Semalam kami pergi ke asrama Arif. Selepas berjumpa sekejap dan menurunkan beberapa barang yang dikirim, kami menuju ke hospital sebab nak ziarah abah. Lalu jalan Danga Bay menuju ke Horizon Hill. Hehehe...boleh tersalah masuk, terpaksalah patah balik.
Alhamdulillah, keadaan abah beransur baik. Kami tidak balik ke rumah tapi terus ke Pulai Spring Resort, ikut abang yang ada kerja di sana. Sampai pun dah malam dah hampir pukul sepuluh, tak dapat joint beberapa aktiviti di sana. Disebabkan cuaca yang agak panas, badan pun letih. Apa lagi titun la.
Lepas tengok Amal dan Aiman mandi di kolam, aku terus keluar meneruskan beberapa aktiviti sebelum kami berjumpa di hospital semula. Semuanya berjalan lancar, dan kami pulang awal sebab Amal ada kerja sekolah yang masih belum disiapkan. Jeng, jeng, jeng.....bermulalah episod duka. Sesampainya di rumah, Chitam menyambut dengan bisingnya. Bila nak naik tangga aje, ha! ada najis bersepah-sepah. Sahlah kucing hitam tu masuk rumah. Bila dah bergaduh, habis semuanya bersepah-sepah. Dah dua kali dia buat kat Chitam. Tak pasal-pasal kena buat aktiviti membersihkan rumah. Ingakan nak masuk bilik rehat sekejap, tapi lain pulak jadinya. Masa memandu tadi mata dah berat sangat suruh lelap. Kenalah tangguhkan aktiviti merihatkan badan.
Jumaat lepas si kucing hitam tu masuk sebelum subuh lagi, pukul 5 pagi dah buat aktivit yang sama. Awal pagi jugalah aku membersihkan rumah, dah tu terus buat sarapan pagi. Biasanay pukul 6 sedang sebok di dapur, tapi kali ini pukul 6 dah siap masak sarapan. Hei....memang nak kena kucing hitam tu. Tadi pun masih ada hati dok depan pintu dapur aku nak kejar Chitam....nanti kau....siap la nanti aku kerjakan.