Aku hanya insan biasa...tidak lari dari melakukan kesilapan...Coretan, sekadar catatan perjalanan kehidupan.
Monday, July 23, 2012
Barang Baru
Jumaat lepas selepas ambil anak di asrama singgah di sebuah pasaraya. Hehehe...nampak bendalah ini terus ambil. Mula-mula tu nak ambil satu tapi bila fikir-fikir bukan mudah nak dapat macam ni lagi, terus angkut semua yang tinggal di situ. Discount 70%, ambil semua harganya lebih kurang dengan harga asal 1 unit bendalah ini.
Bersempena dengan awal puasa pada hari sabtu yang lepas, terus gunakan untuk masak puding roti..berbaloi.
Saturday, July 7, 2012
Di Persimpangan
Memang betul kan laman sosial ni banyak baik dan tidak kurang juga banyak buruknya. Sebab itulah aku lebih suka luahkan pendapat dan perasaan (yang bukan keterlaluan) di dalam blog dari di laman sosial. Sekurang-kurangnya aku syok sendiri. Tak ada siapa yang nak kesah selagi tak menyentuh hak dan peribadi orang lain.
Orang kata kita kena memilih kawan, kawan yang baik akan membawa kita ke jalan yang baik. Dan ada juga pepatah mengatakan untuk mengenal kawan kita, kita kena bermusafir dengannya. Selepas itu kita nilaikan sendiri.
Kalau boleh aku tak mau hilang kawan-kawan. Tapi kalau kawan kita tidak perasan kesilapan mereka, nak tegur pun serba salah. Itu yang aku perlu lebih berhati-hati. Bukan semua orang boleh terima keadaan kita. Teringat sudutan dalam cerita di Medicorp, "if you want all people to like you, you will die". Ada juga kawan berkata, setiap orang ada kelebihan dan ada kekurangan. Jangan disebabkan perkara yang kecil dan remeh temeh kita hilang segala-galanya.
Jadi nak putuskan terus persahabatan rasa tak elok pula. Langkah yang terbaik adalah mengundur diri dengan cara perlahan-lahan. Aku harap aku pun tidak keterlaluan dalam setiap sesuatu agar tiada hati yang akan terluka.
Subscribe to:
Comments (Atom)