Dah lama tak buat expidisi ke Gunung Pulai. Cuti Depavali lepas sarapan dah keluar, sampai kat sana dah banyak kereta. Ramai orang naik ke Gunung Pulai. Sekarang ni dah tak ada tempat reakrasi untuk berkelah cuma tempat untuk orang ramai mendaki (betul ke mendaki? sebab orang jalan ikut jalan raya ke pusat pemancar). Pagar dah di tutup, kalau dulu dia kata tutup tapi orang masuk juga bawa kereta, akhirnya dah kena kunci. So cuma laluan pejalan kaki aje yang boleh. Boleh dikatakan majoritinya Cina. Kira respec kat uncle-uncle dan antie-antie ni, tua-tua pun gagah memanjat dan juga pada budak-budak kecik. Aku pun pancit nak sampai kat atas tu. Taklah berapa jauh rasanya dalam 4 ke 5 km, tapi sebab keadaannya curam, so agak mencabar.
Sebagai bukti semasa dalam perjalan ke atas.

Sejenis costus dari hutan, tak sama dengan yang kat rumah.

Muka orang pancit baru turun.

Yang paling berjaya di antara kami bertiga.

Dalam perjalan turun masa berehat, sebatang pokok tumbang (pokok dah mati), nasib baik tak menimpa sesiapa.

Rasanya kalau selalu buat,tak pancit macam hari ni. Lepas memanjat, sakit betis dua hari.