Aku hanya insan biasa...tidak lari dari melakukan kesilapan...Coretan, sekadar catatan perjalanan kehidupan.
Tuesday, May 22, 2012
Apa Yang Kita Dapat
Hari-hari kalau kita baca cerita orang, cerita orang yang kita dapat. Hari-hari kalau kita baca cerita politik, kemarahan yang kita dapat. Hari-hari kalau kita baca buku, ilmu yang kita dapat (buku yang berfaedah la). Hari-hari kalau kita baca Quraan, pahala yang kita dapat. So nak pilih yang mana?
Sunday, May 20, 2012
Kita Adalah Apa Yang Kita Pilih
Kita adalah apa yang kita pilih. Ialah...Setelah penat bekerja, kita memilih untuk bercuti, berehat dan macam-macam aktiviti. Mungkin juga ada aktiviti yang memang kata orang tu macam nak bayar hutang sebab dah seminggu bekerja. Tapi kita juga kena ingat, biarlah aktiviti kita tu berfaedah dan tak sia-sia. Kadang kala awal-awal tu semangat berkobar-kobar, tapi tak lama lepas tu kita lupa. Semangat ke mana, kita ke mana. Akhirnya hilang di depan tv. Biarpun sedikit yang kita buat tapi jika mempunyai faedah yang besar, ianya adalah pilhan yang amat berbaloi. Bila usia dah makin bertambah ni kan, biarlah apa yang kita buat tu penuh dengan faedah...dan pahala.
Orang kata ilmu tu kena cari, bukan lari dari ilmu. Bila usia dah meningkat ni carilah ilmu akhirat. Ilmu dunia ni tak akan bawa ke mana. Bila kita kejar dunia, kita dapat dunia tapi bila kita kejar akhirat, akhirat dapat, dunia pun dapat.
Orang kata Hidayah perlu dicari bukan ditunggu. So...tepuk dada, tanya selera dan iman. Dah cukup?
Saturday, May 19, 2012
Macam mana nak kata ya, bila anak bujang kita kata cuba ibu fahami minat dia. Ialah...dia cakap tadi dia ambil bahagian dalam persembahan hari guru dalam persembahan tarian Zapin. Kita katalah pada dia, nak minat menari ni dalam masa sekolah menengah tak apa, untuk seterusnya tak payahlah. Ialahkan, menari ni bukan dapat pahala. Heeee...payah, payah.
Thursday, May 17, 2012
Jalan-Jalan, Pandang-pandang
April lepas ke seberang tambak dengan percutian BUDGET
Dah nama pun percutian BUDGET, setiap permainan tu kami cuma tengo-tengok dan pandang-pandang aje. Poket tak mengizinkan. Inipun dah cukup baik dapat ke sini. Berbekalkan S$100...hehehe
Punyalah lapar, habis semua licin. Ingatkan nak balik petang tapi pemandu teksi tu kata baik balik malam sebab tak sesak. Makan di JB baru RM24...berbaloi
Sunday, May 6, 2012
Aktiviti Lepas
Disebabkan dah bosan, meh kita layan aktivit-aktivit yang lepas.
Ayah beraktiviti.
Ibu berjimba di nurseri.
Budak yang tak boleh dipisahkan dari komik. Di nurseri pun masih nak berkepit dengan komik.
Isi perut dulu yang dah kelaparan.
Sempat melihat nelayan mengeluarkan hasil dari jaring. Ni kalau ikan ni terus di bakar...marvelous
Berehat setalah seharian kepenatan.
Seronok terjumpa orkid di tanah (di tapak tangan tu), tah siapalah yang tertinggal agaknya? Tak taulah boleh hidup atau tidak?
Bosan
Akhir-akhir ini perasaan bosan dah mula melanda. Tak tau kenapa. Nak mengadap orkid 24 jam pun jemu juga, dok macam tu juga. Nak buat kraftangan, malas la pulak. Nak berborak dan bersembang dengan kawan-kawan di alam sibre, dia orang pulak yang sebok. Akhirnya...aku yang bosan.
Subscribe to:
Comments (Atom)