Semenjak dua menjak asik pergi bercuti, lepas tu asik pergi hari keluarga. Tak ada kerja lain, makan...makan.. dan ...makan.... Tu dia, pagi tadi timbang, toinggggg...dah naik 2 kg. Hehehe...pagi tadi pergi kedai. Anak pesan coklat. Masa balik bukan coklat aje, tapi macam-macam ada. Macam nak balas dendam pulak seminggu dua ni tak berbelanja.
Juadah dah siap, kacang pool ada, cook tail pun ada...hehehe macam mana lah nak diet. Cooktail dah makan, coklat dah makan, tinggal tunggu kacang pool je...
Agak-agak kan, bilalah nak mula berdiet ni. Kena tanam azam.....Heheheh nak tunggu azam tahun baru.
Inilah akibatnya bila makan tak ingat, tapi bila dah duduk sendirian baru rasa sedih. Nampak sangat nafsu makan menguasai diri.
Aku bukan nak kurus tapi cuma nak sihat.
Aku hanya insan biasa...tidak lari dari melakukan kesilapan...Coretan, sekadar catatan perjalanan kehidupan.
Friday, December 28, 2012
Thursday, December 27, 2012
Ukhwah aka Hari Keluarga 2012
Bertempat di Tunjuk Laut Beach Resort
Tarikh : 23-24 Disember 2012
Setelah dipersetujui (hehehe rasanya aku yang tetapkan) perjumpaan keluarga kali ini diadakan di luar dari kampung halaman. Mula-mula tu nak buat pada 22-23 Disember, tapi disebabkan ada jiran tetangga yang melangsungkan kenduri perkahwinan pada 23 hb. maka terpaksalah tunda ke hari kerja. Nak tak nak orang yang kerja kena ambil cuti. Mari kita tengok photo-photo yang ada.
Pemandangan tapak jamuan dari jauh.
Persiapan awal menyediakan bahan makanan. Empat beradik ni.

Tarikh : 23-24 Disember 2012
Setelah dipersetujui (hehehe rasanya aku yang tetapkan) perjumpaan keluarga kali ini diadakan di luar dari kampung halaman. Mula-mula tu nak buat pada 22-23 Disember, tapi disebabkan ada jiran tetangga yang melangsungkan kenduri perkahwinan pada 23 hb. maka terpaksalah tunda ke hari kerja. Nak tak nak orang yang kerja kena ambil cuti. Mari kita tengok photo-photo yang ada.
Pemandangan tapak jamuan dari jauh.
Persiapan awal menyediakan bahan makanan. Empat beradik ni.

Bila tengok gambar yang terakhir ini terasa begitu sayu dan syahdu.
Alhamdulillah, semua berjalan lancar, dengan niat kerana DIA, maka DIA permudahkan. Jamuan, tahlil, mesyuarat dapat dilakukan pada satu masa. Semoga ukhwah dan persaudaraan kita bertambah rapat.
nota:
1. Terima kasih juga untuk keluarga sebelah suami yang sama-sama memeriahkan majlis yang tak seberapa ini.
2. Minta maaf layanan yang serba kurang.
3. Terima kasih mak sebab doakan kebahagiaan kami, kalau boleh tak mau sambut anniversary. Let it every day is anniversary to us. Moga jodoh kami hingga ke akhir hayat.
4. Terima kasih kepada semua yang sudi memeriahkan perjumpaan kali ini.
Wednesday, December 12, 2012
Masa Berlalu
Bila ayang amati wajah di cermin kan bang, ayang nampak dah kita ni dah semakin tua. Dah tiada wajah setegang dulu. Tapi masih nak menepekkan bedah di situ. Jeragat dah mula nampak. Garis-garis penuaan pun dah kelihatan. Bila lihat rambut pulak, lagilah nampak kita ni semakin tua. Bukan setakat rambut hitam, rambut putih pun dah ada. Badan tak usahalah nak kata, bonggok di mana-mana menandakan kehadiran lemak tepu. Nasib baik abang masih sudi bersama ayang.
Ya Allah, dah semakin tua hambamu ini. Kalau tiba tarikh kelahiran, ada orang akan sebut selamat panjang umur, lagilah rasa umur makin pendek. Ayang berharap sangat agar kita dapat hidup bersama sehingga ke akhir hayat kita. Nak menghabiskan masa bersama-sama, melihat anak-anak membesar dan hidup berdikiari. Masa bersama semakin pendek. Kalau boleh biarlah ayang pergi dulu, tapi abang kata biar abang yang pergi dulu. Masing-masing tak mau menanggung kesedihan kalau salah satu dari kita tiada.
Terima kasih abang masih menggunakan pepatah yang abang catatkan di atas kek semasa pertunangan kita dahulu bahawa abang tidak akan mempersia-siakan ayang. Terima kasih abang,terima kasih tak terhingga. Kata orang sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula hidup berpasangan. Tapi mudah-mudahan asam garam pahit manis hidup bersama akan kita kenang bersama. Terima kasih kerana memilih kesederhanaan dalam kehidupan kita.
Subscribe to:
Comments (Atom)







