Thursday, June 30, 2011

Apa Perasaan Anda (2)

Apa perasaan anda, bila ada orang tu selalu mengulangi kesalahan yang sama. Setiap kali bila dah melakukan kesalahan dia akan minta maaf, lepas tu dia akan ulang perkara yang sama. Tak kiralah dia minta maaf kat mana. Kat rumah ke, depan ka'abah ke, dia masih mengulangi perkara tersebut. Kadang kala aku rasa, tempat sesuci macam depan ka'abah tu tak memberi kesan pada dia.

Agaknya kan, apa perasaan dia bila aku pulak yang buat macam tu? Aku rasa mungkin dia tak rasa apa-apa kot, sebab dia suka mengulangi perbuatannya. Kiranya macam "no hal" lah perkara macam tu.

Thursday, June 23, 2011

Apa Perasaan Anda

Apa perasan anda bila anda bangun pagi untuk memasak sarapan, tapi orang hanya makan roti.

Rasanya nak gantung aje apron dan senduk ni macam nak resign dari memasak.

















nota:
saja nak lepaskan perasaan yang sedang membara. Sekejap lagi redalah ia.

Wednesday, June 8, 2011

Aku, Angan-angan atau Cita-cita

Hari ini aku nak bercakap berkenaan kehendak dan keperluan. Aku dan abang mempunyai prinsip dalam membeli barang iaitu antara kehendak dan keperluan. Kami bahagikan kepada empat bahagian iaitu:
1. Penting dan mendesak
2. Penting dan kurang mendesak
3. Tak penting dan mendesak
4. Tak penting dan tak mendesak

Perkara ini kami dah amalkan dari awal-awal perkahwinan kami. Tapi tak dapat dinafikan kadang kala ada juga yang terlanggar. Biaslah, adat manusia kadang kala tak dapat menahan hawa nafsu.

Semenjak aku dah jadi suri rumah sepenuh masa ni terus terang aku katakan bahawa sekarang segala perbelanjaan hanya datang dari satu poket aje. Kalau dulu, semasa aku kerja ada dua poket. Kalau tak dari poket kiri, keluar dari poket kanan. Nampaknya satu poket lagi dah kena jahit.

Aku rasa aku apa postkan wishlist aku dalam entri yang lama tapi aku tak jumpa kat mana aku letakkan. Orang kata kita kena bercita-cita untuk sesuatu maka dengan sebab itu kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Ada juga yang aku cuma berangan-angan sahaja sebab yang pasti aku tak mampu memilikinya.

Alhamdulillah, komputer aku dah perolehi. Itupun hasil julan saham KULIM aku. Ha..ha..ha..tak sia-sia juga dulu aku bekerja di sana. Dapatlah beli satu dua barang. Tapi sebenarnya kalau aku bekerja lebih lagi setahun pastilah lebih banyak...Tak apa, dah tertulis rezeki aku takat itu aje.

Pasal kamera, aku tak pasti sama ada aku nak listkan sebagai angan-angan atau cita-cita. Mungkin boleh dibahagi kepada dua, kalau setakat ada aje mungkin cita-cita. Nak yang canggih, angan-angan ajelah nampaknya. Aku masih teringat lagi kamera pertama yang aku beli. Aku beli dengan duit pinjaman (lepas tu dah jadi biasiswa), Aku dah tak ingat namanya. Masa aku beli tu ada seorang lacturer kat kedai tu dan dia siap tujuk dan beri tips untuk kamera. Aku memang suka sangat degan kamera tu. Tapi hayat tak lama kat tangan aku, hilang semasa di tangan orang. Walaupun harganya setakat RM200++ (1995), tapi kiranya masa tu kira amat baik. Kemudian kamera aku diganti dengan kamera lain yang langsung tak memenuhi citarasaku, terlalu ringan dan gambarnya tak secantik kamera lama aku. Nak bising-bising tak boleh. Sekarang ni orang sedang sebok dengan kamera DSLR. Walaupun aku teringin memiliki semenjak dari dulu-dulu lagi, tapi aku rasa tak perlulah. Benda-benda ni bukan murah, paling murah pun 1++k. Aku katogerikan sebagai tak penting dan tak mendesak. Kalau benda ni tak ada aku masih boleh meneruskan hidup aku..Aku lihat sekarang ni budak-budak sekolah pun dah ada DSLR. Kayanya mak bapak diorang. So layan aje gambar kamera ni ya.




Ada lagi satu gadget yang amat memeningkan aku. Nak tau apa, tak lain tak bukan adalah handphone. Handphone aku sekarang adalah jenama sonny ericson, versi? Yang murah-murah aje. Aku cuma memerlukan handphone yang boleh membuat dan menjawab panggilan serta boleh menghantar dan menerima SMS. Yang menjadi masalah kadang kala handphone aku tak boleh dihubungi walaupun tak tertera apa-apa msalah. Lagi satu, kalau hantar sms atau terima tu lambat sangat. Pernah sekali tu aku cuba hubungi kawan lama aku sebab tak jumpa rumah dia, bila aku call dan hantar sms, dia langsung tak terima. Orang lain call tak dapat lagilah banyak. So, perlukah aku menukarnya? Duit lagi...Gambar ni adalah angan-angan aku. Nak beli aku rasa tak perlu sebab aku bukannya pengurus besar, cuma pengurus rumahtangga aje.