Wednesday, October 28, 2009

Projek

Akhir-akhir ini aku sering sebok dengan urusan di Pasir Gudang. Dalam masa tu, projek mega aku banyak menggunakan $$$$. Kalau diikutkan hati, nak buat semua benda, tapi desebabkan kekangan kewangan semua benda tergantung.

Perancangan pertama dah lari 13K. Budget asal cuma 20k tapi dah jadi 33K. Dengan 13k tu macam-macam boleh buat. Itu belum lagi perancangan kedua dan ketiga. Ini bermakna aku kena cari sumber untuk mendapatkan $$$$. Kalau macam inilah gayanya, habislah simpanan aku dan keluarga.

Projek pertama aku lantik Kelvin sebagai pembuat kerjanya. Projek kedua dan ketiga aku belum putuskan lagi siapa yang bakal aku lantik. Tunggulah hujung minggu ini aku nak buat tinjauan di Persada Johor. Harap-harap dapatlah aku harga yang murah dan berpatutan untuk projek mega aku ini. Di dalam hidup aku inilah projek yang paling mahal aku dan abang pernah buat. Kalaulah duit simpanan aku dalam bentuk matawang Euro atau Poun, alangkah bahagianya.

Bila projek mega aku siap, aku akan paparkan di sini. Tunggu....

Tuesday, October 20, 2009

Berakhir Syawal dan Cerita


1. Hari ini 1 Zulkaedah. Bermakna bulan raya dah berakhir. Hari ini merupakan hari pertama keberangkatan jemaah Haji Malaysia ke Arab Saudi untuk menunaikan haji. Terngiang-ngiang lagi rasanya walaupun dah 4 tahun berlalu. Ini bermakna jemaah yang mengambil penerbangan awal ini akan berada di sana lebih dari 40 hari. Bestnya...tapi orang yang ambil penerbangan awal ini pun ada risikonya, lebih-lebih lagi jemaah wanita jika periodnya datang ketika waktu haji. Biasanya selepas 2-3 hari selepas haji dah kena bersiap untuk balik ke Malaysia, kalau tak betul-betul merancang parah juga rasanya. Untuk Monis yang khabarnya berada dalam kumpulan ini didoakan moga mendapat haji yang mabrur.

2. Sepanjang hari raya yang lepas banyak kunjungan ke rumah saudara dan jemputan ke rumah terbuka. Selain dari rumah saudara di kampung seingatnya aku sempat pergi ke rumah kak Idah (makan nasi kerabu atas pemintaan aku), rumah Ecah ( mee kari), rumah abang Mid di Sg. Udang Melaka (Serentak dengan open warung dia), ke rumah kak Mah ( tumpang tidur, kak Mah tak ada ke Terengganu), rumah Ina (laksa Kelantan dan Penang), rumah Puji (Masakang nasi campur), rumah Azman Murli (nasi ayam), rumah Nora ( pelbagai masakan), ke rumah kenalan abang yang aku sendiri tak ingat. Alhamdulillah atas layanan dan jemputan kalian. Moga Allah menambahkan rezeki kalian. Sebenarnya aku tak kisah sangat juadah yang terhidang, tetapi yang penting adalah silaturahim. Kata orang tetamu tu datang membawa rezeki, perginya membawa dosa.

3. Untuk semua yang telah hadir ke rumah aku, aku ucapkan terima kasih. Minta maaf sekiranya hidangan yang diberi tidak seberapa. Tahun ini aku tak buat rumah terbuka sebaliknya aku sekadar menjamu tetamu yang hadir seadanya sahaja. Dulu selalu juga aku buat rumah terbuka, tapi kali ini aku lebihkan konsep silaturahim. Biasanya kalau di rumah terbuka aku tak dapat berbual dengan tetamu. Buat rumah terbuka ni penat. Dahlah aku sorang perempuan di rumah, kalau nak masak banyak-banyak tak larat. So kali ini siapa yang datang beritahu awal bolehlah aku sediakan juadah basah, kalau tidak kueh kering aje la.
Antara juadah yang sempat aku buat:
1. Kacang pool
2. Roti jala
3. Bee hoon goreng
4. Popiah
5. Soto dan rendang ayam
6. Mee rebus

4. Dalam masa sebok beraya, sempat juga aku singgah ke Tugu Negara dan Taman Burung Kuala Lumpur.





Anak bujang aku tu bukan main melawa lagi dengan cermin mata RM2. Dulu dia selalu ambil cermin mata aku, tapi disebabkan aku tak benarkan, so dia beli di kedai RM2. Dia cukup suka dengan gayanya yang nampak "baik" itu.

5. Tadi Amal periksa sekolah agama. Ni lagi satu kes lawak, beria-ia dia kata hari ini ada peperiksan sekolah kebangsaan. So dia bawa tempat pensil dan pensil warna saja. Tiba di sekolah baru dia perasan minggu depan baru mula periksa. Nasib baik aku perasan dia call walaupun tak sempat jawab, sempatlah juga aku balik rumah ambil beg sekolah dia. Hai anak-anak, belajarlah betul-betul dan jawab soalan dengan baik. Ibu boleh tolong mana yang ibu mampu aje, dan ibu doakan moga kalian berjaya.

Thursday, October 8, 2009

Hari Raya dan Jamuan

Terima kasih kengkawan yang sudi hadir ke rumah kami malam tadi. Jamuan yang tidak dirancang awal. Ni kiranya jamuan last minit. Sedang sedap membelek buku pasal art di Harries abang call untuk masak sikit-sikit sebab ada kawan nak datang. Dah terlanjur tu jemput juga kawan-kawan yang lain, baru meriah.

Apa lagi, berlari aku balik singgah ke kedai dan beli apa yang patut. Nak minta tolong si bujang dia tak ada pulak, aku hantar dia ke Jusco dengan kawan-kawannya sebab katanya nak tengok wayang. Nampak gaya kenalah aku buat sorang-sorang. Dan akhirnya siaplah hidangan soto bersama rendang ayam. Yang kelakarnya aku punya bergedel tak jadi nak goreng sebab kuali melakat (dah tak sempat nak sambung sebab kawan dah datang). Maka jadilah soto tanpa bergedel.

Kepada kawan-kawan yang hadir (Nora dan keluaga, Raider dan keluarga, Shei dan anak-anak, Bakhtiar, Dorin dan anak-anak) sekali lagi terima kasih sebab sudi hadir ke rumah kami dan menjamah hidangan yang tidak seberapa itu.

Hujung minggu ini beberapa undangan telah diterima, cuma mengira dapat hadir atau tidak. Tengoklah kesempatan dan "bos" kata macam mana.