Sunday, February 27, 2011

Sekadar berkongsi (1)

Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. ada mengatakan, "umatku akan terbahagi kepada tujuh puluh tiga bahagian, dan hanya satu bahagian yang akan masuk syurga". Adakah kita tidak termasuk dalam yang satu bahagian itu. Aku berharap agar aku tergolong dalam yang satu itu. Amin....


p/s - Hari ini belajar sumber ilmu dalam sya'riah

Friday, February 25, 2011

Program Bistari

Hari ini bertempat di kelas 3 Arif telah diadakan penerangan berkenaan program bistari. Mula-mula tu cikgu Preema dan guru kounsling beri penerangan. Lepas tu setiap murid membentangkan pencapaian akademik tahun lepas dan apakah yang akan dilakukan untuk meningkatkan prestasi mereka. Aku dapat lihat dalam kelas arif ni ramai murid yang berkelayakan untuk mendapakan keputusan yang cemerlang. Tapi...

Ada tapinya. Tapi kena usaha berlipat ganda termasuklah anak aku. Kali ni aku kena guna pendekatan yang berbeza berbanding dengan ketika arif UPSR. Aku hanya cuba sahaja. Aku tak boleh nak samakan anak aku dengan anak-anak saudara aku. Tidak nafikan ramai anak-anak saudara aku yang pandai. Anak orang lain, anak aku lain. Setiap mereka ada kelebihan dan ada kekurangan masing-masing.

Arif...cubalah buat yang terbaik.

Tuesday, February 22, 2011

Sila, Tolong....

Sila kemas, lipat, susun baju yang berada di dalam almari. Almari bukan tempat untuk melonggokkan pakaian anda. Jangan hanya kemas di bahagian luaran sahaja. Kebersihan mencerminkan diri anda...

Hahaha...boleh gitu. Aku dah tak larat nak berleter, nanti orang kata ibu kuat berleter. Itu adalah sebahagian dari ayat-ayat yang aku gunakan untuk di tampal di hadapan almari..tututt...

Sunday, February 20, 2011

Pesta

Hari ini berakhirlah Pesta Layang-layang Antarabangsa yang ke 16. Dalam masa 2-3 hari ini jalan di sekitar Bukit Layang-layang agak sesak. Mula-mula sesak dengan jentra membetulkan jalan, lepas tu sebok dengan kenderaan pengunjung pula. Agak-agak aku pergi tak? Ya soalan cepu emas. Sebenarnya awal-awal lagi aku dah pergi ke sana. Mula-mula servey (lihat sekali lalu) kedai yang berkenan. Kali kedua pergi ke sebuah kedai target aku. Kali ke tiga semasa program Forum Perdana. Pertama dan kedua aku singgah lepas hantar Amal ke sekolah agama. Yang ke tiga tu aku pergi malam dengan abang. Hari-hari akhir ni aku tak pergi, malas sebab ramai sangat orang. Sampaikan jalan di belakang rumah aku pun orang parking kereta.

Sebenarnya tiap-tiap hari aku tengok layang-layang sebab masa pergi dan balik dari hantar anak aku mesti lalu. Lagilah bila lepas ambil Arif, mesti aku lalu punya. Banyak sangat layang-layang. Selain dari layang-layang pengajur dan peserta, layang-layang orang awam pun banyak bercelaru jadinya. Kali ni aku rasa pengujung paling ramai, maklumlah kalau dulu dianjurkan oleh JCoop, syarikat swasta, budget agak ciput, kali ni dah diambil alih oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengarnya budget pun lebih besar.

Apa-apapun terima kasih kepada keluarga dari Kampung sawah kerana sudi datang ke rumah kami di samping memeriahkan lagi pesta layang-layang.

Tuesday, February 8, 2011

Dah Lari...

Ha!...jangan terkejut pula. Bukannya apa-apa, cuma diet dah lari. Target dah tak tercapai. Ni tak boleh jadi. So, nak buat macam mana ni? Itulah akibatnya bila dah belajar buat kueh-kueh dari cheese, past tu belajar buat kueh macam-macam, belajar buat roti...ha!..nilah kesannya. Masa masak tu niat cuma nak makan sikit tapi kalau dah depan mata...sendiri mau tanggung...