Wednesday, March 16, 2011

Cuti Sekolah Pertama 2011

Minggu ini adalah cuti sekolah. Maka aku pun bercuti dari menjadi supir. Oh! ya, sabtu lepas majlis kenduri perkahwinan di rumah kak Idah. Boleh tahan ramai juga tetamu yang datang. Aku tak tau nak tolong apa, setakat tolong sediakan perhiasan untuk majlis makan berdamai. Aku buat tat buah aje. Tak berapa nak sedap sebab keluar masuk peti ais.

Minggu ni juga aku menjadi guru tuesyen tak bertauliah untuk mengajar matematik tambahan. Kenalah aku buat stady sebelum sebelum mengajar anak buah. Ok juga ya, study ad hock. Taklah sesukar mana. Tapi kenapa ya aku tak dapat result yang bagus masa spm dulu?. Nak ajar matapelajaran lain dia tak bawak buku pulak.

Bila cuti sekolah masing-masing perut tu macam tong besar le pulak. Walaupun baru lepas makan nasi masih banyak ruang lagi yang boleh diisi. Buat popia otak-otak (home made tau), sekali lalu aje. Buat chill oreo cheese cake, dua kali lalu. Buat roti sosej rasanya dua kali lalu kot. Emmmm....esok nak masak apa pulak?

Monday, March 7, 2011

Doa (1)

"Ya Allah, kurniakanlah kami ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan moga amalan kami diterima".

Kesimpulan:
- Berdoalah di mana jua dan setiap ketika (kecuali di tempat-tempat tertentu).
- Ilmu ada yang bermanafaat dan juga tidak.
- Rezeki itu ada yang baik dan ada yang tidak baik.
- Tidak semua amalan akan diterima (mudah-mudahan amalan kita diterima)

Walaupun cuma ada satu ayat, dan ada tiga permintaan, tapi jika hendak dihuraikan teramatlah panjangnya.

Jangan Merokok

Semasa dalam perjalanan menghantar pengantin (walaupun pengantin dah sampai, tapi kami yang tertinggal) ke Serting, Neteri Sembilan semalam ada terdengar iklan di radio, berkenaan dengan kesan dan akibat merokok. Apa lagi, lepas habis iklan tu ingatkan kepada Aiman dan Amal,"Ha!, ingat tu jangan merokok". Nak tau apa Aiman jawab, "Habis tu ayah Hatta?". Aku dan abang saling berpandangan dan tak tau nak jawab apa.

Friday, March 4, 2011

Masalah

Adakah hobi memasak aku penyebab masalah? Sebab apa aku kata macam tu? Aku tak nafikan semenjak dua menjak kebelakangan ini aku kerap memasak, terutamanya makan petang. Disebabkan terlalu banyak sumber resepi yang mudah diperolehi dari internet maka proses mendapatkan resepi amat mudah. Selalunya bila abang balik dari kerja aku sendang menyediakan makanan ataupun makanan telah tersedia. Kesian pula bila dia sampai di rumah tiada apa-apa terhidang. Sesekali tu kalau aku tak sediakan apa-apa juadah petang, tertanya-tanya pula dia. Petang tadi balik dari kerja, lepas hujan pulak tu abang kata "lapar". Badan aku pun makin sedap aje. Kalau macam ni lah keadaannya macam mana nak kurus.

Boleh tak lepas ni makan petang kita makan biskut lemak aje cicah air teh o cair atau cicah air kopi? Biskut lemak ni pun bukan boleh tahan lama. Kena bujang aku yang bertiga tu, sekejap aje mereka hadap. Sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Biskut pun tak tahan lama, kena sentiasa ada stok. Masalahnya, anak-anak aku tu sekeping aje, emak bapak mereka yang makin sihat.

Bab memasak ni masa yang seronok bila diaorang menghadap makanan yang aku masak. Bila diaorang makan aku pun suka hati. Lagi satu bila aku masak bersama-sama anak-anak (semalam buat roti cinnamon dengan arif, buat muffin dengan amal) lagilah seronok. Bab yang tak seronok bila nak mengemas dan basuh pinggan. Bilalah nak cuti dari kerja-kerja rumah (kalau aku cuti sehari, kerja aku akan jadi berganda). Kerjalah selagi aku termampu. Semua tu kalau dilakukan dengan ikhlas kan ada balasannya.

Cukuplah untuk hari ini, aku nak tengok kungfu panda, esok ada projek di dapur. Misi untuk menghalang dari lauk pauk aku dikebas kucing.

Tuesday, March 1, 2011

Ulat Bulu oh Ulat Bulu

Pagi tadi aku membersihkan tempat aku selalu longokkan sampah pokok-pokok yang aku potong. Nampaknya dah agak kering dan banyak. Rasanya dah boleh dibakar ni. Dalam selangkah dua nak sampai ke tampat tu aku tengok banyak ulat bulu berwarna hitam. Oh!...inilah tempat ulat bulu yang selalu masuk ke rumah aku. Walaupun agak jauh nak menyeberangi jalan untuk ke sampai ke rumah aku tapi mereka-mereka ni sampai juga. Maka puaslah aku memancint dengan racun serangga, dan tak kurang juga yang dah kena pijak dengan aku. Memikirkan ulat bulu ni aku pun apa lagi, aku memerun le di seberang jalan tu. Aiman pun apa lagi mengambil kesempatan nak bermain api walaupun aku dah melarangnya. Bila tiba nak masuk dan mandi, aku dan aiman tergaru-garu kesan dari ulat bulu....ha padan muka.

Ulat oh ulat, tiap tahun kau nak bertandang di rumah ni ya.

Kaedah Mengajar Anak

Dua tiga hari ni aku kerap mendengar orang bercerita tentang cara mendidik anak.
Bermacam cara didengar sama ada cara zaman orang dulu-dulu dan cara orang zaman sekarang. Banyak perbezaan. Zaman sekarang katanya kena banyak guna psikologi, sedangkan zaman dulu banyak guna lempanglogi, sepaklogi dan lain-lain lagi. Dan akhirnya....cuba bandingkan sediri, anak-anak zaman dulu lebih menghormati orang tua-tua berbandingkan orang zaman sekarang. Segarang mana pun orang tua dulu, marah dan kesan amarah itu bertujuan mendidik anak agar sentiasa ingat. Setiap kesusahan yang dilalui itu mendewasakan dan menjadi pengajaran yang amat berguna.

Ehem!.....yang mana satu ni ya? Kena guna mengikut kesesuaian.