1. Aiman
Kali ini merupakan puasa pertama Aiman, Alhamdulillah cukup puasa walaupun ini merupakan kali pertama untuknya. Aku tengok muka dia pun dah mula kecut. Nasib baik cuti sekolah, tak banyak gangguan untuk Aiman sebab semua abangnya puasa. Aku pun sogok dengan main game untuk buat dia leka. Tapi itulah, kalau berjalan atau petang dia sering mengadu yang perutnya terlalu kosong dan dia nak makan. Aku cuba pujuk dia agar dapat puasa hingga waktu berbuka.
2. Tarawikh
Kali pertama terawikh aku pergi ke surau As-Syakirin. Sambutan hari pertama amat memberangsangkan, siap disediakan khemah untuk menampung jemaah yang ramai. Malam ke dua di Kampung Sawah, dan malam ketiga di Bukit Batu. Alhamdulillah, ramai orang. Tapi malam tadi, setelah 8 hari berpuasa aku tengok surau dah mula susut, khemah pun dah dibuka, lebih-lebih lagi lepas 8 rakaat, zup... terus tinggal lima saf saja untuk jemaah wanita. Aku dah beritau abang untuk mengingatkan aku agar aku dapat mengerjakan ibadah ini lebih-lebih lagi malam 10 yang terakhir. Kadang-kala aku terasa malas juga, tapi bila dikenang-kenagkan bertapa banyaknya fadilat sembahyang terawikh terutamanya berjemaah, aku cuba gagahkan hati. Kalau sembahyang sendiri di rumah, adakah aku akan solat sunat sebelum dan selepas isya? Adakah aku akan buat solat witir? He..he..he....agak sukar.
3. Jahitan
Minggu lepas aku balik kampung, Ecah minta tolong jahitkan baju dia dan adik. Emak pula minta tolong jahitkan baju kemeja abah. Aku cuba mana yang termampu, aku beritahu emak aku ni cuma tukang jahit amatur, bukan pofesional, so kalau tak cantik aku minta maaf ajelah. Baju adik dan ecah dah siap cuma kain adik belum siap, manakala baju kedua-duanya belum aku lipat bawah. Aku ingat nak siapkan baju abah, tapi tak siap juga sebab kaf tangan dan rumah butang tak sempat siap hari ini. Ecah beri sepasang baju untuk aku, terima kasih. Sebelum puasa abang belikan aku baju dah siap sebab aku minta dia belikan, purple juga sebab nak kenakan dengan tema tahun ini. Banyaknya purple.
4. Kampung
Hari ini aku akan balik kampung. Minggu lepas pun balik kampung juga. Hari ini di Kampung Sawah, esok di Bukit Batu. Abang cakap sebab esok cuti, so ada kesempatan nak balik kampung. Hari ini abang nak tudur lepas dari subuh tadi sampai la ni tak bangun lagi. Jelous katanya anak-anak dapat sambung tidur lepas subuh. Atuk dan opah suka cucunya balik. Aku tengok bapak pun suka kami balik, terhibur sikit budak-budak tu ada.
Juadah berbuka kali ini simple. Abang nak cuba kawal pengambilan makanan waktu berbuka. So, apa yang aku buat, hari ini makan nasi, esok aku masak lain. Kalau makan nasi buka dengan kueh, lepas solat Maghrib baru makan nasi. Aku dah remind abang, jangan pergi bazar kalau aku tak suruh pergi. Aku seronok tengok Aiman berbuka, dia susun makanan depan dia, tamar sebiji, dadih satu mangkuk kecil, kueh satu, air segelas. Tapi dia tak makan banyak sangat.
6. Merdeka
Esok 31 Ogos 2009, selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52. Semoga Malaysia akan terus aman.
