Wednesday, December 15, 2010

Cuti, Cuti, Cuti

Cuti sekolah ke tak cuti sekolah, kebanyakan aktiviti aku sama aje, masak, masak dan masak. Cuma cuti sekolah aku tak perlu jadi supir untuk hero-hero aku. Tadi aku cakap kat Arif, "hari-hari asik keluar aje", "tu lah yang dinamakan cuti" Arif kata. Kalau tidak, kerja aku hantar anak dan duduk di rumah. Dah tiga hujung minggu aku tak ke mana-mana. Hujung minggu duduk di rumah, ada aje call suruh abang pergi kerja. Nak buat macam mana. Cuti ni badan aku pun dah makin bertambah, apa tidaknya asik makan aje. Nak exercise, baru turun naik tangga 4,5 kali dah pancit. Macam mana la nak kurus.

Esok malam aku dah nak bergerak ke utara. Misi menghadirkan diri ke majlis perkahwinan sepupu abang. Abang bercadang nak ikut hantar pengantin di Penang. Cadangnya nak ke Setiawan aje tapi dah lajak ke Penang pulak. Tambah jauh perjalanan dan tambah $$$$ juga. Dah lah hujung tahun, anak-anak dah nak masuk sekolah. Beli baju aje dah habis RM350, tu belum kasut, setokin alatan tulis yuran, buku. Pergh, kalau anak 3 orang mau-mau 2k juga. Kesiannya bila aku fikirkan orang-orang yang kerja "biasa-biasa" dengan anak yang ramai. Kalau kita susah, ada orang lagi susah.

Nak kena siapkan diri dan minda untuk perjalannan jauh ni.

Friday, December 3, 2010

Cerita Rojak

Cuti sekolah dah lama bermula. Anak-anak aku dicutikan awal sempena samputan Hari Raya Aidil Adha yang lepas. Lepas tu akak nak buat kenduri kahwin anaknya, apa lagi aku dengan relanya membenarkan anak aku cuti. Lagipun kalau pergi sekolah bukannya belajar pun.

Alhamdulillah, segala persiapan dan kenduri berjalan dengan lancar. Kenduri yang sepatutnya diadakan bersekali untuk menyambut emak baru berakhir dengan kenduri anak saudara dan kenduri arwah bapak. Hemmmm...banyak sangat yang berlaku, sukar untuk aku mengatakan segalnya berjalan tanpa cacat cela. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula adik beradik. Tak nampak pertelingkahannya cuma nampak aura ketidakpuasan hati. Malas aku nak campur tangan sangat, biarkan lebih baik.

Selepas sahaja kenduri di kampung, hari ahad malam aku bertolak ke LCCT untuk ke Medan pula. Punyalah tak malu, dalam earti kata lain dah rezeki agaknya, aku mengantikan tempat adik Yah. Sepatunya dia yang pergi ikut emak dan abah, tapi lastnya aku sebagai menantu pulak yang pergi. Hasil dari cabutan bertuah. Aku pergi selama 5 hari 4 malam. Biasalah di tempat orang, banyak pandangan dan pengalaman yang aku perolehi. Bersyukur sangat kita di negara sendiri. Di sana rombongan kami yang seramai 45 orang dibawa ke Danau Toba, Sipisu-pisu, Berastagi dan akhir sekali shooping. Nasib baik aku tak bawa duit banyak (memang tak ada duit pun). Adalah satu dua buah tangan untuk anak-anak dan abang. Kesian pulak aku tinggal keluarga lama-lama. Rumah bersapu pun macam tak sapu. Lauk semua yang aku bekukan dah habis. Lain kali kalau aku nak berjalan kena buat stok untuk setiap hari. Baju janganlah cerita,dibasuh tapi tak berlipat. Bayangkan 5 hari ditinggalkan dicampur baju dari kampung. Ambil dua tiga kali juga aku lipat. Apapun terima kasih untuk semua kerana memberikan kesempatan untuk aku melancong.

Hari Ahad pula aku bertolak ke Melaka sempena kenduri kesyukuran Mamat nak bersunat. Dulu aku tengok Mamat dan Amal lebih kurang aje saiznya walaupun Amal lebih tua setahun. Rupa pun hampir sama, tapi sekarang dah jauh bezannya. Mamat bertambah besar saiznya dan Amal tetap macam itu juga. Anak-anak aku tak seorangpun aku buat kenduri sempena mereka berkhatan. Yang bagusnya anak-anak aku voluntear untuk disunatkan pada umur enam tahun. Cuma Aiman dikhatankan ketika berusia empat bulan. Bersekali semasa di dibedah sebab "angin pasang". Moga anak-anak aku sihat sejahtera hendaknya.

Sekarang ni aku menyebokkan diri sempena cuti sekolah. Aku sebok dengan pokok-pokok aku. Punyalah rindu kat pokok aku salama ia ditinggalkan. Bertambah seronok bila aku balik tengok pokok bunga kertas bebunga dengan lebat. Tak sia-sia aku baja sebelum aku pergi. Oh ya, aku sempat membeli beberapa benih pokok "sundal malam"orang sana panggil "sedap malam" semasa di Medan. Apa lagi sampai di sini aku terus semai. Adalah juga 4-5 jenis. Harap-harap semua hidup. Pokok-pokok bunga kertas aku di balconi dah mula hidup, biasalah pokok baru. Ada yang aku semai dan ada yang aku beli. Aku letak pokok-pokok yang tahan panas di balconi ni, so kalau terlupa siram tak takut mati. Lagi stress lagi bagus. Dua hari lepas aku melepaskan hajat juga untuk memperolehi pokok "bamboo palm". RM28 siap dengan pasu. Rasa seronok aku tengok dan aku letak di ruang tamu. Dulu tokey tu nak jual RM35 dalam poly bag besar, lama-lama aku tanya dia suruh ambil yang dah siap ditanam dalam pasu. Sekarang ni aku ada masalah pula dengan pokok adenium (kemboja cina). Ada yang aku tanam lebih 9 tahun, dulu tak banyak masalah, sekarang ni macam tak menjadi pulak. Daunnya kecik-kecik aje. Nasib baik ada 2-3 pokok yang rajin berbunga. Ada juga yang aku baru beli lagilah banyak masalah. Macam tak menjadi le pulak. Lebih-lebih lagi yang "roses 1000 years", kacukan dari Thailand. Baru-baru dulu siap batangnya lembik, nasib baik aku cepat bertindak, aku cabut dan buang segala akar halus lepas tu aku keringkan dia seminggu. Kini aku tengok dia dah mula nak keluar daun baru. Harap-harap lepas ni tak banyak masalah. Sedih tu. Misi aku seterusnya adalah untuk menanam orkid. Ada 2-3 pokok yang aku berli di pasar tani. Kali ni aku nak tumpukan pada orkid butterfly dan cattelayer. Aku kena belajar dulu. Ni yang aku kerap membelek beberapa blog yang banyak beri tunjuk ajar. Tapi ada juga yang aku lambat tangkap. So, benda-benda ni kena ambil masa yang lama. Lagipun nak beli orkid yang besar perlukan modal yang besar. Yang aku beli ni semua kecik aje. Hehehe..modal tak banyak. Moga impian aku akan tercapai.

Saturday, November 13, 2010

Happy Birthday To Me

11 h.b. 11 adalah hari ulangtahun kelahiranku. Rasa syukur tak terhingga aku ucapkan ke hadrat Allah s.w.t kerana diberikan kesempatan sehingga ke hari ini untuk aku hidup di dunia ini. Terima kasih juga ucapan-ucapan yang diterima daripada sanak saudara dan sahabat handai.

Ada juga rakan yang bertanya dapat hadiah apa? Pada aku hadiah tak penting, tapi kalau ada orang nak beri Alhamdulillah, kecil tapak tangan niru aku tadahkan. Tapi sehingga kini kehadiran 3 MNA dalam hidup aku bersama-sama suami adalah hadiah yang tidak ternilai. Nak kata mewah, tidak. Alhamdulillah serba sederhana.

Aiman memang tak pandai buat suprise. Dua hari sebelum hari lahir aku dia siap tanya, bila birthday ibu, esok atau lusa?..Hahaha. Terima kasih abang sebab belanja kami makan di luar. Siangnya aku buat pulut kuning dan rendang daging. Lepas tu aku buat Browins, firts time aku buat brownis terus menjadi. Lebih mudah dari buat kek coklat. Next time bolehlah aku buat lagi. Jimat tenaga dan masa. Niat aku tercapai untuk membuat perkara-perkara yang baik dan bermenafaat sempena hari lahir aku.

Terima kasih Allah, terima kasih abang, terima kasih anak-anak, terima kasih kakak-kakaku, terima kasih anak-anak buah dan terima kasih untuk kawan-kawan.

Monday, November 8, 2010

Pokok Oh Pokok

Adalah menjadi kebiasaan aku untuk menghadap pokok yang aku tanam di halam rumah. Dah hampir 10 bulan aku di sini. Banyak juga pokok yang aku tanam, tapi semuanya masih kecik-kecik aje. Ntah bilalah nak besar.

Selepas abang keluar ke kerja dan menghantar anak, aku dah start ke halaman. Aku malas nak start lambat-lambat, nanti tak banyak kerja yang aku boleh buat. Kadang-kala aku pun tak tau apa yang aku nak buat, sebab dah tipa-tiap hari aku ke tanah (muka pun dah naik gelap aje). Itu yang kadang kala aku tukar pokok yang aku tanam. Itu pun setakat pokok yang renek ajelah. Aku ada juga tanam pokok palm, aku semai sendiri. 6 pokok semuanya. Yang sedihnya 2 batang tu dok macam tu aje, tak besar-besar. Aku tak nafikan tanah kat rumah aku ni bukan jenis tanah yang bagus, banyak tanah liat dan berpasir. Tu yang aku punya rumput carpet setakat hidup aje, tak adalah nak menghijau dan gemuk. Aku tak kisah, sebab modal aku tak sampai dua rat. Kalau nak compare dengan mak cik sebelah, dia upah lebih 1 k modal dia. Itu yang rumputnya tumbuh menghijau.

Dulu masa aku baru pindah aku ingatkan nak buat konsep pokok besar aje, tapi disebabkan aku ni tak bekerja maka aku ni tak tau nak buat apa. Tu yang aku tanam apa-apa jenis yang aku jumpa. Nak tunggu pokok betul-betul besar mau berkurun juga. Aku ada jiran yang lebih hebat dari aku. Ayun jiranku siap gelar Kak dayang bukan gila pokok, tapi hantu pokok. Kalau aku ni tak sampai tahap gila lagi. Hehehe...

Pokok yang aku tanam ada dari rumah lama, ada yang aku angkut dari kampung (kampung aku atau kampung mak mertua), ada yang aku minta orang, ada yang orang beri dan ada juga yang aku beli. Bila tengok pokok berbunga, seronok. Tapi bila dah lama jemu pulak.

Aku ada beberapa koleksi pokok kegemeranku. Niatnya memang nak pamerkan di sini, tapi disebabkan kamera aku rosak, dan komputer aku yang lembap, nampaknya kenalah aku tangguhkan niat aku ni. Tapi tak apa, mana tau suatu hari nanti niat aku tercapai. Aku tak nafikan taman aku ni tak secantik mana tapi cukuplah untuk aku sendiri.

Aku harap projek aku nak tanam pokok bunga kertas kat balkoni aku ni tercapai. Nampaknya dua tiga pokok yang aku semai tu dah mula berbunga. Yang aku beli memang dah berbunga, cuma nak tunggu pokok-pokok ni membesar.

Lepas ni aku nak menambah lagi koloksi pokok bunga aku, untuk kawan-kawan aku yang ada pokok bunga nanti aku nak minta boleh?...

Tuesday, November 2, 2010

Anak2

Musim peperiksaan akhir tahun dah berakhir, ini bermakna tak lama lagi budak-budak ni akan bercuti panjang. Aku tengah fikir apa yang patut di buat untuk memenuhi cuti sekolah nanti. Nak berjalan, $$$ tak mengizinkan.

Tahun depan Arif akan menduduki peperiksaan PMR. Tak taulah apa nak jadi dengan anak aku sorang tu. Nak buku dah dibelikan buku, tapi latihannya tak juga dibuat. Aku nak ajar, kadang kala dia tak nak. Susah betul. aku rasa aku kena buat rancangan yang boleh aku dan dia terima. Aku dah tanya padannya, nak ke tidak pergi ke kem motivasi. Jawabnya "mana-mana sama aje, tak ada yang best, balik-palik perkara yang sama". Bukan sekali dia pergi, tapi tak banyak perubahan yang berlaku dalam dirinya. Kadang kala aku mengharap juga agar dia mendapat keputusan yang super cemerlang. Tapi dah kebolehan anak aku tu takat tu nak buat macam mana. Budak yang terlalu pandai pun tidak semestinya jadi manusia. Alah! aku pun bukannya pandai sangat. Cuma aku harapkan dia menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat. Budak yang pandai pun belum tentu masuk U ataupun dah besar nanti brejaya. Apa yang penting adalah attitude. Bukan senang nak membentuk attitude manusia. Walau apapun aku akan cuba berusaha dan berdoa untuk masa depan anak-anak aku.

Monday, October 18, 2010

Cepatnya Masa Berlalu

Sabtu lepas buat tahlil dan kenduri di kampung. Diam tak diam sudah seminggu bapak pergi meniggalkan dunia ni. Setiap kali aku balik kampung, memang terasa sunyi dan sedih. Nak menyedapkan hati aku selalu berfikir yang bapak masih ada, cuma dia keluar sekejap, macam biasa yang dia buat.

Hari Ahad, kami pergi menjengah mak cik Radiah. Wanita yang sepatutnya menjadi emak tiri kami. Tapi apakan daya, jodoh tak kesampaian. Makcik masih petah berbicara. Memang seorang yang ramah. Sekurang-kurangnya kami dapat memanjangkan silaturahim dengan keluarga mak cik.

Ngah macam biasa, sering bercerita tentang dulu-dulu. Aku kesian tengok Ngah. Dari dulu sampai sekarang bekerja tak henti-henti untuk mencari rezeki. Masa dulu-dulu kerja untuk adik-adik. Sekarang kerja untuk anak. Aku tak faham, macam mana ada anak dia boleh tengok emak bekerja susah payah, dan kerjanya asik minta duit. Dia bukannya senang. Setakat berniaga sarapan pagi. Duduk menyewa atas rumah kedai. Dia pernah diserang dengan perompak. Bukan sikit yang dia kena, habis muka dah tak rupa muka. Kaki dia dah sakit. Terus terang aku beritau dia, yang aku sebagai adik dia cukup sakit hati bila anak-anak dia buat dia macam tu. Apa yang aku boleh buat, doakan yang terbaik untuk Ngah.

Ngah pernah bercerita cerita dulu-dulu. Oleh kerana dia anak yang kedua, maka dia sempat berjumpa arwah atuk-atuk dulu-dulu. Arwah Mbah (Yaie Khalil) pernah bercerita dengan dia yang mbah dulu adalah pahlwan Indonesia dari Mantaram. berjuang menentang penjajah Belanda. Beliau lari ke Sabah kerana dikejar oleh tentera Belanda. Kemudian mbah bekerja dengan Sultan Johor, kerjanya mangajar ngaji anak-anak sultan. Mbah ke tanah suci pun dibiayai oleh Sultan Johor ketika itu.
Banyak lagi cerita yang aku perolehi dari ngah, walaupun dulu arwah emak pernah bercerita pada aku. Nanti aku nak korek lagi dan nak tulis lagi.
Moga keluarga dan keturunan aku menjadi insan yang soleh, boleh mendoakan aku dan juga datuk nenek meraka.

Monday, October 11, 2010

Pergi Yang Tak Akan Kembali (2)

29 Syawal, 8 Oktober 2010. Jumaat
Malam sebelum itu aku memasukkan entri terakhir raya.
Pagi -
"Abang tak boleh tidur la". "Abang tak boleh tidur tak apa, tapi ayang nak tidur"
9 lebih -
"Hallo!, ni long ni,jangan terkejut, ada berita tak baik, bapak accident".

"Abang, tadi long call, dia beritau bapak accident".

mmm.. nak masak dulu, nanti lepas hantar Aiman tinggal masak sayur saja.

"Hallo!, kak Eton, betul ke bapak accident?" "Betul cu, ucu balik tau".

Lepas siap-siap ni nak balik lah. Ha, anak-anak! nanti tunggu ayah hantar ya, ibu nak balik kampung".

"Hallo!, di, ada berita tak baik, bapak dah tak ada"
Ya Allah, terasa pendeknya nafas aku.
Antara percaya dengan tidak, satu-satunya orang tua aku dah pergi menghadapNya. Cepatnya dia pergi. Aku baru bercadang nak menjengahNya hujung minggu ni.

Ya Allah, kau tempatkanlah roh bapak bersama orang-orang yang solleh, cucuri rohnya dan permudahkan segala urusan di alam barzahnya.
Semoga bapak dah memaafkan segala kesalahan dan kerterlanjuran aku sebelum ini.

Bapak, Adi sayang bapak. Adi rindu nak jumpa dan tengok bapak.

Thursday, October 7, 2010

Berakhirnya Raya 2010

Alhamdulillah, Syawal telah berakhir. Penuh kesyukuran yang tak terhingga dipanjatkan kepadaNya kerana masih diberikan masa untuk bernafas hingga ke hari ini.

Rumah terbuka, jamuan raya, Marhaban telahpun menutupkan tirainya. Alhamdulillah, jamuan raya yang aku buat sabtu lepas berjalan dengan lancar. Ramai juga rakan-rakan lama, sama ada kerja, sekolah dan yang lain-lain semuanya yang lama dapat berjumpa. Kali ni jamuan setakat kacang pool dan laksa johor aku sajikan untuk tetamu yang hadir. Tetamu yang hadir pun berkala, maka dapatlah aku melayan mereka.
Kali ni aku masak sendiri, tak panggil Ngah tolong. 5kg ikan, 2kg daging,hamm...Alhamdulillah, menjengah ke petang laksa aku dah tak nampak bayang. So untuk malam, saki baki tetamu yang datang ala-ala arab pulak sebab tinggal kacang pool aje.
Kueh?..adalah tinggal sikit. Biskut coklat awal-awal lagi anak aku dah habiskan. Nampak gaya lain kali kena berganda-ganda adunan kena buat.

Lepas ni aku kena fikirkan apa projek yang hendak dibuat. Ada idea?...

(p/s- ramai orang kata lepas ni aku boleh ambil tempahan, tapi masalahnya tiada seorangpun dari adik beradik aku puji macam tu)

Monday, September 27, 2010

Hari Terbuka 1

Alhamdulillah, tadi jamuan hari terbuka untuk kawan-kawan office abang berjalan dengan lancar. Selesai sahaja majlis hujan turun dengan lebatnya. Hari ini aku masak simple aje. Disebabkan jamuan diadakan pada waktu rehat tegah hari, so aku masak nasik aje. Lauknya, ayam goreng berempah, daging masak kicap, sup sayur, ikan masin, sambal belacan dan ulam-ulaman.
Aku dah suruh abang cuti kalau nak jemput kawan office dia, tapi time dia buat jamuan, time tulah dia sebok. Kelam kelibut dibuanya. Nasib baik aku dah import tenaga kerja dari Senai dan Melaka. Ianya dapat meringankan kerja-kerja aku. So secara keseluruhannya semua berjalan lancar. Aku pun dah rasa mengantuk nak tulis panjang-panjang. Kalau diikutkan banyak perkara yang aku nak tulis. Tapi mungkin bukan untuk hari ini. Selamat malam....

Sunday, September 19, 2010

Salam Aidulfirti

Alhamdulillah, hari ini adalah 10 Syawal. Bermakna hari ini adalah hari raya yang ke sepuluh. Kepada semua umat Nabi Muhammad, Salam Aidilfirti minal aidilwalfaizin.
Alhamdulillah, semua berjalan lancar kecuali malam tadi, Amal, Aiman dan aku sendiri muntah2. Aku harap hari ini dah ok. Aku dah terasa tak sedap perut dari hari khamis, dan kesudahannya malam tadi dia menunjukkan kesan. Harap tak melarat.

Hari pertama: Beraya di Kg Sawah, satu kemestian yang tak boleh diubah. Tak apa, aku ikut sahaja. (Banyak berkorban perasaan). Lepas solat Jumaat, bergerak ke Bukit Batu. Aktiviti kunjung mengunjung diteruskan.
Hari raya ketiga: Ditugaskan membawa bapak ke Pontian. Aku rasa bersalah sebab agak kasar dengan bapak. Bukannya apa, sekadar meluahkan perasaan ketidakpuasan hati aku. Ialah, dia bukan segagah dahulu nak memilih perempuan yang muda. Yang lepas pun dah tolak dia. Aku sekadar menyampaikan pendapat aku kepada yang lain-lain sebab aku adalh satu-satunya wakil (saksi) melihat calon bapak. Bukan niat aku nak pengaruh yang lain, tapi sekadar memberi pendapat. Aku rasa kalau yang lain jadi macam aku mesti rasa tercepit macam aku. Aku tawakal aje, dan lepas ni aku malas nak cakap lebih-lebih. Tanggapan pertama aku melihat wanita tersebut ialah, ketinggiannya sama seperti arwah emak, cuma orangnya putih sedikt. Kalau Long dang Ngah panggil emak pun aku rasa tak janggal sangat, sebab bukan terlalu muda. Rumahnya kemas dan bersih. Peramah dan pada pandangan aku oklah.. Orangnya pun agak mengharap.Lagi satu aku pun kesian pada mertua aku, bersusah-payah dia carikan calon untuk bapak. Nasib baik aku ikut, sebab apa yang bapak cerita pada abang ipar aku lain dari apa yang aku lihat. Langah Arif mengambail gambar mak cik tersebut dapat melenyapkan cerita tak tepat bapak. Lepas ni aku tak berani nak cakap apa-apa. Aku doakan biar yang terbaik untuk orang tua aku, walaupun dulu aku tak bersetuju jika bapak nak kawin lagi.

Sekaragn ni nak buat persediaan jika ada orang nak datang rumah aku beraya pula.

Sunday, August 15, 2010

Jodoh

Harapan sorang perempuan yang bernama isteri:

* Mendapat suami yang baik.
* suami yang memahami.
* suami yang boleh bertolak ansur.
* suami yang dapat membimbing ke jalan yang benar
* suami yang rajin
* suami yang tenang dan bijak mengurus masalah
* suami yang ....dan lain-lain lagi

Ehem!..macam mana nak cakap ya. Kata orang ajal dan maut, jodoh dan pertemuan semua semua di tangan Allah. Dan perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, bergitu juga lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Kalau boleh kita nak semua yang baik-baik pasal suami. Ada pepatah mengatakan orang jika kita tidak sehebat Siti Khatijah jangan mimpi nak mendapat suami sehebat Rasulullah. So macam mana? Kena pandang cermin lah ya.

Cerita 1.
Seorang wanita telah dipaksa berkahwin atas pilihan keluarga. Atas alasan untuk tidak menghampakan hati orang tua, dia terpaksa menerima walaupun dia tidak dapat menerima lelaki tersebut. Hingga kini aku bersimpati, disebabkan untuk menjaga hati orang yang membesarkannya, dia terpaksa makan hati. Banyak lagi kisahnya tapi aku tak dapat ceritakan di sini.

Cerita 2.
Seorang lelaki telah kematian isteri dan dikurniakan ramai anak. Disebabkan terlalu sunyi, dia teringin untuk mempunyai teman lagi. Kebanyakkan anak-anak tidak bersetuju dengan keputusan lelaki ini, tapi tiada siapa yang berani menentang. Telah beberapa kali telah menjengah (berjumpa) perempuan, tapi hingga kini belum ada yang sudi menerimanya.

Alhamdulillah jodoh aku dengan abang. Aku pun bukan hebat sangat, aku hanya insan biasa dan tidak sempurna. Harapan dan doa aku agar jodoh aku hingga ke akhir hayat.

Cerita 1- Aku harap sangat kepada orang tua di luar sana, zaman sekarang bukan seperti zaman dulu, jodoh boleh dipilih-pilihkan. Bab lain boleh dipaksa tapi bab hati dan perasaan tak boleh nak paksa. Nak pilih jodoh untuk anak tengok betul-betul calonnya dan kenal dulu baru buat keputusan. Jangan disebabkan keputusan sepantas kilat kita mengorbankan kebahagian orang lain.
Cerita 2 - Kalau belum ada jodoh, tak akan berjumpa. Seperti kata penceramah di tv, kalau dapat jodoh yang baru pasti tak akan sama dengan yang lama.

Sunday, August 8, 2010

Ramadan Al-Mubarak

Dijangkakan hari rabu ini akan bermulanya puasa. Marhaba ya Ramadan. Bulan yang penuh berkah dan penghulu segala bulan. Bulan yang banyak makna untuk diri aku. Bulan ramadan ini aku dilahirkan. Mengikut kata emak, aku dilahirkan pada waktu pagi, ketika tu hari hujan. Abang-abang dan kakak aku semuanya pergi ke sekolah kecuali kak Idah. Dia yang ditugaskan untuk untuk memanggil mak bidan (nama mak bidan ni aku terlupa). Disebabkan tiada payung, kak Idah menggunakan dulang sebagai payung. Jarak umur antara abang aku yang sulung dan aku adalah 20 tahun. So di atas aku tu ada seramai 9 orang, 6 abang dan 3 kakak. Aku merupakan anak yang akhir, orang panggil aku anak koret. Aku tak kira koret ke tidak, yang pasti aku bersyukur dilahirkan di dalam keluarga ini. Walaupun bukan dibesarkan berasaskan harta tapi yang paling berharga adalah kasih sayang dari semua orang untuk aku. Alhamdulillah seperti kata emak, semua kena sama.
Bulan ramadan ini juga abang Die pergi menghadap Ilahi. Sedihnya bila aku kenangkan cerita ini. Sehingga kini 3 orang ahli keluarga aku dah tiada, moga kalian ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan solehah. Semoga dipermudahkan urusan di alam barzah, jadikan kubur kalin sebagai salah satu taman syurga. Moga aku tidak lupa mendoakan kalian di setiap akhir solatku (walaupun kadang-kala aku lupa, maafkan aku).
Aku juga berharap semoga bulan yang berkah ini aku dapat melakukan ibadah dengan baik dan dapat buat yang terbaik. Datangkanlah semagan ramadan dalam diri aku. Dan juga untuk muslim dan muslimat, agar segala ibadah kita diterima. Amin...Marhaba ya Ramadan

Tuesday, August 3, 2010

Road Tax

Cerita ini aku teringat semasa balik ke kampung hujung minggu lepas. Jumaat malam sabtu, kami sekeluarga balik ke kampung sawah selepas solat isya. Ni bergerak menuju ke kampung Sawah. Sesampainya di Pekan Nanas (berhampiran dopoh pendatang asing) ada pulak road block. Mula-mula tu tak rasa apa-apa. Ni kiranya macam tak ada masalah la. Bila dah dekat dengan pak polisi tu baru aku teringat yang aku lupa nak lekatkan 'road tax' yang baru. Bila dah teringat tu baru rasa serba salah. Aku rasa yang memandu tu pun agak cuak juga sebab takut kena tahan. Sebenarnya insuran kereta tu aku dah renew kan awal dua bulan yang lepas. Cukai jalan aku dah bayar dua minggu lepas. Macam manalah aku boleh lupa nak tampal. Nasib baik lah polis tu tak tahan, walaupun dia dah suluh cukai jalan tu. Kiranya kami bernasib baik.
Itu satu cerita, ada lagi satu cerita ni hari ahad pula. Kami nak pergi jemputan di Ladang Sedenak. Jemputan dua pupu. Masa lalu di Air Bemban, sekali lagi ada road block. Cuak juga untuk kali kedua. Pak polisi tu pun tengok-tengok juga aku punya cukai jalan. Ah! tawakal ajelah, kalau dia nak tahan nak buat macam mana, dah memang salah aku. Kali ni pun aku bernasib baik juga. Akhirnya dapat juga aku sampai ke tempat yang dituju tanpa ditahan oleh pak polisi. Yang besetnya masa aku di tempat jemputan, ramai juga orang-orang mill yang perasan akan aku ni walaupun dah tiga tahun aku berhenti. Kebanyakkan mereka ni lab supervaisor di oil mill. Perjalanan selama seminggu tanpa cukai jalan beakhir tanpa sebarang masalah. Sesampainya aku di rumah aku terus tampal cukai jalan baru aku.

p/s- moral of the story:
- jangan lengah-lengahkan nak tampal cukai jalan.
- kena selalu peka
- saling ingat mengingatkan

Thursday, July 29, 2010

Happy Birthday Aiman

Semalam 28 July 2020 adalah birthday Aiman yang ke 7 tahun. Pagi-pagi lagi aku dah siapkan bahan-bahan untuk buat birthday kek. Permintaan Aiman, tak mahu kek beli, nak kek yang ibu buat iaitu kek coklat. Sebagai memenuhi permintaan Aiman, aku terpaksa membeli hand mixer yang baru. Yang lama masih elok tapi besi pemutarnya dah tak jumpa. Ini bermakna dari Januari hingga kini aku belum buat kek lagi.
Aiman menjadi tukang putar butter dan telur. Aku tolong mana yang patut. Akhirnya kek coklat siap. Sebelum pergi sekolah dia pesan suruh letak toping coklat, lepas tu simpan dalam peti sejuk. Kononya macam buat suprise...hahaha....Tengahhari aku siapkan dan buat seperti apa yang dia minta. Maklumlah birthday boy.
Balik dari sekolah, bukan main happy dia, potong kek yang keras kematu (pasal masuk peti sejuk). Dapat juga beri Tok Wan sebelah dan juga kawan Aiman, Syed Mohd (jiran juga ni). Akhirnya yang banyak makan bukan Aiman tapi Amal. Malam selepas maghrib aku rasa badan Aiman macam dedo aje. Apa lagi aku beri dia panadol syrup. Sebelum melarat teruk aku beri dia ubat dulu. Alhamdulillah pagi esoknya panas dah berkurang tapi suaranya masih sama.

Aiman, ibu sayang Aiman. Walaupun Aiman suruh ibu kerja sebab Aiman nampak duit ibu tinggal sikit, tapi ibu tak mahu sebab ibu nak tengok Aiman membesar depan ibu. Kalau ibu kerja ibu tak dapat hantar dan ambil Aiman, tak dapat suap Aiman, tak dapat main bersama Aiman dan macam-macam lagi. Memang duit itu penting tapi duit bukan segala-galanya. Ibu doakan semoga Aiman menjadi anak yang berjaya untuk dunia dan akhirat. I love you lah...muah!!!!

Saturday, July 24, 2010

Pokok beracun

Beberapa hari lepas abang bawa balik gambar yang dikatakan pokok beracun. Lepas tu dia siap letak kat pokok keladi aku. Aku rasa e-mail ni dah lama aku dapat tapi aku malas nak panjang-panjangkan. Aku tak salahkan abang, sebab dia setakat nak kongsi cerita aje.
Sebenarnya aku agak hairan juga kenapa penulis ni hantar satu jenis pokok aje. Setahu aku banyak pokok hiasan yang beracun. Aku pernah terbaca dalam majalah Laman edisi ke lapan ada artikel pasal 25 jenis pokok beracun. So...bukan satu, bukan 25 tapi sebenarnya banyak......
Gambar pokok itu merupakan sejenis keladi. Sebenarnya pokok ni jenis pokok vateran dari dulu lagi orang tanam sebagai hiasan. Pokok ni aku pernah nampak bersepah di bawah pokok kelapa sawit ( ni jenis yang susah nak mati, sebenarnya memang susah nak musnahkan pokok ni). Kalau setakat kerat-kerat aje senang-senang dia boleh tumbuh semula.
Kebanyakan pokok beracun ini mengeluarkan getah atau cecair yang mengandungi toksin yang akan bertindak balas dengan kulit atau bila kita tersentuh, lebih-lebih lagi bila tertelan dan terkena mata. Masa aku baca tu Aiman berminat nak baca sama. Aku suruh dia baca dan terangkan pada dia mana yang patut. So aku cakap pada dia, "ha!..jangan main sembarangan dengan pokok yang ibu tanam, mana tahu ada yang beracun".
Kebanyakkan pokok hiasan yang di tanam ni ada yang dikatogerikan sebagai pokok beracun dan kadang-kala ada yang berfungsi sebagai "pokok baik" (binificial plant). Nak tulis lebih lanjut banyak sangat, so setakat ni aje yang aku boleh tulis.
Langkah yang paling baik yang aku rasa adalah penerangan untuk anak-anak aku. Orang lain aku tak kesah. Tak kan lah dia nak makan pokok bunga aku. Kalau nak tanam pokok yang tak beracun, maknanya langkah yang paling selamat adalah dengan menanam rumput sahaja. Plain aje laman aku tu nanti.
Aku buat kesimpulan, orang yang hantar pasal pokok ni ada satu jenis pokok aje di rumah dia.

p/s- semalam sebaik aje turun dari kereta Aiman bertanya "pokok bunga ros ibu beracun tak?"

Friday, July 16, 2010

Kegemaran Baru

Akhir-akhir ini aku mendapat kegemaran baru iaitu mencuba resepi baru. Maklumlah aku ni anak bongsu dari 10 orang adik beradik. Bab memasak ni aku lambat la sikit, dah tua-tua ni baru nak belajar masak. Resepi ni aku cari di internet. Sasaran aku adalah resepi yang mudah. Dah beberepa resepi aku cuba, kebanyakkannya tidak menghampakan. Bukan aku tak suka cari dari buku atau majalah, tapi 1) kena beli majalah 2) tak semua resepi aku nak buat sebab barang-barangnya kadang-kala susah nak cari. So aku dah mulakan pencarian di internet. Kebanyakkan aku cari dari blog-blog yang ditulis. Aku rasa, kebanyakan mereka ni tulis berdasarkan fakta dan praktikal yang mereka telah lakukan. Dan yang pasti, biasanya mereka jujur dan tak banyak nak berahsia. Bila kita cuba, biasanya menjadi. Aku berterima kasih sangat dengan penulis-penulis blog yang berkongsi resepi mereka ini. Tiada kata yang dapat digambarkan melainkan doa agar mereka ini mendapat pahala darl Allah s.w.t. Bukan semua orang nak berkongsi resepi..yang pasti suami dan anak-anak aku bersedia menjadi "food tester" untuk makanan yang aku masak.

p/s - aku akan terus belajar masak lagi.

Friday, June 25, 2010

Fikir (1)

Dalam kepala otak aku ni banyak perkara yang aku fikirkan, nanti aku cuba liskan satu persatu. Aku nak listkan asing-asing. Biar nampak banyak.

Apa yang aku nak beli:
1. Bangku taman dari kayu rel keretapi (railway sliper) anggaran RM200/pc
2. Katil anak (Arif), sebab katil dia dah patah. Katil pun boleh patah, apa tidaknya dia buat macam gelangag gusti. Katil murah, lagilah cepat patah...anggaran RM250, itupun yang paling murah dan agak teguh.
3. Macam nak ganti mesen jahit. Mesen jahit aku banyak masalah lepas dibawa berpindah dari rumah lama...anggaran RM1500...mana aku nak korek duit ni. Sekarang aku dah tak kerja.
4. Macam nak beli komputer riba, komputer ni macam dah nak semput aje...tapi nasib baik dia ada, walaupun macam siput, tapi boleh jadi penawar kebosanan...anggaran RM3000. Ha.ha.ha.... lagilah mana nak cekau duit ni

Banyak lagi yang aku nak beli, angan-angan aje. Saja nak luahkan. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat, tak apa..nanti kalau aku ada masa aku sambung lagi..

Cuti Sekolah Lepas

Cuti sekolah lepas apa/kemana yang aku buat:

* 4/6/10 - 6/6/10 bertolak ke Bangi, rewang ke rumah kak Mah sempena majlis perkahwinan anak saudaraku..Norhalina (tak sangka, Lin dah kawin)
* 6/5/10 - bertolak dari Bangi, singgah di Sri Medan (jemputan kahwin adik Ani, biras ), sampai di rumah, jemputan rumah jiran sebelah (Mak Wan, sempena perkahwinan anak bungsunya, Roslan,...hehehe tak tolong rewang pun), jemputan rumah Hj. Othman (jiran juga, buat hari yang sama, sampai 10 khemah, hebat betul)
* 12/6/10 - bertolak dari rumah pukul 4 pagi manuju ke Teluk Intan, Perak (bertandang ke rumah Is, suami Lin lepas tu jalan-jalan ke Lumut)
* 13/6/10 - bertolak pula ke Tapah, persandingan Fauzan (anak saudara lelaki), meneruskan perjalanan ke Bukit Merah. Lepas check in, ke Nibung Tebal, rumah Ram dan kawan abang. Malam tu ke Kuala Sepetang pekena mee rebus udang. (terima kasih Ram dan Yamin)
*14/6/10 - menghabiskan masa di Bukit Merah, ke rumah Khoiri di Perak (tak ingat pulak nama tempat tu). Jumpa Long di Petronas Bukit Merah (jauh-jauh datang, jumpa di sini)
*15/6/10 -Bertolak balik rumah.....pergh....penat..

Thursday, May 13, 2010

Hari Ibu


Selamat hari ibu untuk semua ibu di sana. Diam tak diam dah masuk 13 tahun aku bergelar ibu. Kalau dulu tak adalah sangat sambutan hari ibu ni, cuma akhir-akhir ini aje sambutannya diadakan bolehlah dikatakan besar-besaran. Balik dari BB aku terus ke kg Sawah untuk menyambut hari ibu bersama keluarga di 'sana'. Maklumlah ibu aku dah tak ada. So di restoran Damai, Taman Perling hala tuju kami. Best juga sebab kami adalah pelanggan pertama di restoran itu sampailah habis baru ada orang lain datang. Kiranya macam restoran sendirilah. Dan yang best lagi bila dapat discount 10%. Terima kasih le untuk ayah Danial (kawan arif).

(p/s: gambar kat atas tu adalah hadiah sempena hari ibu untuk diri sendiri)

Friday, April 23, 2010

Perpisahan Terakhir

Setiap insan pasti merasa
detik perpisahan terakhir....

Itulah rangkap dua rangkap lagu yang dinanyikan oleh Allahyaraham ustad Asri. Lagu yang cukup memberikan peringatan buat insan yang masih hidup.

Seorang demi seorang insan yang dekat dengan kita telah pergi menemui Ilahi. Begitu juga seorang demi seorang pak cikku telah kembali kerahmatullah. Yang terakhir minggu lepas, sebabnya kerana aksiden dan kakinya perlu dipotong. Dari seorang yang sehat, dalam masa seminggu Allah lebih sayangkannya. Dulu emak pergi, aku reda sebab dia dah lama menderita sakit. Itu lebih baik untuk dia. Kini tiada lagi adik beradik emak yang tinggal. Aku rasa sedih sangat.

Kita tak tau macam mana pula dengan nasib kita. Bila tengok keadaan sekeliling, anak-anak makin membesar, usia pun makin bertambah, uban di kepalah makin banyak, nampak sangat saat kita pun makin hampir. Bagaimana dengan bekalan kita ya? Aku tak nafikan, aku pun bukan baik sangat, tapi aku cuba untuk buat yang terbaik. Kata orang kita buat perubahan tu perlahan-lahan. Sebab itu aku harap, hari esok aku lebih baik dari semalam. Tak kiralah dalam segi apapun, sama ada perbuatan atau amal ibadah. Ada ustad tu kata dalam rancangan ikim, manusia yang baik adalah manusia yang mengerjakan solat di awal waktu. Manusia yang menjaga solatnya. Paham apa yang dilakukan dan faham apa yang dibacanya. Aku harap kalau aku tiada, anak-anak dapat berdikari, tak jadi anak terbiar. Aku daoakan semoga meraka berjaya di dunia dan akhirat. Jadi manusia yang berguna.

Walau apapun, kita hidup di dunia ni hanya sementara, akhirat kelak pasti kita akan ke sana.

Friday, April 9, 2010

Taman oh taman!

Badan dah mula sakit-sakit. Tekak dah perit. Hidung dah meleleh. Tu dia, aku adalah orang yang terakhir mendapat sakit ini. alhamdulillah. Cuma rasa tak selesa, fizikal dan emosi. Sabar-sabar. Pada mulanya Amal yang mendapat sakit ini, dijangkiti oleh orang-orang lain. Nama pun virus.
Itulah, selepas dari kenduri aku pergi beli rumput di nursery, dalam 5 gulung, lepas tu excited nak tanam. Dalam renyai hujan tu aku dok menanam rumput. Apa lagi bercampur baur kesemuanya. Aku nak upah orang tanam rumput makan 1K lebih. Nak buat taman cantik tak ada modal, nak tak nak aku buat sendiri. Aku ni bukan pandai sangat nak buat taman. Bab pokok memang aku minat, tapi setakat minat aje, yang lain tak berapa pandai. Maklumlah masa kecil dulu selalu mengekori arwah emak menanam pokok di depan rumah. Sedikit sebanyak bab minat pokok ni lekat juga kat aku. Aku sebenarnya memang minat pokok orkid, tapi satu pun tak menjadi. So kalau ada pesta orkid aku setakat beli dan letak di kampung, suruh orang lain tanam. Kalau orang tanam menjadi, seronok rasanya, tapi kalau aku tengok pokok yang aku beli mati, sedihnya. Aku ketepikan hal pokok orkid, kita tanam pokok lain.
Tak apalah, rumah ni pun masih baru lagi, aku nak tetapkan sasaran selepas lebih dari setahun baru boleh terngok taman aku (entah jadi atau tidak?, harap-harap menjadi). Kata orang berkebun ni boleh mengurangkan stress. Aku rasa ya. Kalau dulu lepas balik dari kerja aku mesti round sekali kat pokok-pokok aku. Tengok hijau rasa tenang aje. Sekarang ni selain sebagai hobi, dia dapat memenuhi masa aku dan juga dapat mengeluarkan peluh. Macam mana hasilnya, kita tunggu dan lihat.

Sunday, April 4, 2010

Kesyukuran

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku buat kenduri kesyukuran di rumah baru (yang tak berapa baru) ni malam tadi. Kesyukuran sempena rumah aku dah siap, dah juga sempena ulangahun abang yang ke 39. Walaupun tak berapa ramai orang yang datang kerana hujan turun dari petang.( Jemaah surau tak ramai sebab hari hujan)
Terima kasih juga kepada jiran-jiran dan juga saudara mara yang hadir. Terharu jugalah, selama aku berumah tangga inilah kali pertama buat tahlil dan doa selamat di rumah sendiri. Bukan tak pernah buat, tapi sebelum ini hanya tahlil ringkas diketuai oleh abah.
Lauk pauk pun masih ada sampai ke hari ini. Hari ni aku cuti masak...ayam masak kicap, daging masak merah, masak lemak nangka, ulam-ulaman dan sambal belacan.

Kesyukuran yang tak terhingga.

Friday, March 26, 2010

Hobi Baru

Aku dah lama teringin nak mengait guna dua jarum @ orang panggil knitting. Dah puas aku bertanya kepada ramai orang, siapa yang pandai kait ni tolong ajarkan aku. Hampeh..tak ada orang yang bersuara. Aku ada juga belek-belek di internet, mungkin otak aku ni lambat, aku tak berapa faham. Nak lihat video lagilah, komputer aku ni tak boleh. Dulu aku ada nak belajar dengan May, tapi aku hanya sempat belajar first row aje, tak sempat nak teruskan. Disebabkan aku teramatlah boringnya (mesin jahit tak ada), aku pergi juga menerjah ke beberapa kedai menjual benang. Akhirnya aku dapat belajar untuk meneruskannya. Tapi dengan satu syarat, iaitu aku kena beli benang yang mahal baru dia boleh ajar aku. Nak belajar punya pasal aku ketepikan soal duit. Mak datuk mahalnya benang. Aku teringin sangat nak buat beg ponjot atau beg sandang. Kalau sebuku benang RM40, berapa banyak nak buat sebuah beg?. Aku gantung dulu angan-angan aku nak buat beg. Sekurang-kurangnya aku dah boleh jalan. Maksud aku jalan mengait, bukan jalan lain. Kalau di overse mesti harga benang murah. Aku suka sangat tengok orang kait buat baju, tapi di sini kalau aku buat baju bilanya nak dipakai. Cuaca panas melenting ni jawabnya simpan dalam almari ajelah. So selepas ni aku kena belajar teknik-teknik mengait yang lain.(angan-angan aku nak buat beg masih belum terkubur)
Bilalah aku nak belajar kraf yang lain dari Mak Ngah? Mak ngah dah offer kat aku dia nak ajar beberapa kraf yang dia tau. Dulu dia dah ajar aku cara menjahit peringgi menggunakan kotak. Tak boleh jadi ni, harap-harap dapat belajar sementara mereka masih ada.

Hobi (1)

Setelah beberapa kali aku telepone Stephane, akhirnya semalam petang dia hantar juga mesin jahit aku. Aku rasa sudah hampir satu bulan aku inform dia suruh hantar mesin jahit tu. Biasanya jawapan yang aku terima adalah "besok", sepertimana yang dia selalu tulis semasa membalas sms aku. Tapi masalahnya, hanya mesin jahit tepi yang dihantar. Lagi satu mesin jahit biasa belum siap, kan senang kalau dari awal-awal dia cakap belum siap, tak adalah aku nak naik angin. Apa yang dia janjikan kepada aku, hari ini dia nak hantar mesin itu. Semalam upah service + tukar gear + mata pisau dah RM220. So tambah untuk mesin lagi satu "masak" dibuatnya. Padahal mesin tu aku guna hanya untuk suka-suka aje. Mengisi masa lapang.
Selepas ni aku dah boleh mulakan projek aku, iaitu projek menjahit. Night curtain aku belum berjahit. Sebelum ini hanya day curtain aje yang aku sempat jahit. Kalau malam tu, rumah aku boleh 'see through' dari luar. kain langsir kak Azah pun belum juga. Eii! tak sabar rasanya...
Kebelakangan ini aku gemar melayari blog atau web berkaitan kraf. Kebanyakannya memerlukan mesin jahit sulam. So salah satu benda idaman aku adalah mesin jahit sulam. Seperti yang aku lihat di dalam web, harganya mencecah RM2.5K. Mak datuk, bukan murah. Aku target lagi satu setengah hingga dua tahun aku nak dapatkan mesin jahit tu. Kalau abang baca blog aku ni, support-support lah sikit ya. Lagi cepat aku dapat mesin tu lagi bagus.

Tuesday, March 16, 2010

Anak Saudaraku Dah Bertunang

Jumaat malam Sabtu lepas aku dan kak Idah bertolak ke Bangi. Sebagai memenuhi permintaan Ngah untuk menghantar wakil rombongan meminang untuk anak saudara aku, Fauzan. Bertolak lebih kurang pukul 11 malam dan sampai di bangi hampir pukul 1 pagi.
Awal pagi Sabtu kami bertolak dari Bangi menuju ke Tapah pada pukul 8.00 pagi. Alhamdulillah sampai di Tapah pukul 10.30 pagi. Berehat sebentar di rumah sewa Fauzan sambil membetulkan barang-barang hantaran yang telah dibuat Sebanyak 19 dulang hantaran (tu dia, bukan sikit). Bertemakan warna 'light purple', hantaran yang disediakan oleh Ngah dan Kak Eton sendiri. Kali ni aku cuci tangan, tak buat langsung gubahan.
Sampai di rumah perempuan dalam pukul 11.15 pagi, dan majlis pun bermula. Mukadimah didahului dengan pantun, tu dia, kelam kabut wakil dari kami. Apa lagi Abang Noh awal-awal surendder tak dapat nak jawab. Bukan tak boleh, tapi panik. Kami senyum ajelah. Walaupun cuma saudara terdekat yang menghantar, boleh dikatakan ramai juga. Kak Idah dan keluarga, Kak Mah dan keluarga, Ngah dan Ikin, Kak Eton dan Acip, Long serta aku dan keluarga aku.
Majlis berlangsung dengan begitu pantas. Segala rancangan dan urusan telah ditetapkan, iaitu tarikh bila nak hantar duit, tarikh bila nak nikah dan tarikh untuk membuat majlis. Senangnya cerita. Kami pulang dengan balasan 22 dulang hantaran bertemakan merah. Tepat pukul 12 kami dah dijemput untuk makan tengahhari. Selepas makan tengahhari, lust minute programme kami nak ke Cameron Highland. Ini sebenarnya tak dirancang.
Setibanya di CH, cuaca hujan, so tak banyak tempat yang boleh dituju. Apa yang sempat hanyalah berbelanja sayur-sayuran. Ada satu cerita yang tak dapat aku lupakan. Sekembalinya dari CH kak Idah yang berada di belakang aku tertinggalkan. Selepas dari tol, kami bergerak dahulu, dengan ingatan bahawa mereka tau jalan untuk balik. Aku minta maaf banyak-banyak. Dia sampai lewat satu setengah jam dari aku. Sedihnya aku, aku tak sengaja. Moral of the story, jangan espect semua orang tahu.
So bulan Jun nanti kami akan ke Perak lagi. Moh ke Perak..

Monday, March 8, 2010

Air oh air!

Rasanya dah hampir dua bulan dah tak hujan di Pasir Gudang ni. Banyak tempat dah mula kering. Masa aku ke Bandar Tenggara beberapa minggu lepas aku lihat sungai Semanggar dah mula kering. Katanya ni adalah kesan dari Monsun Timr Laut yang dijangkakan akan berakhir Mac ini. Ni dah bulan Mac (macam mana tu?). Kuasa Allah siapa bolah lawan. Tawakal dan banyakkan berdoa ajalah...
Itu satu hal, di rumah aku ni kes air satu hal lagi, tangki air rumah aku ni asyik overflow aje. Bukan sekali dua dibetulkan, dah banyak kali. Musim kering ni, orang nak jimat air tapi di rumah aku lain pula jadinya, dah le tu aku juga yang kena bayar air yang terbuang tu. Orang Wak Bahari (wakil pemaju) dah lima kali datang dan betulkan, wak sebelah dah dua kali tolong betulkan, dan Kelvin pula hari ni merupakan kali kedua dia betulkan. Harap-harap tak ada lagi overfow. Aku pun tak faham pemaju di sini. Di rumah lama aku dulu kejadian ini pernah berlaku juga, sekali aku report, orang dia datang terus tukar pelampung air dah tak keluar lagi. Tapi pemaju di sini lain pula, dua tiga kali datang tangan kosong, setakat betulkan atau tukar getah, tukar besi dan pelampung tidak juga. Padahal kalau dia datang sekali terus tukar rasanya kos dia nak ulang alik lebih berbaloi. Aku geram sangat dan akhirnya aku beli sendiri minta tolong ida tukar. Tapi masih keluar juga. Sedih aku tengok. Lain betul syarikat M dengan syarikat C.
Berbalik pada musin kering ni, semalam di dalam berita mediacorp ramalan cuaca dia menunjukkan hari selasa dan rabu hujan. Aiman bukan main percaya esok dan lusa akan hujan. Penat aku beritahu dia, bahawa itu hanyalah ramalan manusia, segala keentuan adalah dari Allah s.w.t. Budak-budak kalau tak dibimbing cepat betul terpengaruh.

Saturday, February 27, 2010

Nyamuk

Rumah baru aku banyak nyamukkkkkk...

Kalau di rumah lama, ubat nyamuk (racun nyamuk) tidak pernah tersenarai dalam barang-barang keperluan yang wajib dibeli setiap bulan. Sekarang tidak lagi, malah amat perlu. Aku pun tak pasti dari mana datangnya nyamuk ini. Nak kata takungan air tak nampak pula. Lebih-lebih lagi sekarang ini musim kemarau.
Aku rasa semua jenis ubat nyamuk aku dah beli. Dari ubat nyamuk asap, mat, kepingan kertas meruap hinggalah dalam bentuk cecair. Mula-mula dulu aku beli liquid, kononya boleh tahan hingga 60 hari, tapi nyamuk di sini tak makan saman, pun masih datang (kurang sikit dari biasa). So aku tukar pula dengan kepingan, agak mujarab. Aku kena tukar satu-satu dulu. Pernah 3 kali black-out, pergh...tak boleh tidur dibuatnya. Nak tak nak stok ubat nyamuk asap kena ada juga. Tak boleh pasang selalu, satu rumah bau asap nyamuk, bukan senang nak hilang. Habis semua orang ada bekas kena gigit nyamuk....

So...rumah baru....tetamu pun baru.............

Sunday, February 21, 2010

HAPPY HOUR (2)

Bertempat di kampung Sawah, 16 February di perkarangan rumah Hj Mosmin, satu jamuan telah diadakan sempena menyambut ulangtahun kelahiran Angah. Bersungguh-sungguh abang nak buat BBQ. Aku apa lagi, ikut ajelah....bab makan ni mana boleh tolak. Kalau tolak pun hanya batu dengan kayu. Kali ni tidaklah sebanyak hari ahad yang lepas.
Pagi kami bertolak dari rumah, singgah di Smart beli ikan dan udang dan ayam. Lepas tu singgah di Kempas beli otak-otak pulak. Sampai di kg, betul-betul emak baru selesai masak tengahhari. Ni memang adjust untuk sampai waktu makan. Seperti biasa lauk "wajib" iaitu rendang mesti ada. Banyak betul mak masak, sup, rendang, dan tom yam.
Lepas makan siap-siap kan bahan yang dah dibeli tadi dengan ecah. Ayam aku kukus dulu biar cepat masak. Tidaklah ternanti-nanti masa membakar nanti. Petang tu sempat keluar ke pekan cari kek untuk "birthday boy". Pukul enam lebih dah mula hidupkan api (takut tak sempat). Lepas maghrib dah mula bakar membakar. Emak siap ajak sedara lagi. Aku dengan abang agak panik juga, maklumlah cukup ke bahan yang aku beli tadi. Alhamdulillah, semua berjalan lancar kata orang banyak sama dilapah, sedikit sama di rasa. Meriah juga majlis dengan kehadiran Cik Surip dan keluarga, bergitu juga dengan Kak Nor serta anak-anaknya.
Wah!, masing-masing pakai baju puple, orang lain bertudung cantik, aku aje tudung sapu tangan (aku bawak tudung satu aje, kalau dah kena asap habislah tudung aku nanti). Ni kes gambar boleh di letak di fb lah tu.
Seronok tengok orang gembira, lebih-lebih lagi emak dan abah. Moga keluarga Hj Mosmin akan terus utuh dan gembira. Amin...

Monday, February 15, 2010

Happy hour (1)

Hari ini adalah tahun baru cina, bermakna hari ini adalah hari cuti. Dua tiga minggu lepas aku dah merancang untuk mengadakan "small gathering" untuk family belah aku le, tak kan asyik family sana aje kan. Semalam lagi aku dah ambil ngah untuk membantu aku (walaupun sebenarnya aku yang bantu dia). So aku pun dah spread undangan menggunakan talian hayat. Aku nak buat BBQ kat rumah aku.
Dari semalam petang aku dah start belanja. Kedai cina dah banyak yang tutup. Banyak juga barang aku beli. Dari pagi lagi aku dah bangun dan start buat kerja. Apa yang aku buat ya? Ha!...satey ayam, daging, mee hoon goreng, lontong (beli segera)ayam, ikan, udang dan sotong....karipap dan popia. Banyak juga tu.. Aku ajak dia orang datang lepas asar..(kalau aku tak buat macam ni, tah bila meraka nak jejak ke rumah aku ni).
Pukul tiga lebih dia orang dah datang...meleset dari jangkaan. Ini disebabkan program lain yang tak dapat dielakkan. Nasib baik cik Idah and family datang. Family dia ni expert untuk memulakan proses bakar membakar ni. Terima kasih banyak-banyak. Nak harapkan aku dan abang ...lambat le nak dapat makan.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...Rasa seronok tak tergambar aku rasa. Apa tidaknya dapat berkumpul dengan adik beradik...

Ucapan terima kasih aku ucapkan kepada kalian kerana sudi hadir:
Bapak
Long dan anak Jannah, Fitrah, Nurul dan...(aku lupa la nama yang satu lagi)
Ngah dan anak, Ikin...trimas sebab tolong aku sediakan persiapan)
Abang Rahim, kak Eton dan Acip
Kak Mah, Abang Noh dan anak Ana, Iza, Halim, Helmi
Abang Mail, Kak Azah dan anak Izat, Wawa, Aha, Suha, Auni
Kak Idah, abang Mat dan anak Iza dan abang adik...

dan terima kasih untuk abang dan anak-anak kerana memberi peluang dan menjayakan majlis kecil ini...ucupan yang tak terhingga

Wednesday, February 10, 2010

BACAAN KEGEMARAN

Bila dah duduk di rumah ni kadang kala perasaan boring mesti ada. Maklumlah dulu dah biasa kerja, pergi pagi balik petang. Malam dah sebok dengan rumah dan anak-anak. Sekarang ni bila anak-anak dah pergi sekolah, rumah jadi sunyi sepi. Nak tak nak kena cari kerja atau bahan bacaan. Kalau berkenaan akhbar, aku sebenarnya tak berapa minat tapi sebab nak tau isu semasa kena juga baca. Kalau pasal politik memang aku tak minat langsung. Pada aku politiklah yang memecah belahkan rakyat sekarang. Duduk sikit cakap isu politik.


Di rumah ni, tiap-tiap minggu majalah wanita ada. Baca kisah masyarakat di samping tu cedok ilmu mana yang patut. Tapi ada satu bacaan yang memang menjadi kegemaran aku. Aku dah baca berulang kali di samping menjamu mata. Seronok tengok gambar yang cantik. Untuk di aplikasikan di rumah sendiri tak berapa pandai. Macam tak pernak jemu walaupun baca berulang kali. Tapi yang aku tak berapa gemar berkenaan rencana pasal tumbuhan ni dia suka guna nama sintific untuk sesuatu tumbuhan. Pada aku dia kena letak nama tempatan di samping nama sintific, jada nama tempatan tu tidaklah dilupakan. Kalau aku boring aje, majalah ni yang aku cari dulu. Aku tak nafikan, bahan bacaan yang utama adalah Al-Quraan, tapi majalah ni jatuh nombor dua. Aku ada tertinggal isu keluaran yang awal-awal, rasa macam rugi pulak. Tak sabar pula untuk tunggu keluaran akan datang (isu Mac). Maklumlah dua bulan sekali.

Majalah dekorasi rumah pula, aku suka juga beli, tapi untuk aplikasi..memang tak pandai. Bab menyusun atur ni aku jatuh nombor dua selepas abang.

Thursday, February 4, 2010

Entri pertama 2010

Rupanya sudah hampir dua bulan tiada apa-apa entri dalam blog aku.

Sudah masuk bulan kedua aku duduk secara tetap di sini. Tapi masalahnya rumah yang aku duduki ini masih belum siap sepenuhnya. Punyalah lambat…Tapi apa boleh buat, dek kerana anak nak masuk sekolah, terpaksalah aku berpindah ke sini. Kalau tidak jenuh pula nak pindah randah di pertengahan musim sekolah.


Barang-barang masih bersepah lagi di sana sini. Selagi store dan bilik bawah belum boleh diggunakan, selagi itulah barang aku berada di merata tempat.

Since aku pun dah duduk di Pasir Gudang ni, tahun baru maka jadual aku pun baru...
6.00 – jam berpunyi
6.50 – Amal ke sekolah (ayah hantar)
Siram pokok bunga
Basuh baju dan sidai
Masak
10.00 – Hantar Aiman ke sekolah agama
11.30 – Ambil Aiman
12.00 – Suap Aiman makan tengah hari
12.20 – Hantar Arif ke sekolah menengah
Hantar Aiman ke sekolah rendah
Tunggu dan ambil Amal
12.50 – sampai rumah, nyam...nyam...nyam...
3.05 - hantar Amal ke sekolah agama
- lepas tu free....atau buat tugasan yang telah disuruh......
Tv...
6.30 – ambil Amal, Aiman, dan Arif (kalau ayah ada kerja)
7.00 - sampai rumah....

Buat masa ni, inilah jadual baru aku...cepat betul masa berlalu...diam tak diam dah masuk bulan February. Line internet ni pun baru masukkan...itu yang baru boleh berkomputer. Line dah okey tapi komputer masih belum memuaskan (komputer lama) nak main game fb pun tak boleh...