Wednesday, April 25, 2012

3 Perkara

Apabila telah sampai masanya anak adam meninggalakan dunia ini hanya 3 perkara yang akan dibawa bersamanya: 1. Ilmu yang bermanafaat. Adakah aku ni guru atau ada buku yang aku tulis yang membolehkan orang mendapatkan ilmu daripadanya? Ada tak ilmu-ilmu yang aku turunkan kepada orang lain sebelum ini? 2. Sedakah jariah. Agak-agaknya, banyak tak yg aku dah sedakah atau derma, atau tiap-tiap bulan kita infakkan apa yang kita dapat? 3. Anak soleh yang mendoakan ibu dan bapanya. So, macam mana seorang anak boleh membantu ibu dan bapanya? Agak-agak kalau perangai kita ni macam hantu tapi pada tu kita doakan untuk kedua ibu bapa kita, Allah terima tak? Agak-agak kalau cara kita berpakaian yang sekadar membungkus aurat bukan menutup aurat, mak bapak kita dapat saham tak? Agak-agak ibu bapa kita pernah tegur tak cara kita berpakaian atau tidak? Kalau kita dah bersuami, sudah semestinya saham kepada suami. Ingat...anak SOLEH yang mendoakan ibu dan bapanya. Pernah juga dengar para alim bercakap di radio, bahawa sesungguhnya kita sebagai anak menjadi anak yang baik juga ibu bapa kita mendapat pahala. Apa lagi doa seorang anak yang SOLEH/SOLEHAH. Semoga apa yang aku lakukan dapat menolong kedua orang tuaku yang telah pergi dulu. Kena Cermin Diri...