Sunday, January 30, 2011

Berbelanja aka shooooping

Dah lama aku tak berbelanja di Giant Pelentong. Hari ni aku pergi dengan Arif. Aku paksa dia tolak troli untuk hari ini. Mula-mula tu dia tak nak pergi sebab aku kata aku nak pergi sekejap aje, tapi dia tak ada pilihan lain sebab kena ikut juga. Sebenarnya bukan aku tak boleh pergi sendiri tapi aku saja ajak dia, cepat sikit langkah aku. Yang dua orang lagi tu tinggal di rumah aje.

Dari malam tadi asyik hujan aje, pagi ni mula lagi dan nampaknya berterusan. Aku keluar rumah dan sampai di Giant pukul 9.15 pagi. Masa aku sampai dah ada orang tolak troli keluar dari Giant. Kali ni aku bertolak awal sebab tak nak beratur panjang di kaunter. Aku malas nak ke Giant ni pada bab akhir iaitu masa nak bayar. Orang yang membeli pun bukan sikit-sikit barang diaorang termasuklah aku. Tu yang bila di kaunter tu tak mainlah seminit dua. Kiranya orang-orang ini semuanya berfikiran macam aku malas nak beratur lama-lama. Maklumlah minggu depan dah Tahun Baru Cina.

Sebenarnya bukan bab aku belanja barang dapur yang menjadi tajuk utama aku, tapi pasal anak aku. Dalam pada aku sudah belanja tu dia siap kata, "ibu selipar, selipar abang dah rosak". Selain dari tu dia nak beli pemberat kaki untuk sport, aku bukan faham sangat. Tapi aku tak mampu nak beri, pada aku macam membazir aje. Tapi tak taulah nanti aku berubah fikiran. Cari punya cari selipar, last-last aku beli selipar di kedai luar. Masa di dalam Giant tadi tak nak beritahu, dah di luar baru cakap. Melayang RM29. Budak-budak zaman sekarang. Ayah dia pun tak pakai selipar mahal-mahal, paling-paling pun selipar bowling aje. Bila aku perhatikan barang anak aku lebih mahal dari barang ayah dia. Anak zaman moden.

Dulu aku ingat anak dah besar dah lega, tak payah susah-susah. Rupanya setiap saat dan setiap perubahan tahun mereka macam-macam yang kita hadapi. Kalau dulu apa yang kita beli semua mereka pakai, tapi kini tak lagi. Baju, kasut , seluar semua ada citarasa sendiri. Nasib baik anak aku tak demand yang mahal-mahal. Mungkin mereka faham ekonomi mak bapak mereka. Tapi kalau orang yang hanya ada anak satu, aku tak tau apa perasaan mereka. Lepas ni aku kena hadapai pula hari-hari yang mendatang dengan penuh tanda tanya.

p/s- Anak oh anak, kamu adalah permata hati ibu.

Wednesday, January 26, 2011

Orkid

Adakah ini akan menjadi kegilaan baru aku?...Tak pasti lagi. Aku ni biasalah...kadang kala hangat-hangat tahi ayam.Tak apa, kita tunggu dan lihat.

Sebab apa dan sejak bila aku minat orkid?

Humm...macam mana aku nak jawab ya. Kita mulakan satu persatu.
Sebenarnya aku mula minat orkid ni dah lama, semenjak aku belajar lagi. Masa tu kakak aku yang minat orkid. Tiap kali aku datang rumah dia aku suka tengok orkid yang dia ada. Bermula dari itu setiap kali pesta konvo di UPM aku akan belikan dia sepokok orkid. Masa tu aku tak tau macam mana nak jaga pokok orkid ni.

Kemudian selepas aku mula bekerja, aku mula beli pokok orkid bila aku dah ada rumah sendiri. Masa tu aku siap buat rumah orkid guna besi yang dipasang sendiri. Tapi apakan daya, banyak pokok yang aku tanam tak menjadi. Ilmu aku pasal orkid terlalu cetek sangat. Aku mula give-up sebab pokok orkid aku mula mati satu persatu. Sebelum ianya menjadi parah aku hantar pokok-pokok aku ke kampung sebab pada masa itu aku tengok kakak ipar aku boleh tahan jaga orkid. Setiap kali ada pesta bunga atau orkid aku akan beli dan letak di kampung. Lama kelamaan pokok yang di kampung pun kiok..
Frustnya aku. Nak buat macam mana, mereka tu bukan aku gajikan, tapi aku sekadar tumpang tanam aje. Lepas tu aku lupakan niat aku nak tanam orkid.

Tapi tiap kali aku balik kampung mertua, aku suka tengok pokok yang mertua aku tanam. Lepas tu aku belikan dia pokok orkid pulak. Dah beralih dah dari kampung aku ke kampung mertua. Aku beli orkid yang biasa-biasa aje. Sebenarnya aku suka tengok pokok orkid butterfly...cantik bangat macam rerama berterbangan.

Sekarang ni aku dah berhenti kerja, dah duduk rumah sepenuh masa. Pindah ke rumah baru. Laman di rumah dah penuh pokok, tapi belum tahap padat. Aku malas nak tambah pokok lagi. So bila aku duduk kat kerusi di tepi rumah tu macam kosong aje (sebab semuanya warna hijau aje). Masa aku pergi ke sebuah nurseri aku terjumpa cattleya warna merah, selalunya warna purple. Apa lagi aku terus beli. Lepas tu aku asik pulak tengok bunga dia, bermulalah dari satu pasu ke satu pasu. Ni masih orkid biasa-biasa. Kemudian bila aku ke pasar tani aku jumpa pula penjual orkid. Dari sini dia ajar aku macam mana nak tanam orkid yang aku beli. Aku beli anak butterfly. Tak berani nak beli yang mahal-mahal, takut jadi macam dulu arwah nanti. Setiap kali aku ke pasar tani aku singgah ke gerai dia. Seronoknya aku tengok orkid dia. Dia suka orkid species. Sambil tu dia beritahu cara tanam. Di sinilah baru aku kenal pelbagai jenis orkid lain selain dari komercial orkid. Aku dah mula seronok ditambah lagi dengan bahan bacaan dari internet. Sungguh mengkagumkan betul otai-otai orkid. Ada yang aku baca tu dikatakan 90% peminat orkid di malaysia ni adalah lelaki. Tapi yang aku tengok tu memang betul, mereka ni kalau dah minat dasyhat. Ada juga kaum hawa yang minat dan aku tak nafikan. Kiranya aku ni baru nak masuk 10% lah ya. Ada lagi petikan yang aku baca dalam blog tersebut dia mengatakan pepatah cina "jika anda tidak sempat menanam pokok 20 tahun dulu, mulakan dari sekarang".

So apa aim aku? Aku cuba nak belajar tanam orkid yang pelbagai jenis tanpa mengakibatkan aku lalai. Lalai???...Ialahkan lalai dunia dan akhirat. Tanam pokok ni kan satu terapi. Aku ambil yang positif ajelah ya


p/s- aku dah jumpa hot spot aku. Lepas ni tiap kali balik kampung aku akan singgah.
(amal kata sport?, ibu nak bersukan ke?...hahaha) bukan bersukan tapi berdangdut macam tina(orchid ibu dan aishah)kata.
-thanks tangan sejuk sbb bari aku tips

Surat

Kehadapan kekanda H.... yang diingati. Semoga kekanda berada di dalam keadaan sihat walafiah hendaknya. Adinda dan keluarga di sini berada dalam keadaan sihat jua.

Tujuan adinda menulis surat ini adalah....


Hahaha...itulah permbukaan surat yang selalu aku tulis masa aku kecik dulu. Mula-mula dulu aku tak tau juga nak tulis surat tapi emak yang suruh aku tulis sebab emak tak pandai tulis. Masa tu siapa lagi yang ada di rumah selain dari aku....tu yang aku agak expert sikit bab tulis surat ni. Zaman dulu mana ada telepon nak tanya kabar, nak minta sesuatu.

Sebab apa aku buka tajuk surat lama ni? Tadi masa aku belek surat khabar ada petikan surat lebih kurang macam ni untuk soalan UPSR. Tu yang aku teringat sangat kat surat aku dulu-dulu. Selalunya mak akan suruh aku tulis surat sebab nak minta $$$. Selain dari tu adalah untuk bertanya kabar berita.

Beberapa bulan lepas aku ada beritau kakak ipar aku pasal bahasa surat yang aku gunakan untuk abang sulung aku. Hehehe..diaorang macam tak percaya. Tapi hakikatnya kena percaya sebab aku guna bahasa tinggi...siap ada kekanda, adinda, bonda dan ayahanda lagi. Aku rasa dengan kecanggihan teknologi budak-budak sekarang dah tak pandai nak guna bahasa-bahasa ni. Lagipun sekarang ni mana ada nak tulis surat. Semua guna teknologi canggih. Tu yang bila keluar soalan pasal surat semuanya jadi hancus...

Apapun ini adalah kenangan terindah aku masa zaman kecik dulu...

Saturday, January 22, 2011

Gigi

Hari ini aku pergi cabut gigi. Walaupun pada dasarnya aku tak nak cabut, tapi apakan daya, dr beri kata dua sama ada nak tampal lepas tu sakit lagi ataupun cabut terus. Aku rasa macam aku silap sebab pilih yang ke dua. Dulu aku pernah buat rawatan di U.Tiram. Jarang aku jumpa dr macam dia. Dia kata selagi gigi itu boleh diselamatkan kita selamatkan dulu, kalau dah tak boleh barulah cabut. Kiranya ini adalah gigi yang ke dua aku caput. Dulu gigi geraham bongsu, la ni sebelah dia pula. Sedihnya. dalam menahan sakit ni terfikirlah juga bahawasanya aku dah semakin tua. Kali ni lambat pula darah nak berhenti. Tadi masa nak cabut aku rasa macam takut pula. Padahal ini bukan pertama kali aku buat rawatan aka cabut gigi. Itulah dulu tak jaga gigi berul-betul. Sekarang ni anak-anak aku semuanya malas-malas nak jaga gigi. Nanti dah tua baru menyesal. Kita dulu mana ada orang kisah pasal gigi kita. Nak dapat berus gigi yang baru pun susah.

Aduh mak, sakitnya.....

Friday, January 14, 2011

Ketam oh Ketam

Malam-malam mencari ketam
mencari ketam di rumah orang
malam-malam buta aku kena siang ketam
dah lah tu, siang sorang-sorang

apa lagi nak lauk sedap
ikan bilis basah dibelah dua
kena berkoban apa saja
ha tu dia aku masak sampai dua

Ha itu la lauk aku hari ini, ketam masak black paper dengan ikan bilis basah goreng tepung, ala-ala tempura. Ketam tu aku beli dari kawan abang di kg Pasir Gudang. Fresh lagi, masa aku siang dah tinggal nyawa-nyawa ikan (salah la nyawa-nyawa ketam). Ikan bilis tu aku beli di pasar. Dah lama aku tak goreng ikan bilis tepung ni. Dulu aku goreng tepung juga tapi tak berapa sedap sebab aku sertakan dengan tulang tengahnya. La ni nak sedap kena belah dua lepas tu buang tulang. Baru sedap. Tapi tak larat nak siang banyak-banyak. Bayangkan sahaja siang ikan bilis kering pun dah tak larat nikan pula ikang bilis basah. Nak sedap punya pasal sanggup berkorban apa saja. Hasilnya memang tak mendukacitakan. So apa lagi, masa untuk merehatkan mata.

Tahun Baru, Azam Baru

Rasanya macam baru semalam tahun baru, tapi hari ni dah hari yang ke 14. Ehem...Aku rasa aku makin sebok. Kadang kala macam tak cukup tidur pulak. itu yang kalau tidur memang macam "tidur mati".
Tahun ni aku ada aktiviti baru, hahaha...nak tau apa? Aku dah mula belajar bahasa arab. Jangan tak percaya...Mungkin dah rezeki aku agaknya. Dah dua minggu aku belajar. Buat setakat ini sekadar mengenalkan nama dah boleh dah. Terima kasih kepada kak Sofia kerana sudi mengajar aku dan kak Dayang tanpa sebarang bayaran. Moga hanya Allah sahaja yang membalasnya. Lepas makan tengahhari dengan Arif dan Amal aku duduk sekejap, dah tu terus ke kelas. Itu yang aku tak sempat nak titun tu. Selalunya kelas belum habis aku dah bergegas balik rumah sebab nak hantar Amal pula ke sekolah agama. Hei....memang sebok. Bukannya tak cukup masa. Masa yang dijadikan Allah tu 24 jam sehari, dah cukup dah, cuma aku cuba memenuhkan masa aku dengan benda-benda yang lebih berfaedah.Bermula dari 5:30 pagi sampailah ke malam. Nama pun suri rumah (robbatul manzili..hehehe). Tapi kan kalau arwah emak dulu lagi cepat dia bangun pukul 4:30 pagi. Lagilah semua kena guna manual. Mana ada mesin. Kalau nak dibandingkan dengan orang dulu-dulu memang tak terlawan.

Lagi satu aktiviti aku adalah belajar masakan baru. Tak kiralah sama ada belajar dari internet ke, orang ke atau pergi ke kelas sekalipun. Sasaran aku, aku nak belajar apa yang anak-anak aku suka makan (termasuklah aku). So selain dari mengeluarkan duit untuk membeli makanan yang dah siap, dapatlah aku membeli bahan sahaja. Alhamdulillah, setakat ini tak ada yang membazir. Nak makan masakan aku, jomlah datang ke rumah.


p/s- moga parkara yang baik akan aku terus lakukan
- aku dah pandai buat roti mix vegi dan tart

Monday, January 3, 2011

Cuti-cuti 2010 (part I)



Bersama bas yang membawa kami semasa berada di Medan (dua kali tukar tayar sebab tayar pecah) nasib baik tak jadi apa-apa. Luckily pecah bila nak bergerak...



Di hadapan Masjid Agung atau Masjid Raya (aku lupa)



Air panas Berastagi (yang ni dekat dengan Janakuasa Geoterma), di sini kami menunggu bas sambil menggigil kesejukan.



Air terjun Sipiso-piso (comel aje air terjun ni, abah kata macam air longkang aje. Air terjun ni mengalir ke Danau Toba.



Sebelum membeli belah bersama mertua (menumpang kasih)



Bersama rombongan cik kiah (Pulau Samosir) kebanyakakan diaorang ni banyak duit,hehehe..aku aje yang kering.



Hotel Danau Toba

Hehehe...dah lama aku tak bercuti. So hujung tahun lepas aku berpeluang bercuti, dah rezeki. Sebenarnya ni rezeki terpijak. Aku ganti dek yah yang terpaksa menghadapi peperiksaan akhir di UTM. Apapun terima kasih untuk mak dan abah (menumpang kasih mertua, mak bapak dah tak ada). 5 hari 4 malam dari 22 Nov - 26 Nov 2010. Anak-anak tinggal bersama ayah mereka.

p/s- sebab apa gambar aku tak banyak, sebab aku tukang ambil gambar. Camerawoman tak bertauliah.

Saturday, January 1, 2011

Salam 2011

Sabtu, 1 Januari 2011.

Cepat betul masa berlalu. Dah masuk tahun 2011. Apa ada pada no? Mesti ada kan. Semua tu bergantung pada kita.

Untuk tahun ni aku tak berani nak ada azam baru. Azam aku tiap-tiap tahun sama aje. Kalau boleh semua yang aku buat biar lebih baik dari semalam. Ha!...satu lagi, tahun ni anak aku nak ambil periksa PMR. Untuk aku memang panik. Tapi aku tengok dia ok aje. Maklumlah, bila anak saudara ramai, banyak sangat perbandingannya. Apa yang aku harapkan agar dia dapat membawa diri dengan baik dan dapat buat yang terbaik.

Bila dah sambut tahun baru, yang pasti banyak kenangan yang lepas. Yang paling tak boleh dilupakan ialah pemergian Allahyarham bapak. Semoga dipelihara rohnya dan ditempatkan bersam para suhadah.

Apa yang aku harapkan dengan tahun baru ni, biarlah aku buat yang baik-baik aje. Di samping hobi baru dan pokok bunga baru (tak boleh bubuh gambar sebab dah tak ada kamera).

p/s - semalam kawan abang(sahir)beri banyak pokok bunga...best,best,best...