Rasanya terlalu cepat masa berlalu, projek aku tak siap-siap lagi. Kali ni aku bukan sebagai pengurus projek, aku dah turun pangkat. Aku rasa macam baru 70% siap. Rasanya macam lambat betul nak siap. Masalahnya aku yang akan tanggung, maklumlah cuti makin lama makin tinggal sikit.
Siang tadi abang pergi melawat projek, dia kata ada masalah sikit. Ni yang tak sedap ni. Aku yang tak senang hati. Biasalah, dah lama tak kerja, pantang kalau ada masalah sikit, rasanya hati aku akan tak tenteram. Aku berdoa semoga projek aku ini akan berakhir dengan selamat dan tanpa banyak masalah.
Aku hanya insan biasa...tidak lari dari melakukan kesilapan...Coretan, sekadar catatan perjalanan kehidupan.
Wednesday, December 9, 2009
Tuesday, December 1, 2009
PINJAM
Aku tak tau macam mana projek aku boleh “burst”. Lari betul dari budget, ni bukan setakat 10, tapi berpuluh-puluh. Nak tak nak aku kena juga gali lubang, tapi masalahnya lubang mana yang aku nak gail?...Ni yang aku buat muka seposen dengan bapak. Punyalah takut nak cakap.
Aku siap susun ayat berminggu-minggu nak cakap dengan bapak. Aku rasa macam nak luruh jantung bila cakap dengan bapak. Yang kesiannya, hari raya korban yang lepas aku cakap kat bapak. Ni bukan aku yang berkorban, tapi bapak yang berkorban untuk aku. Masa aku cakap tu siap gelak-gelak, dalam eartikata kalau betul bapak beri, ok, kalau tak tak apa. Si Ana dan Ikin, anak saudara aku siap gelakkan aku lagi. Lepas dari itu, aku dah rasa lega, kalau bapak beri atau tidak dah tak menjadi masalah lagi. Yang penting aku dah cakap. Bunyinya macam kabur aje....
Tub-tub esok pagi dalam pukul 10, bapak dah beri pada aku. Hee... macam tak percaya aje. Aku kena beringat, adat meminjam....kena pulang

Subscribe to:
Comments (Atom)