Sunday, June 17, 2012

Western Food

Kali ni nak tayang gambar western food yang aku masak sempena suti sekolah yang lepas. Disebabkan anak aku yang sulung tu tak berapa minat nasi, dahlah duduk di asrama. Ingatkan suruh duduk di asrama dia akan jadi seperti aku dulu-dulu. Dari tidak pemakan kepada pemakan, tapi dia ni lain sikit. Menebal betul alergiknya dengan nasi. Bukan tak makan, tapi kalau makan tu sikittt aje. Sabtu pertama masa dia baru balik dari asrama; fish n chip. Sabtu minggu kedua; lamb chop Sabtu minggu ketiga; chicken chop. Nampak menarik bukan? Bukan semuanya sedap pun.... Dalam ketiga-tiga menu tu, chicken chop yang paling tak umppphh. Ayamnya agak tebal, susah nak garing. Belajar dari kesilapan.