Tidak beberapa lama selepas aku sampai, Kak Mah sekeluarga pun sampai. Meriah sikit, kalau tidak senyap dan sunyi aje. Selepas sahur projek memasak bermula. Dimulai dengan mengisi ketupat dan diikuti dengan membungkus lepat, diam tak diam pukul 11 pagi baru siap. Yang lain-lain aku tak tolong. Aku cuma tolong mengacau masak lodeh. Ada juga le yang aku masak walaupun semua tu atas arahan dan panduan yang ditunjukkan oleh kak Eton. Abang, awal-awal lagi selepas subuh dah balik ke kampung sawah. Kena bahagi-bahagi. Kalau boleh aku nak tolong ke dua-dua kampung, tapi apakan daya badan aku satu saja.
Pukul 6 petang, kunjungan dari kampung sawah sampai, lepas tukar juadah terus aku balik ke kampung sawah sebab abah kata ada doa selamat sikit sebelum berbuka. Lari sikit jadual, aku ingatkan nak berbuka di bukit batu. Malam tu aku dan abang berkunjung ke Pontian, hantar kunjungan ke rumah Ram. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Pagi raya 20 September 2009, 1 Syawal 1403. Acara tetap bermula, dimulai dengan sarapan pagi, solat sunat Aidilfitri, bermaafaan dan bergambar.


Hari raya ke-4 aku dah balik rumah sebab abang kerja. Di sini raya macam tak raya sebab jiran tetanga aku tak ramai yang sambut. Walau apa pun selamat Hari raya minal aidil wal fa izin. Kesedihan meninggalkan ramadan disambut aidilfitri dengan kegembiraan. Jangan lupa puasa sunaat Syawal...
