanggup aku ikut..makan hati berulam jantung...siapa yang sanggup.
Lepas jogging, aku dan abang nak mengembalikan semula jumlah kalori yang hilang dengan berserapan roti canai, satu mana cukup...mamak! roti kosong dua, siap dengan teh tarik...yum..yum..yum..
Lepas ni aku nak buat operasi du rumah pula, dua bujang aku di rumah tengah syok main game....tak apa, nantilah kalau aku dah balik, siaplah kedengaran suara aku...
Next time aku nak exercise lagi....(ya ke?)..

Wednesday, July 15, 2009

Pulau Sibu

Sempena hari Hol Sultan Johor yang lepas aku bersama keluarga pergi bercuti ke pulau sibu. Aku rasa teruja sebab aku dah tak sabar nak pergi snorkeling....



Di jeti Tanjun Leman, baru nak pergi pulau


Dengan mak mertua, nak pergi snorkeling. Tengah hari buta pergi menyelam.


Dah penat snorkeling di Pulau Sibu Kukus, nak balik bilik, nak makan....lapar





Jalan-jalan dalam pulau, nak pergi twin beach...mandi lagi...





BENGGANG

Tengah hari tadi sebelum aku hantar anak-anak aku pergi sekolah, aku sempat ambil beberapa surat yang ada di peti surat. Semuanya atas nama aku, dalam 3 surat tu, 1 surat bersampul besar siap tertera lambang LHDN. Apa lagi la yang tak settle ni.

Aku dapat notis taksiran tambahan tahun 2004, 2006 dan 2007. Semua tambahan cukai yang aku kena bayar ialah RM3828.16 .Pergh!....banyaknya. Dulu sebelum aku berhenti, dua bulan terakhir gaji aku tak masuk dalam akaun bank, itu pun disebabkan kena bayar LHDN. Kemudian aku dapat surat bertarikh 24.7.2008, mengatakan aku ada kredit dalam akaun. Disebabkan ada masalah untuk taksiran 1995 dan 1996 aku kena settlekan untuk mendapatkan hak aku. 6.8.2008 aku naik pejabat hasil di sebelah Angsana. Cek puna cek rupanya aku dah hantar borang be aku untuk tahun tu siap dengan ea sekali. Macam mana dia kata aku tak hantar? Bila aku dah settlekan semua benda yang dia hendak aku tunggu lagi. Bulan sebelas aku datang lagi tanya apa cerita kes aku, rupanya ada masalah antara jabatan kat LHDN, aku juga yang kena settlekan. Gajah sama gajah gaduh aku ni sebagai pelanduk yang nak minta duit aku balik yang kena jernihkan keadaan...ni kes double charging kata aku. Lepas tu baru dia call aku yang aku dah tak ada masalah lagi. Tapi sebelum tu siap cakap yang suami aku ada tunggakkan, lepas tu suruh tolak dari kredit aku, banyak pulak tu 3+k. Malas nak panjangkan cerita aku suruh dia tolak aje. Bakinya adalah 2+k. Jadilah....

Tub..tub..hari ni datang surat lagi aku kena bayar hampir 4k tu. Apalah malang nasib aku, jadi mangsa orang yang tak buat kerja betul-betul. Kalau ikutkan nak aje aku hamburkan apa yang terluah dalam hati aku, tapi aku ni dalam hati aje lebih, nak keluarkan tak sanggup...benggang...benggang...