Tuesday, May 31, 2011

The Winner is......

The winner for the month of Mei, goes to......


M.N. Arif.
.
.
.
2nd place ...
.
.
.
.
M.N. Akmal
.
.
.
3rd place...
.
.
.
M.N. Aiman

Sebenarnya agak sukar untuk menetukan kedudukan pertama dan kedua. Tapi aku kira berdasarkan check list yang telah disediakan. Dan rasanya tak lama lagi mungkin ada yang mendapat markah seri. Moga usaha meneruskan tahap kebersihan bilik diteruskan.

Hadiah telah diberi kepada setiap individu..

Friday, May 20, 2011

The Battle Is Begin


gambar ekhsan dr google

Betul ke spelling tajuk tu...hehehe..maklumlah aku ni setakat sekolah kampung aje, itulah masa dulu penat kena ketuk ketampi, tak pandai-pandai juga. Sekarang ni rasanya dah tak ada ketuk ketampi, kalau ada sure cikgu tu dah kena tindakan undang-undang. Zaman kami dulu...tak boleh nak kata, lenguh lutut. Apa pulak aku merepek ni.

Sebenarnya ni pasal pertandingan kebersihan bilik. Aku dah tak larat asyik nak mengadap bilik anak-anak aku yang sentiasa bersepah, lepas tu aku yang kena kemas. Setelah perbincangan FAMA, maka kami telah wujudkan pertandingan ini. Dah dua hari pertandingan bermula. Setelah dimulakan dengan "musyuarah al usrati", tujuna dan syarat-syarat pertandingan telah dinyatakan.

Tujuan utama pertandingan diadakan bukan untuk mereka mengumpul duit, tapi adalah untuk menanamkan sifat suka mengemas dan memastikan bilik berada dalam keadaan bersih. Pemenang akan diumumkan setiap minggu dan hadiah akan diberikan sebulan sekali. Hadiah berupa wang tunai, pemenang akan mendapat RM5, kedua RM3 dan ketiga RM2.

Kriteria-kriteria adalah seperti berikut:
1. Kekemasan katil.
2. Kekemasan Meja belajar.
3. Kekemasan rak buku.
4. Kebersihan lantai.
5. Kebersihan bakul sampah.
6. Susunan beg sekolah.
7. Belakang pintu, depan almari.
8. Susunan baju dalam almari.
9. Bawah katil.
10...

yang lagi satu kriteria tu aku tak ingat. Selain dari itu, ada insentif diberikan setiap enam bulan. Kriteria termasuk : ibadah, pencapaian akademik, sopan santun, tatasusila...dan beberapa lagi.

Selama dua hari ini, aku dah nampak perubahan, tapi belum boleh menarik nafas lega. Semoga anak-anak aku akan sentiasa mendapat ilham dan agar mereka dapat meneruskan aktiviti ini walaupun tiada hadiah wang ringgit.

Monday, May 2, 2011

Kenduri

Jumaat lepas aku ke Melaka lagi. Kalau hari itu aku ke Melaka gara-gara tressure hunt, tapi kali ni disebabkan anak buah aku melangsungkan perkahwinan. Anak abang yang nombor 3.

Pagi Jumaat aku menaiki bas dari Masai ke Larkin, manakala Ngah menaiki teksi dari rumahnya. Kami berjanji untuk berjumpa di Stesen Bas Larkin. Punyalah lama naik bas sangkut dari masai, hampir 1 1/2 jam baru sampai. Maklumlah biasanya bawa kereta, tak adalah lama sangat.

Kami mengambil bas ekspress Maju. Penumpang pun taklah ramai sangat, cuma tujuh orang. Atin suruh kami turun di Plaza tol Air Keruh. Dah macam Ah Soo manalah akuni, dengan menjinjit dua kotak besar, kanan dan kiri tangan bila turun dari bas tu. Takkan lah pulak aku nak suruh Ngah yang angkut kotak-kotak tu. Sampai dah pukul satu, nak tunggu bawah pokok tengah ada construction kat situ, fuh! panas betul.

Bila dah sampai, makan pas tu tolonglah mana yang patut.
Bila dah ada di Melaka ni kenalah ikut adat Melaka pula. Kata orang jauh berjalan luas pandangan. Memang meriah majlis kali ni. Maklumlah anak yang pertama buat kerja kawin.



Petang Sabtu nikah, malam tu berinai besar. Masa pengantin perempuan jemput pengantin lelaki siap ada bunga api. Baru rasa seronoknya berada di bawah percikan bunga api, kalau tidak selama ni dok tengok dari jauh aje. Pengaruh Hang Li Po ni. Ramai sungguh jiran-jiran yang datang dok tengok pengantin. Aku rasa kalau kat sini tak adalah seramai tu. Lain padang lain belalang.

Lepas majlis kami ke home stay di Paya rumput. Rumah di tepi sawah. Pada aku harganya agak mahal kalau nak dibandingkan dengan homestay yang pernah aku duduk. Cuma ada satu bilik dengan ruang tamu harganya RM150. Tapi cantik. Dulu pernah sewa homestay di Setiawan 3 bilik baru RM180, sebelum tu di P.Pinang, rumah kedai siap ruang yang besar dan ada 4 bilik baru RM150. Herm...mungkin rate kat Melaka ni lebih sikit kot. Gambar?..Acip! mana gambar kami kat homestay tu?

Pada hari kenduri, pukul sebelas baru kami sampai. Datang terus makan...hehehe. Tengok mak Ngah melaka sediakan makanan untuk pengantin. Pengantin dok salin-salin pakaian lagi.


(ni adalah gambar-gambar orang yang hadir pada kenduri tersebut-sebagai bukti)

Bila dah nak tenghahri, aku tukar shift dengan ngah, tolong mak dan bapak pengantin dengan cenderahati kepada tetamu. Meriah betul kenduri kat sini..Lebih kurang pukul 3 petang, tetamu dah kurang, bila dah tak ramai tetamu tu, agen-agen mengemas macam lipas kudung, zass...pantas terus bersih. Memang efficient betul kakitangan kenduri kahwin kali ni...

Bila dah siap, dah aktiviti membungkus bekalan selsai, kami pun bergerak balik. Tak tunggu basuh periuk terus cha alif but...(minta izin dan salam-salam dulu)...hehehe

Untuk Nur Fazrin aka Onet, Ucu doakan moga kalian berdua bahagia, gembira dan dapat menempuh alam rumahtangga dengan baik dan selamat semuanya.. Amin