Anak aku sebok nak ajak kawan-kawan dia datang rumah. Pening juga fikir nak masak apa. Alahai budka-budak bukan makan banyak. Akhirnya aku putuskan nak buat bee hoon goreng dan Arif cadangkan buat pasta. Mentang-mentang dia suka makan pasta, dia nak suruh kawan-kawan dia makan apa yang dia suka. Terpaksalah aku belajar masak kuah "carbonara" dalam skala yang banyak. Biasanya aku masak setakat untuk lima mulut aje. Nasib baik ada sumber internet untuk resepi memekatkan kuahnya. Kalau tidak tak pasal-pasal berkilo-kilo cream dan susu kena tambah dalam kuah dia. So akhirnya setakat bee hoon goreng + pasta "carbonara" + brownish + tembikai + air minuman. Tak apalah Arif ya, menu yang mudah aje.
Ni le menu yang aku buat: Bee Hoon gorang, pasta, carbonara sos, brownish, tembikai. Air? Air sarsi dan air kosong.

Khamis dua minggu lepas tak pernah-pernah kawan lama aku call nak datang rumah. Rasanya selepas tingkatan empat (itupun aku pindah sekolah bulan April), sampai tahun lepas baru berjumpa. Dari 1984 hingga 2010. 26 tahun juga baru berjumpa, itupun dia yang tegur aku dulu. Kalau harpkan aku yang tegur memang tak adele. Aku ni bukan ingat sangat muka kawan-kawan lama.
Menu untuk orang terdesak, Kacang Pool. Alhamdulillah, berselera kawan aku dan anakanya makan. Bila dah lama tak jumpa macam-macam cerita keluar. Kalau ikutkan satu malam tak habis cerita. Secara konklusinya ada beberapa topik yang kami bualkan.
1. Cerita orang tipu orang.
Kawan aku ni kena tipu dengan partner dia. Dia bermula dengan berniaga sarapan pagi lepas tu dia buat perusahaan frozen food. Pada mula dia yang memegang akaun tak banyak masalah, tapi bila partner dia start pegang akaun, macam-macam masalah timbul. Duit selalu tak ada, kena tipu, kereta yang diberi pinjam dah nak kena tarik. Hei...macam-macam cerita. Moral of the story, tak boleh nak percaya orang yang baik lebih-lebih lagi orang yang baru kita kenal. Tidak semestinya rumah banglow, kereta besar tak tipu orang. Aku pernah cakap kat anak bujang aku, biar kita tak nampak bergaya tapi yang penting kita tak tipu orang, dan yang penting kita ada duit untuk diri kita sendiri. Bak kata orang jangan jadi seperti pepatah "Biar papa asal bergaya". Seperti kata kawan aku, dia tak belajar nak tipu orang tapi orang yang tipu dia. Kesabaran ada tahapnya. Akhirnya dia dah tarik "hand break". Tapi, resepi semua kawan dia dapat. Tak apalah Ti, orang kalau dah menipu,rezeki tak berkat.
2. Cerita anak pandai.
Kawan aku ni senasib dengan aku. Kalau aku ada 3 orang anak lelaki tapi dia lebih sikit dari aku, dia ada empat anak lelaki. Tapi katanya Alhamdulillah, anak sulung dia dah boleh tolong dia setakat nak kemas rumah dan sebagainya walaupun baru tingkatan satu. Dia cerita kat aku, yang kawannya mengadu kat dia. Anak kawan dia ni dua orang perempuan, kedua-duanya pandai-pandai, keputusan peperiksaan amat memberangsangkan, tapi emak dia makan hati sebab anak-anak dia tak ringan tulang. Kalau di rumah tu asyik duduk dalam bilik aje, tau-tau keluar makan. Aku harap aku dapat didik anak aku jadi manusia yang berguna. Kawan aku kata, tak guna juga kalau otak pandai belajar tapi tak pandai nak jadi manusia yang berguna terutamanya kepada kedua orang tua. Dulu ustazah aku ada berkata, kalau kita tak ajar anak kita untuk berdikari, kita sebenarnya zalim tarhadap anak kita. Wahai anak-anak diluar sana ternamasuklah anak aku sendiri, rajin-rajinlah tolong orang tua kita. Tanggungjawab kita tu, selagi mereka ada. Jangan pula menyesal di kemudian hari.
3. Cerita orang yang tak boleh lebih dari kita.
Kawan aku bercerita, ada kawannya pernah berkata bahawa akan datang dia duduk goyang kaki dan kawan aku ni akan kerja berterusan dok jual sarapan pagi. Alasannya, dia dah joint MLM dan kawan aku ni berniaga. Dia memang terasa, tapi simpan dalam hati. Dengan kata-kata nilah dia berusaha dan telah menaikkan taraf dirinya. Dari duduk rumah kos sederhana rendah, dah upgread ke rumah sederhana, dan kalau boleh nak cari tanah nak buat rumah. Tapi sampai sekarang kawan dia tu masih kerja di kilang lama dia, tak juga goyang kaki, yang goyang kaki akule... Tapi kawan aku ni tak kesah, cuma satu yang dia tak faham, kawan dia ni tak pernah nak singgah rumah dia, walaupun bukan jauh mana. Biarlah Ti, apa orang nak buat dan nak kata, biar kita dengan prinsip kita yang penting kita tak susahkan orang, kita tak sakitkan hari orang. Pada akule...kalau prinsip aku "Friends is forever"..