Perjalanan yang dirancang saat-saat akhir. Rasanya macam relaks sikit minggu tu. Lepas beli sarapan di pasar tani, hantar skirting meja untuk Kak Azah, kami terus ke Keluang. Tujuan kami adalah ke Gunung Lambak Eko Resort.
Bila dah sampai, tengok tempat tu, kira boleh lah. Bilik dengan 1 katil queen dan 1 katil single dengan harga RM100, kira bolehlah tu (lagi satu, dia tak sediakan sabun dan syampu ya). Bila dah lepak-lepak tu kami pergi makan di situ, aku order favourite aku le laksa penang. Rasa? Bolehlah, sedap sangat tak juga. Arif makan mee kari, abang nasi goreng kampung. Dalam banyak-banyak makanan ni aku rasa yang paling sedap adalah nasi goreng kampung. Anak-anak siap order sampingan mini kek, tiramisu dan kek biasa. Amal kata tiramisu tak boleh lawan yang aku buat. Memangle, nak jual dengan nak makan sendiri mana sama.
Lepas makan, rehat-rehat lagi. Lepas tu hujan lebat la pulak. Nak tunggu reda jawabnya malam lah baru mandi. Si kecik-kecik dangan ayah dia dalam hujan tu pun dia pergi water park. Nak masuk kena bayar kanak-kanak RM3 dan dewasa RM5. Tu dia, mandi dalam hujan.
Petang tu kami ke bandar Keluang, saja jalan-jalan. Singgah Mall, ronda-ronda. Nak shooping sakan tak banyak RM...hehe. Makan di kedai(tak ingat nama). Bila dah sampai bilik, air pulak tak ada...payahnya...Dua kali abang songsong baru dia hantar air. Di bawah tu hanya dua bilik diisi, ada juga dorm tapi di atas. Bila bangun pagi tu nasib baik air dah ada. Masing-masing bangun awal, dah terbiasa agaknya. Tanah belum nampak tapi aku dah nampak pendaki-pendaki (betul ke istilah ni) dah kelihatan. Aku respect betul le dia orang ni. Aktiviti yang sihat.
Aku dengan abang pun bersiap untuk mengikut diaorang ni. Bila tengok jalan yang lecak sebab baru hujan petang sebelumnya, macam mencabar. Dalam perjalanan tu terasa mencabar ada juga perasaan macam nak give-up, nasib baik abang yakinkan. Kami ikuti jalan 4wd, tak lah teruk sangat cuma agak curam. Macam condong 50 darjah. Ramai yang naik gunung ni terutamanya orang-orang cina. Tu dia, badan diaorang ni slim-slim belaka. Lepas tu jalan slow and steady aje. Aku dah macam nak pancit. Bila tiba suatu tempat tu nampaklah satu daratan tertulis Kelab Pencita Gunung Lambak. Siap ada kolam, air pancut dan pondok, rasanya ketinggin adalah 800m. Aku sampai kat situ aje, malas nak naik tinggi lagi. Bila nak turun tu kami ikuti jalan pejalan kaki. Fuh! nasib baik tadi tak ikut jalan ni. Bila turun laju aje...Berselisih dengan ramai orang. Menarik la, dan satu lagi yang aku respec ialah kawasan ini terjaga, bersih dan tak banyak sampah sarap kalau nak dibandingkan dengan kawasan reakrasi lain. Cayalah, barulah betul mentaliti macam ni. Perjalan turun dan naik mengambil masa 45 minit.
Bila dah penat, masa untuk mengisi perut pulak. sarapan roti canai dengan martabak special di bandar keluang. Bila balik, macam biasa yang si kecik-kecik tu mandi lagi dengan ayah dia. Aku dengan Arif duduk bilik aje.
Masa untuk beredar dari GLER, ni nak rasa pula ayam Radix. Sebelum tu masa ronda-ronda sempat menyinggah nurseri. Dapatlah aku beberapa jenis orkid. Ada satu nurseri ni baru 10 hari dibuka. Kira banyaklah juga orkid di situ. Luas sikit pencarian orkid aku kali ni. Aku ada beli cutting orkid dgn harga RM3 setiap satu, sebab asoo tu baru nak tanam semula. Apa lagi, aku rembat la sikit. Tapi bila aku tengok cutting tu dia belum pernah berbunga. Tak apa, harap-harap dia akan berbunga bila dah ada di tangan aku.
Akhirnya berjumpa juga dengan ayam goreng Radix, dah kata orang tu sampai di Kluang, nak merasa juga ayam radix. Sesuai dengan kenyataan yang tertera di dalam kedai, less fat, no msg. Bila dah no msg, jangan nak harap rasa yang sedap-sedap. Tapi kira oklah dengan rasa macam tu. So Chiken Chop, Satey dan juga Nasi Ayam.
Berakhirnya perjalanan dan selamat sampai di rumah pukul 3 petang.
Aku hanya insan biasa...tidak lari dari melakukan kesilapan...Coretan, sekadar catatan perjalanan kehidupan.
Thursday, April 21, 2011
Thursday, April 7, 2011
Benjana Emas Dan Perak
Aku dulu berangan-angan nak ada set hidangan atau penghidang yang berkilat. Benda macam ni kan memang cantik. Tapi kan bila aku dah terbaca satu hadith ni kan, rasanya aku kena kuburkan niat aku ni.
Hadith sahih, daripada Abu Hurairahy r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
" Barangsiapa memakai sutera di dunia nescaya ia tidak dapat memakainyua di akhirat. Barangsiapa meminum khamar di dunia nescaya ia tidak dapat meminumnya di akhirat. Barangsiapa meminum dalam bejana emas dan perak di dunia nescaya ia tidak dapat meminum di dalamnya di akhirat. Kemudian beliau bersabda, Sutera adalah pakaian penghuni syurga, khamar adalah minuman penghuni syurga dan bejana emas da perak adalah bejana penghuni syurga."
Hadith sahih, daripada Abu Hurairahy r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
" Barangsiapa memakai sutera di dunia nescaya ia tidak dapat memakainyua di akhirat. Barangsiapa meminum khamar di dunia nescaya ia tidak dapat meminumnya di akhirat. Barangsiapa meminum dalam bejana emas dan perak di dunia nescaya ia tidak dapat meminum di dalamnya di akhirat. Kemudian beliau bersabda, Sutera adalah pakaian penghuni syurga, khamar adalah minuman penghuni syurga dan bejana emas da perak adalah bejana penghuni syurga."
Apa Nak Jadi

Apa nak jadi dengan aku punya limit ni. Nampaknya limit tinggal limit yang pasti aku dah melebihi limit yang aku tetapkan. Bukan setakat jarum penimbang tu aje yang berubah tetapi aku sendiri dah terasa. Rasa macam-macam ada. Nak tau apa yang aku rasa:
1. Mata berubah bila jarum penimbang tu dah tak tunjuk tempat yang sama atau dah berlebihan dari yang sepatutnya.
2. Semua baju kurung yang lama (maklumlah sekarang ni dah tak kerja maka dah kurang buat baju baru)semua rasanya macam baju tu dah mengecil. Ni nak kena buat baru ni.
3. Semua seluar panjang yang lama pun dah macam mengecil aje. Yang ni pun nak kena beli baru.
4. Bila tengok dalam gambar, macam dah tak sepatutnya.
5. Kaki dah mudah terasa letih, dan cepat merasa kebas bila duduk terlalu lama (tergantung) terlalu lama.
Yang lain-lain tak perlulah aku nyatakan ya.
So adakah aku akan membiarkannya atau membuat sesuatu sebagai mengatasi masalah ini? Adakah aku biarkan menurut kata hati yang gembira atau menurut kata kesihatan yang baik? Emmmmm....payahnya.
Subscribe to:
Comments (Atom)