Monday, January 30, 2012

Perasaan seorang Ibu (3)

Bila anak-anak makin besar, maka bertambahlah perkara yang nak kena fikir. Perlu ka nak kena fikir? Memang perlu...nak tak nak kena fikir juga. Itulah ya, anak-anak tak fikir yang mak bapak dia ni amat risau tentang anak, tapi si anak fikir diri sendiri yang perlu dirisukan. Anak-anak diluar sana, ingatlah bahawa emak dan bapak kamu amat ambil berat, risau tentang diri kamu. Kalau rasa diri dah cukup dewasa, dah cukup matang, dah rasa diri dah sedia pikul tanggungjawab silakan....tapi....kalau hingus pun emak nak kesatkan, makan pun emak nak suapkan,entah-entah buang air pun emak nak basuhkan. Faham ke? Dalam erti kata moden, belajar tak habis lagi, makan mak bapak masih tanggung lagi, duit belanja masih nak mintak emak bapak lagi, duit top-up pun masih ditanggung lagi.....itu tandanya anda memang tak mampu dan tak layak lagi. Untuk apa? Kena fikir sendiri. Ha! kena ingat, berjimat dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Ingat senang ke mak bapak nak cari duit.

Orang kata bila anak makin besar, bukan makin mudah tapi makin payah. Kalu kecik-kecik dulu boleh dicubit atau dijentik, marah pun masih boleh. Tapi kalau dah besar, kalau emak bapak cakap, katanya kita ni banyak bebel. Kalu marah nanti merajuk. Ketahuilah wahai anak, mana ada emak bapak yang tak sayangkan anak. Sebab sayangkan anaklah tu kita tegur, itulah kita beri nasihat. Wahai anak, cubalah jaga hati mak bapak pulak.

Sunday, January 29, 2012

Perasaan seorang ibu (2)

Baru sekolah dua minggu dah cuti seminggu....ermmmm, esok dah nak hantar yang sulung ke asrama. Macam ni lah ya bila dah ada anak duduk asrama. Keadaan anak-anak masih sama. Masih tak kesah tengok ibu dia buat kerja-kerja tambahan disebabkan oleh sepah yeng mereka buat...Hai...bilalah diorang ni nak perasan kan? Sabar ajelah. Nak marah-marah tak boleh. Simpan dalan hati ajelah nampaknya

Friday, January 13, 2012

Perasaan Seorang Ibu

Esok hari sabtu, bermakna dah hampir seminggu Arif masuk asrama. Hari isnin lepas pergi hantar dia ke Sek. Tek. Perd. JB, tak jauh mana pun. Esok nak pi tengok dia dan dah janji nak ambil baju kotor dia dan nak cucukan. Ahad nak hantar semula.
Mula-mula dapat dulu dia tak nak pergi. Tapi hasil perbincangan dengan abang, kena hantar juga dia ke asrama. Bukan nak dera dia, tapi kalau di rumah jadual dia sama sahaja. Pagi pergi sekolah, balik makan, tv,internet, hp. Petang tolong masak air dan angkat baju, itupun tiap hari kena suruh. Budak-budak sekarang bukan ada perasaan bila tengok emak dan bapak dia buat kerja. Biar dia belajar sikit menguruskan masa. Kalau di rumah, hp tu macam ada gam, tak lekang dari tangan. Sebagai orang tua, yang lebih dulu makan garam rasanya aku faham.
Tapi bila dia tak ada di rumah, rasa rindu pula. Agaknya emak pun dulu rasa macam yang aku rasa bila aku baru-baru masuk asrama.

Tak apalah, esok pun dah nak tengok dia. Aku doakan yang terbaik untuk dia.

Sunday, January 1, 2012

2012

Selamat menyambut tahun 2012. Have to check my checklist for the year 2011 and make my new list for the year 2012. But yesterday I have a great time with my family and my sibling. Hope to have much more improvement, internal and external. Want to know?...Sorry, my personnel life.