Semalam dikejutkan dengan berita kematian rakan sebilik semasa kami bersekolah di sebuah sekolah di Keluang. Memang mengejut, dan lebih terharu bila mengetahui beliau sedang mengandung.2 hari lepas merupakan ulang tahun kelahiran beliau. Alhamdulillah aku sempat menziarah beliau walaupun ketika itu beliau telah pun pulang menemui yang Maha Esa. Sayu, pilu, syahdu, sedih semua itu bercampur baur dalam benak fikiran. Tapi aku tak boleh nak kata apa-apa, aku cuba buat mana yang mampu agar diterima doaku oleh sang Pencipta.
Hari ini aku pergi ziarah sambil meneman seorang lagi rakan sekolahku di sekolah yang sama menjalani rawatan kimoterapi. Dah lama nak pergi, tapi belum berkesempatan. Jadi sebelum aku pergi bercuti lebih baik aku tunaikan niat di hati ini. Walapun sebelum ini ada berjanji dengan beberapa rakan lain untuk pergi ziarah. Dari hari ke hari, senyap ja maka lebih baik aku pergi sendiri. Beliau kelihatan agak susut dari kali terakhir aku berjumpa dengannya. Selepas menjalani pembedahan, dah doktor menasihati agar beliau membuat rawatan kimoterapi. Moga beliau terus kuat dan tabah menjalani rawatan tersebut.
Mmmmmmm, satu demi satu kesan-kesan yang usia kita makin tidak panjang. Walaupun aku baru menyabut ulangtahun ke 41 tahun (aku tak malu menulis usia aku yang sebenar). Kita hanya merancang, setiap perjalanan telah ditentukan. Sebab itu bila setiap kali ulangtahun sahabat, rakan atau kenalan, aku akan cuba untuk mengelakkan mengucapkan SEMOGA PANJANG UMUR. Pada aku kalau orang mendoakan aku panjang umur, aku ucapkan terima kasih cuma moga dengan panajangnya umur aku lebih banyak amalanku dan lebih baik yang aku buat. Inilah hakikat. Bila setiap kali ulang tahun kelahiran, makin pendek umur kita. Allahuakbar...
Ya Allah, jika kau ingin mengabil nyawaku, ambillah dalam keadaan aku bersedia. Permudahkanlah perjalanan ku di dunia dan akhirat. Ya Allah moga hari-hari yang mendatang dapat aku lalui dengan lebih tabah, lebih berkat dan agar apa yang aku lakukan berfaedah kepada diriku dan orang-orang lain, teruatamnya orang yang hampir denaganku. Ya Allah, moga aku dapat menjaga batas-batas seorang Muslimah.