Semenjak dua menjak asik pergi bercuti, lepas tu asik pergi hari keluarga. Tak ada kerja lain, makan...makan.. dan ...makan.... Tu dia, pagi tadi timbang, toinggggg...dah naik 2 kg. Hehehe...pagi tadi pergi kedai. Anak pesan coklat. Masa balik bukan coklat aje, tapi macam-macam ada. Macam nak balas dendam pulak seminggu dua ni tak berbelanja.
Juadah dah siap, kacang pool ada, cook tail pun ada...hehehe macam mana lah nak diet. Cooktail dah makan, coklat dah makan, tinggal tunggu kacang pool je...
Agak-agak kan, bilalah nak mula berdiet ni. Kena tanam azam.....Heheheh nak tunggu azam tahun baru.
Inilah akibatnya bila makan tak ingat, tapi bila dah duduk sendirian baru rasa sedih. Nampak sangat nafsu makan menguasai diri.
Aku bukan nak kurus tapi cuma nak sihat.
Aku hanya insan biasa...tidak lari dari melakukan kesilapan...Coretan, sekadar catatan perjalanan kehidupan.
Friday, December 28, 2012
Thursday, December 27, 2012
Ukhwah aka Hari Keluarga 2012
Bertempat di Tunjuk Laut Beach Resort
Tarikh : 23-24 Disember 2012
Setelah dipersetujui (hehehe rasanya aku yang tetapkan) perjumpaan keluarga kali ini diadakan di luar dari kampung halaman. Mula-mula tu nak buat pada 22-23 Disember, tapi disebabkan ada jiran tetangga yang melangsungkan kenduri perkahwinan pada 23 hb. maka terpaksalah tunda ke hari kerja. Nak tak nak orang yang kerja kena ambil cuti. Mari kita tengok photo-photo yang ada.
Pemandangan tapak jamuan dari jauh.
Persiapan awal menyediakan bahan makanan. Empat beradik ni.

Bila tengok gambar yang terakhir ini terasa begitu sayu dan syahdu.
Alhamdulillah, semua berjalan lancar, dengan niat kerana DIA, maka DIA permudahkan. Jamuan, tahlil, mesyuarat dapat dilakukan pada satu masa. Semoga ukhwah dan persaudaraan kita bertambah rapat.
nota:
1. Terima kasih juga untuk keluarga sebelah suami yang sama-sama memeriahkan majlis yang tak seberapa ini.
2. Minta maaf layanan yang serba kurang.
3. Terima kasih mak sebab doakan kebahagiaan kami, kalau boleh tak mau sambut anniversary. Let it every day is anniversary to us. Moga jodoh kami hingga ke akhir hayat.
4. Terima kasih kepada semua yang sudi memeriahkan perjumpaan kali ini.
Wednesday, December 12, 2012
Masa Berlalu
Bila ayang amati wajah di cermin kan bang, ayang nampak dah kita ni dah semakin tua. Dah tiada wajah setegang dulu. Tapi masih nak menepekkan bedah di situ. Jeragat dah mula nampak. Garis-garis penuaan pun dah kelihatan. Bila lihat rambut pulak, lagilah nampak kita ni semakin tua. Bukan setakat rambut hitam, rambut putih pun dah ada. Badan tak usahalah nak kata, bonggok di mana-mana menandakan kehadiran lemak tepu. Nasib baik abang masih sudi bersama ayang.
Ya Allah, dah semakin tua hambamu ini. Kalau tiba tarikh kelahiran, ada orang akan sebut selamat panjang umur, lagilah rasa umur makin pendek. Ayang berharap sangat agar kita dapat hidup bersama sehingga ke akhir hayat kita. Nak menghabiskan masa bersama-sama, melihat anak-anak membesar dan hidup berdikiari. Masa bersama semakin pendek. Kalau boleh biarlah ayang pergi dulu, tapi abang kata biar abang yang pergi dulu. Masing-masing tak mau menanggung kesedihan kalau salah satu dari kita tiada.
Terima kasih abang masih menggunakan pepatah yang abang catatkan di atas kek semasa pertunangan kita dahulu bahawa abang tidak akan mempersia-siakan ayang. Terima kasih abang,terima kasih tak terhingga. Kata orang sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula hidup berpasangan. Tapi mudah-mudahan asam garam pahit manis hidup bersama akan kita kenang bersama. Terima kasih kerana memilih kesederhanaan dalam kehidupan kita.
Wednesday, November 21, 2012
Hakikat Yang Perlu Diterima Walaupun Pahit.
Semalam dikejutkan dengan berita kematian rakan sebilik semasa kami bersekolah di sebuah sekolah di Keluang. Memang mengejut, dan lebih terharu bila mengetahui beliau sedang mengandung.2 hari lepas merupakan ulang tahun kelahiran beliau. Alhamdulillah aku sempat menziarah beliau walaupun ketika itu beliau telah pun pulang menemui yang Maha Esa. Sayu, pilu, syahdu, sedih semua itu bercampur baur dalam benak fikiran. Tapi aku tak boleh nak kata apa-apa, aku cuba buat mana yang mampu agar diterima doaku oleh sang Pencipta.
Hari ini aku pergi ziarah sambil meneman seorang lagi rakan sekolahku di sekolah yang sama menjalani rawatan kimoterapi. Dah lama nak pergi, tapi belum berkesempatan. Jadi sebelum aku pergi bercuti lebih baik aku tunaikan niat di hati ini. Walapun sebelum ini ada berjanji dengan beberapa rakan lain untuk pergi ziarah. Dari hari ke hari, senyap ja maka lebih baik aku pergi sendiri. Beliau kelihatan agak susut dari kali terakhir aku berjumpa dengannya. Selepas menjalani pembedahan, dah doktor menasihati agar beliau membuat rawatan kimoterapi. Moga beliau terus kuat dan tabah menjalani rawatan tersebut.
Mmmmmmm, satu demi satu kesan-kesan yang usia kita makin tidak panjang. Walaupun aku baru menyabut ulangtahun ke 41 tahun (aku tak malu menulis usia aku yang sebenar). Kita hanya merancang, setiap perjalanan telah ditentukan. Sebab itu bila setiap kali ulangtahun sahabat, rakan atau kenalan, aku akan cuba untuk mengelakkan mengucapkan SEMOGA PANJANG UMUR. Pada aku kalau orang mendoakan aku panjang umur, aku ucapkan terima kasih cuma moga dengan panajangnya umur aku lebih banyak amalanku dan lebih baik yang aku buat. Inilah hakikat. Bila setiap kali ulang tahun kelahiran, makin pendek umur kita. Allahuakbar...
Ya Allah, jika kau ingin mengabil nyawaku, ambillah dalam keadaan aku bersedia. Permudahkanlah perjalanan ku di dunia dan akhirat. Ya Allah moga hari-hari yang mendatang dapat aku lalui dengan lebih tabah, lebih berkat dan agar apa yang aku lakukan berfaedah kepada diriku dan orang-orang lain, teruatamnya orang yang hampir denaganku. Ya Allah, moga aku dapat menjaga batas-batas seorang Muslimah.

Monday, July 23, 2012
Barang Baru
Jumaat lepas selepas ambil anak di asrama singgah di sebuah pasaraya. Hehehe...nampak bendalah ini terus ambil. Mula-mula tu nak ambil satu tapi bila fikir-fikir bukan mudah nak dapat macam ni lagi, terus angkut semua yang tinggal di situ. Discount 70%, ambil semua harganya lebih kurang dengan harga asal 1 unit bendalah ini.
Bersempena dengan awal puasa pada hari sabtu yang lepas, terus gunakan untuk masak puding roti..berbaloi.
Saturday, July 7, 2012
Di Persimpangan
Memang betul kan laman sosial ni banyak baik dan tidak kurang juga banyak buruknya. Sebab itulah aku lebih suka luahkan pendapat dan perasaan (yang bukan keterlaluan) di dalam blog dari di laman sosial. Sekurang-kurangnya aku syok sendiri. Tak ada siapa yang nak kesah selagi tak menyentuh hak dan peribadi orang lain.
Orang kata kita kena memilih kawan, kawan yang baik akan membawa kita ke jalan yang baik. Dan ada juga pepatah mengatakan untuk mengenal kawan kita, kita kena bermusafir dengannya. Selepas itu kita nilaikan sendiri.
Kalau boleh aku tak mau hilang kawan-kawan. Tapi kalau kawan kita tidak perasan kesilapan mereka, nak tegur pun serba salah. Itu yang aku perlu lebih berhati-hati. Bukan semua orang boleh terima keadaan kita. Teringat sudutan dalam cerita di Medicorp, "if you want all people to like you, you will die". Ada juga kawan berkata, setiap orang ada kelebihan dan ada kekurangan. Jangan disebabkan perkara yang kecil dan remeh temeh kita hilang segala-galanya.
Jadi nak putuskan terus persahabatan rasa tak elok pula. Langkah yang terbaik adalah mengundur diri dengan cara perlahan-lahan. Aku harap aku pun tidak keterlaluan dalam setiap sesuatu agar tiada hati yang akan terluka.
Sunday, June 17, 2012
Western Food
Kali ni nak tayang gambar western food yang aku masak sempena suti sekolah yang lepas. Disebabkan anak aku yang sulung tu tak berapa minat nasi, dahlah duduk di asrama. Ingatkan suruh duduk di asrama dia akan jadi seperti aku dulu-dulu. Dari tidak pemakan kepada pemakan, tapi dia ni lain sikit. Menebal betul alergiknya dengan nasi. Bukan tak makan, tapi kalau makan tu sikittt aje.
Sabtu pertama masa dia baru balik dari asrama; fish n chip.
Sabtu minggu kedua; lamb chop
Sabtu minggu ketiga; chicken chop.
Nampak menarik bukan? Bukan semuanya sedap pun.... Dalam ketiga-tiga menu tu, chicken chop yang paling tak umppphh. Ayamnya agak tebal, susah nak garing. Belajar dari kesilapan.
Tuesday, May 22, 2012
Apa Yang Kita Dapat
Hari-hari kalau kita baca cerita orang, cerita orang yang kita dapat. Hari-hari kalau kita baca cerita politik, kemarahan yang kita dapat. Hari-hari kalau kita baca buku, ilmu yang kita dapat (buku yang berfaedah la). Hari-hari kalau kita baca Quraan, pahala yang kita dapat. So nak pilih yang mana?
Sunday, May 20, 2012
Kita Adalah Apa Yang Kita Pilih
Kita adalah apa yang kita pilih. Ialah...Setelah penat bekerja, kita memilih untuk bercuti, berehat dan macam-macam aktiviti. Mungkin juga ada aktiviti yang memang kata orang tu macam nak bayar hutang sebab dah seminggu bekerja. Tapi kita juga kena ingat, biarlah aktiviti kita tu berfaedah dan tak sia-sia. Kadang kala awal-awal tu semangat berkobar-kobar, tapi tak lama lepas tu kita lupa. Semangat ke mana, kita ke mana. Akhirnya hilang di depan tv. Biarpun sedikit yang kita buat tapi jika mempunyai faedah yang besar, ianya adalah pilhan yang amat berbaloi. Bila usia dah makin bertambah ni kan, biarlah apa yang kita buat tu penuh dengan faedah...dan pahala.
Orang kata ilmu tu kena cari, bukan lari dari ilmu. Bila usia dah meningkat ni carilah ilmu akhirat. Ilmu dunia ni tak akan bawa ke mana. Bila kita kejar dunia, kita dapat dunia tapi bila kita kejar akhirat, akhirat dapat, dunia pun dapat.
Orang kata Hidayah perlu dicari bukan ditunggu. So...tepuk dada, tanya selera dan iman. Dah cukup?
Saturday, May 19, 2012
Macam mana nak kata ya, bila anak bujang kita kata cuba ibu fahami minat dia. Ialah...dia cakap tadi dia ambil bahagian dalam persembahan hari guru dalam persembahan tarian Zapin. Kita katalah pada dia, nak minat menari ni dalam masa sekolah menengah tak apa, untuk seterusnya tak payahlah. Ialahkan, menari ni bukan dapat pahala. Heeee...payah, payah.
Thursday, May 17, 2012
Jalan-Jalan, Pandang-pandang
April lepas ke seberang tambak dengan percutian BUDGET
Dah nama pun percutian BUDGET, setiap permainan tu kami cuma tengo-tengok dan pandang-pandang aje. Poket tak mengizinkan. Inipun dah cukup baik dapat ke sini. Berbekalkan S$100...hehehe
Punyalah lapar, habis semua licin. Ingatkan nak balik petang tapi pemandu teksi tu kata baik balik malam sebab tak sesak. Makan di JB baru RM24...berbaloi
Sunday, May 6, 2012
Aktiviti Lepas
Disebabkan dah bosan, meh kita layan aktivit-aktivit yang lepas.
Ayah beraktiviti.
Ibu berjimba di nurseri.
Budak yang tak boleh dipisahkan dari komik. Di nurseri pun masih nak berkepit dengan komik.
Isi perut dulu yang dah kelaparan.
Sempat melihat nelayan mengeluarkan hasil dari jaring. Ni kalau ikan ni terus di bakar...marvelous
Berehat setalah seharian kepenatan.
Seronok terjumpa orkid di tanah (di tapak tangan tu), tah siapalah yang tertinggal agaknya? Tak taulah boleh hidup atau tidak?
Bosan
Akhir-akhir ini perasaan bosan dah mula melanda. Tak tau kenapa. Nak mengadap orkid 24 jam pun jemu juga, dok macam tu juga. Nak buat kraftangan, malas la pulak. Nak berborak dan bersembang dengan kawan-kawan di alam sibre, dia orang pulak yang sebok. Akhirnya...aku yang bosan.
Wednesday, April 25, 2012
3 Perkara
Apabila telah sampai masanya anak adam meninggalakan dunia ini hanya 3 perkara yang akan dibawa bersamanya:
1. Ilmu yang bermanafaat.
Adakah aku ni guru atau ada buku yang aku tulis yang membolehkan orang mendapatkan ilmu daripadanya? Ada tak ilmu-ilmu yang aku turunkan kepada orang lain sebelum ini?
2. Sedakah jariah.
Agak-agaknya, banyak tak yg aku dah sedakah atau derma, atau tiap-tiap bulan kita infakkan apa yang kita dapat?
3. Anak soleh yang mendoakan ibu dan bapanya.
So, macam mana seorang anak boleh membantu ibu dan bapanya? Agak-agak kalau perangai kita ni macam hantu tapi pada tu kita doakan untuk kedua ibu bapa kita, Allah terima tak? Agak-agak kalau cara kita berpakaian yang sekadar membungkus aurat bukan menutup aurat, mak bapak kita dapat saham tak? Agak-agak ibu bapa kita pernah tegur tak cara kita berpakaian atau tidak? Kalau kita dah bersuami, sudah semestinya saham kepada suami. Ingat...anak SOLEH yang mendoakan ibu dan bapanya. Pernah juga dengar para alim bercakap di radio, bahawa sesungguhnya kita sebagai anak menjadi anak yang baik juga ibu bapa kita mendapat pahala. Apa lagi doa seorang anak yang SOLEH/SOLEHAH.
Semoga apa yang aku lakukan dapat menolong kedua orang tuaku yang telah pergi dulu.
Kena Cermin Diri...
Sunday, March 25, 2012
Aktiviti Tambahan
Semalam kami pergi ke asrama Arif. Selepas berjumpa sekejap dan menurunkan beberapa barang yang dikirim, kami menuju ke hospital sebab nak ziarah abah. Lalu jalan Danga Bay menuju ke Horizon Hill. Hehehe...boleh tersalah masuk, terpaksalah patah balik.
Alhamdulillah, keadaan abah beransur baik. Kami tidak balik ke rumah tapi terus ke Pulai Spring Resort, ikut abang yang ada kerja di sana. Sampai pun dah malam dah hampir pukul sepuluh, tak dapat joint beberapa aktiviti di sana. Disebabkan cuaca yang agak panas, badan pun letih. Apa lagi titun la.
Lepas tengok Amal dan Aiman mandi di kolam, aku terus keluar meneruskan beberapa aktiviti sebelum kami berjumpa di hospital semula. Semuanya berjalan lancar, dan kami pulang awal sebab Amal ada kerja sekolah yang masih belum disiapkan. Jeng, jeng, jeng.....bermulalah episod duka. Sesampainya di rumah, Chitam menyambut dengan bisingnya. Bila nak naik tangga aje, ha! ada najis bersepah-sepah. Sahlah kucing hitam tu masuk rumah. Bila dah bergaduh, habis semuanya bersepah-sepah. Dah dua kali dia buat kat Chitam. Tak pasal-pasal kena buat aktiviti membersihkan rumah. Ingakan nak masuk bilik rehat sekejap, tapi lain pulak jadinya. Masa memandu tadi mata dah berat sangat suruh lelap. Kenalah tangguhkan aktiviti merihatkan badan.
Jumaat lepas si kucing hitam tu masuk sebelum subuh lagi, pukul 5 pagi dah buat aktivit yang sama. Awal pagi jugalah aku membersihkan rumah, dah tu terus buat sarapan pagi. Biasanay pukul 6 sedang sebok di dapur, tapi kali ini pukul 6 dah siap masak sarapan. Hei....memang nak kena kucing hitam tu. Tadi pun masih ada hati dok depan pintu dapur aku nak kejar Chitam....nanti kau....siap la nanti aku kerjakan.

Wednesday, February 29, 2012
Exercise
Aiman: Kenapa ibu nak exercise?
Ibu: Perut ibu dah buncit la Man.
Aiman : Ooo..itulah sekarang ibu makan banyak, sebab itu ibu nak exercise kan.
Ibu : Ya ke Aiman, ibu dah makan banyak?
Aiman : Ya, dulu ibu makan sikit aje. Sekarang ibu makan banyak...
Warrr....anak pun dah perasan aku makan banyak.

Monday, January 30, 2012
Perasaan seorang Ibu (3)
Bila anak-anak makin besar, maka bertambahlah perkara yang nak kena fikir. Perlu ka nak kena fikir? Memang perlu...nak tak nak kena fikir juga. Itulah ya, anak-anak tak fikir yang mak bapak dia ni amat risau tentang anak, tapi si anak fikir diri sendiri yang perlu dirisukan. Anak-anak diluar sana, ingatlah bahawa emak dan bapak kamu amat ambil berat, risau tentang diri kamu. Kalau rasa diri dah cukup dewasa, dah cukup matang, dah rasa diri dah sedia pikul tanggungjawab silakan....tapi....kalau hingus pun emak nak kesatkan, makan pun emak nak suapkan,entah-entah buang air pun emak nak basuhkan. Faham ke? Dalam erti kata moden, belajar tak habis lagi, makan mak bapak masih tanggung lagi, duit belanja masih nak mintak emak bapak lagi, duit top-up pun masih ditanggung lagi.....itu tandanya anda memang tak mampu dan tak layak lagi. Untuk apa? Kena fikir sendiri. Ha! kena ingat, berjimat dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Ingat senang ke mak bapak nak cari duit.
Orang kata bila anak makin besar, bukan makin mudah tapi makin payah. Kalu kecik-kecik dulu boleh dicubit atau dijentik, marah pun masih boleh. Tapi kalau dah besar, kalau emak bapak cakap, katanya kita ni banyak bebel. Kalu marah nanti merajuk. Ketahuilah wahai anak, mana ada emak bapak yang tak sayangkan anak. Sebab sayangkan anaklah tu kita tegur, itulah kita beri nasihat. Wahai anak, cubalah jaga hati mak bapak pulak.

Sunday, January 29, 2012
Perasaan seorang ibu (2)
Baru sekolah dua minggu dah cuti seminggu....ermmmm, esok dah nak hantar yang sulung ke asrama. Macam ni lah ya bila dah ada anak duduk asrama. Keadaan anak-anak masih sama. Masih tak kesah tengok ibu dia buat kerja-kerja tambahan disebabkan oleh sepah yeng mereka buat...Hai...bilalah diorang ni nak perasan kan? Sabar ajelah. Nak marah-marah tak boleh. Simpan dalan hati ajelah nampaknya
Friday, January 13, 2012
Perasaan Seorang Ibu
Esok hari sabtu, bermakna dah hampir seminggu Arif masuk asrama. Hari isnin lepas pergi hantar dia ke Sek. Tek. Perd. JB, tak jauh mana pun. Esok nak pi tengok dia dan dah janji nak ambil baju kotor dia dan nak cucukan. Ahad nak hantar semula.
Mula-mula dapat dulu dia tak nak pergi. Tapi hasil perbincangan dengan abang, kena hantar juga dia ke asrama. Bukan nak dera dia, tapi kalau di rumah jadual dia sama sahaja. Pagi pergi sekolah, balik makan, tv,internet, hp. Petang tolong masak air dan angkat baju, itupun tiap hari kena suruh. Budak-budak sekarang bukan ada perasaan bila tengok emak dan bapak dia buat kerja. Biar dia belajar sikit menguruskan masa. Kalau di rumah, hp tu macam ada gam, tak lekang dari tangan. Sebagai orang tua, yang lebih dulu makan garam rasanya aku faham.
Tapi bila dia tak ada di rumah, rasa rindu pula. Agaknya emak pun dulu rasa macam yang aku rasa bila aku baru-baru masuk asrama.
Tak apalah, esok pun dah nak tengok dia. Aku doakan yang terbaik untuk dia.

Sunday, January 1, 2012
2012
Selamat menyambut tahun 2012. Have to check my checklist for the year 2011 and make my new list for the year 2012. But yesterday I have a great time with my family and my sibling. Hope to have much more improvement, internal and external. Want to know?...Sorry, my personnel life.
Subscribe to:
Comments (Atom)