Wednesday, December 25, 2013

Cuti-cuti Hujung Tahun 2013 (2)

Hari ke dua kami di sini
Bertolak dari hotel pulul 8.45am
Menuju ke Elephant Camp
Sertai Joint Tour
Taiwan ada, Hongkong ada, China ada, Israil ada
dan akhir sekali...Malaysia (kami  4 beranak la tu)


Aktiviti pertama, menaiki rakit buluh
Yang ini rakit buluh yang dinaiki pelancung lain


Yang ini rakit kami
Bukan main sembunyi keluarga dari Tanah Besar Cina tu


Bersungguh-sungguh hero kami mengemudi rakit


Melihat gajah mandi manda,


Menungang gajah




 Sekumpulan preggy mom,
24 month you





Ada jambatan gantung

Gajah yang jinak


Menaiki kereta lembu

Siap ada ini lagi


Akhir sekali
isi perut yang lapar

Aktiviti hari ni belum habis lagi....bersambung

Sunday, December 22, 2013

Cuti-cuti Hujung Tahun 2013 (1)


Bermula dengan hotel yang amat sempit. 
RM160++...argh
no tv
no wifi
no breakfast
just 1 towel and toiletries
nak jalan pun payah
solat lagilah
patut pun Tony Fernandes tu kaya



Chiang Mai, here we come.


Bersama penaja utama (berbaju oren)
Thank you abang

Cuba madu, sedap sangat agaknya sampai terpejam mata



Silk factory, nampak ulat makan daun mulberry..
so choosy





Hari pertama sampai terus ke tempat di atas. 
Gem factory tak ambil gambar.

Mencari hotel bagai nak rak, akhirnyaa....
Nasib baik ada bilik kosong,
kalau tidak merempatla kami sekeluarga,
percutian yang tak dirancang.

Harga hotel, B850
sebab campur 2 kanak-kanak jadi B950 (>< RM95-100)
deposit baru B200
jauh beza dengan hotel pertama
bilik luas
ada tv
ada wifi
ada breakfast (walaupun hanya 3 menu yang sama setiap hari)
Walaupun bukan 5 stars...kira ok sesangat dengan percutian budget kami

Masa mendarat di Chiang Mai pukul 9 pagi (10 pagi waktu Malaysia)
suhu dalam 17C, suhu petang baru 23C
Nyaman sangat
Kalau pergi pertengahan tahun mau terbakar...musim panas

Wednesday, November 27, 2013

Bahan Bacaan

Hehehee...semenjak dua menjak ni dah tersedap pulak baca novel. Maklumlah boleh baca on line (walaupun tak dapat baca habis, sebab kena beli kalau nak tau kesudahannya) ditambah pula dapat baca buku kakak ipar punya (dia pun minat baca novel juga).

Mula-mula aku baca buku ini...




(Gambar pinjam pak cik google ok...my computer tak beri kerjasama nak post yang aku ambil gambarnya)

Dah tersedap pulak, kemudian aku baca pulak yang ini


Sebenarnya kena baca I Love You Stupid! dulu baru baca My Precious Iris, tapi aku terbalik. Bukan calang-calang nak buat buku setebal 1000++ tu. Buku ILYS tu pun penulis dia buat dalam masa enam bulan. Kira respect la kat kak Melur Jelita ni. Patut pun kakak ipar aku suka dan recommend kat aku baca buku tulisan Melur Jelita.  Lepas ni aku nak cari pula buku dia yang ini




Sampai anak aku tanya, Kenapa ibu suka baca buku cerita tebal-tebal?
Jawapannya kenalah baca ya.
Oh! Abang pedas....

Monday, November 11, 2013

Hari ini 11 November 2013

Hari ini sama saja seperti hari-hari semalam
Cuma hari ini terasa lain sedikit sebab hari ini mengingatkan yang usia semakin pendek
 Sambutan?
Tiada dalam jadual
Hadiah?
Juga tidak mengharapkan (walaupun hakikatnya dah dapat lebih awal)
Tapi yang paling diharapakan adalah doa dari orang sekeliling
Terutamanya anak-anak
Bukan untuk hari ini sahaja
Tapi kalau boleh setiap hari dan sampai bila-bila

Semoga hari esok akan lebih baik dari semalam
Semoga segala kudrat yang ada dapat digunakan sebaiknya
Dan dapat memberi perkhidmatan dan berbakti kepada orang lain selagi hayat dikandung badan




Tuesday, October 22, 2013

Happy Birthday

Happy Birthday anak ibu, Diam tak diam dah 13tahun.









Terima kasih sebab jadi anak yang baik. 
Terima kasih sebab selalu teman ibu. 
Terima kasih sebab memahami ibu.  
Terima kasih sebab selalu tolong ibu.

Ya Allah,
Kau kurniakanlah anakku Muhammad Nur Akmal kesihatan yang baik,
Tambahkan taufiq dan hidayah kepadanya,
Semoga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Semoga menjadi anak yang baik dan terus baik.
Semoga menjadi anak yang rajin.
Semoga menjadi anak yang soleh.
Semoga sentiasa mendoakan ayah dan ibu.
Semoga dapat berbakti kepada orang lain.
Semoga dapat berbuat baik kepada orang lain.
Semoga memperolehi rakan-rakan yang baik.
Semoga Engkau berkati hidupnya.

Wednesday, October 9, 2013

Fira Ayuni

Hahaha...aku dah terperangkap mengikuti drama Samarinda "Fira Ayuni".  Nak tau jalan cerita kena carilah sendiri.

Pada pendapat aku la, cerita ni ada iras-iras cerita Korea. Si heroin mesti pilih hero yang nakal dan tak berapa nampak baik (tapi handsome). Dia tak akan pilih hero yang baik dan handsome. Selalu aje cerita Korea tu mengecewakan aku.

Apapun aku kena tunggu sampai cerita ni habis.

Friday, September 27, 2013

Kerja Elektrik

Check list:

1. Pasang soket di bahagian luar (tepi rumah)

2, Menambah 3 point lampu di bahagian tepi tembok (sila abaikan tembok yang sudah berlumut).

3. Menggantikan lampu lama1 mentol (yang di pasang di tembok) dengan lampu baru 2 mentol di bahagian meja sebelah luar (sebelum ni malap sangat).

3. Memasang sensor untuk lampu bahagian dapur.  So kalau balik kampung, suiz on tapi lapu akan hidup bila waktu malam sahaj (jimat sikit).

4, Memandangkan kami tak berjaya nak pasang L shape ni sebab drill yang tak berapa "power", maka kerja ini pun kami serahkan kepada dia.

5.  Memasang kipas baru di bilik Arif sebab kipas yang lama terbakar sudahhh. Sebelum ini bekas Chemist dan bekas Engineer cuba pasang tapi tak bergerak bila di hidupkan. Nampaknya dah tak ada 'gold fan' lagi ya, dah tukar putih.


6. Menambah satu lampu di bilik stor (bahagian belakang gelap sangat, seriau nak ambil barang).

7. Menggantikan regulator fan di bilik Aiman dan Akmal (ternyata bukan regulator yang rosak, kipas yang dah nak rosak).

Berakhir sudah kerja-kerja electrikal oleh En. Abu selama dua hari. Alhamdulillah....sedia duit aje lah. 

Lepas ini kerja-kerja paip air pula. 

Thursday, September 26, 2013

Novel

Dah rasa bosan. Nak berfb pun nak buat apa ya? Tak kan asyik nak berborak (chat) ja. Nak pergi belajar di luar teramatla malasnya. Ni merupakan aktiviti aku bila dah teramat bosan....Disebabkan dah terfollow baca di penulisan2u.com.

Aku dah lama baca novel. Semenjak aku kanak-kanak pantang dapat buku. Maklumlah, zaman tu bukan senang nak beli buku. Kalau dapat tu memang tak lepas di tangan lah.

Berbalik pada novel Cinta Kontrak ni, aku respect dengan si penulis. Baru berusia 18 tahun, masa dia tulis novel ni. Masih boleh di asah lagi bakat penulisannya. Patut pun masa aku baca novel ni bahasanya banyak bahasa zaman sekarang. Dari segi bahasa masih tak dapat nak menandingi penulis otai. Ya lah kan, pengalaman belum banyak. (aku pun tak pandai nak tulis novel, tiada kesabaran). Cuma padaku kot ya pun janganlah sampai nak habis asyik nak menggunakan kata-kata kesat aka kasar. (sah-sah, masih muda remaja lagi).

Apapun tahniah untuk Nurul Ain Syuhada

p/s:- aku masih meminati penulis idolaku Norhayati Berahim. Baik dari segi jalan cerita mahupun  dari segi bahasa. Aku masih suka bahasa sopan.

Saturday, September 14, 2013

Berdikit-dikit

Orang kata nak buat sesuatu yang baik tu bukan mudah, dan nak kekalkan lagilah payah. Umur dah semakin bertambah dan usia semakin berkurang. Kita mulakan sikit-sikit dulu ya. Sebelum Subuh, selepas Maghrib dan selepas I'sya.

Wednesday, August 21, 2013

Salam Syawal

Salam Syawal untuk semua. Nak ucap Selamat Hari Raya, ada ustad tu kata hari raya ada 2 hari sahaja iaitu 1 Syawal dan 10 Dzulhijjah. Even lepas puasa 6 di bulan syawal pun tak boleh sebut hari tu hari raya. Entah, hari ni dah berapa syawal ya? Maklumlah surirumah, jarang-jarang tengok kalender. Tahun ini macam biasa, 1 syawal berada di kampung suami. Compulsory!...Bertuah sungguh emak dan abah (dalam maknanya tu). Nasib baik dah biasa bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa".

Meh!....tengok tema hari raya tahun ni.




Orang yang bersongkok tinggi tu lah yang memilih warna tema untuk tahun ini. Nasib baikla ibu dia dah ada kain warna yang seakan-akan sama.

Anak yang nombor dua siap cakap, ustazah pesan, bila hari raya selalunya orang akan cakap "Selamat hari raya, maaf zahir dan batin", tapi kita kena ubah, kena cakap macam Rasulullah ucapkan iaitu "Tabarokallahhumin kum". Kena ingat tu.

Apapun salam syawal untuk semua.

Saturday, July 13, 2013

Umrah 2013



Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur yang tak terhingga kami sekeluarga dapat menunaikan umrah sebelum Ramadan. Rombongan seramai 46 orang yang terdiri dari 5 keluraga besar. Bertolak pada 28 Jun dan balik pada 8 July 2013. Mengikut kata agen, pakej yang kami ikuti itu digelar 'Umrah Mudah'. Tapi tidak semudah seperti namanya. Terlalu banyak iktibar dan pengajaran yang kami perolehi dari perjalanan tersebut. Dugaan tidak terhenti di Malaysia saja rupanya. Kami masih di duga dengan bermacam-macam dugaan. Alhamdulillah semua yang terlibat reda dengan apa yang berlaku.

Rasa seronok berada di tanah suci Mekah dan Madinah. Walaupun di sana sedang musim panas, semua itu sebagai salah satu cabaran dan pengalaman baru. Dapat juga merasa tawaf di Baitullah beberapa minit sebelum zohor. Kalau di Madinah usai solat zohor dan asar, keluar sahaja dari Masjid Nabawi, angin yang menyapa pipi tu dah macam berada di sabak roti. Dapatlah melihat suhu di dinding Masjidil haram tu suhu menunjukkan 48C. Dengan keadaan Masjidil haram di dalam pembinaan semula, dan juga kawasan-kawasan di sekitanya yang dirobohkan, maka banyaklah debu-debu berterbangan. Debu-debu dari tanah haram dah masuk ke dalam salur pernafasan, kesannya batuk, demam merupakan perkara biasa. Tapi bila dah di sana, hidung menjadi kering (jangan cakap nak korek hidung, sakit ooo). Bangun pagi batuk kahak berdarah (kena sabar ajelah). Bawa ubat paracitamol dua papan habis. Yang silapnya tak bawa ubat batuk. Ubat di sana sangat mahal. Ubat batuk satu botol aje dah 35 Rial. Nak tak nak kenalah beli. Alhamdulillah, si kecil berdua tu boleh adap dengan cuaca di sana. Mereka berdua tu ok saja. Yang tua-tua sahaja yang bermasalah.

Tapi itu semua sebagai sampingan sahaja. Paling utama adalah apa yang ada di dada. Semoga dapat recharge semua keimanan dan ingatan kepada Allah. Moga lepas ini lebih bersemangat untuk beribadah.

Kali pertama, umrah berdua. Kali ke dua, haji berdua. Kali ke tiga, umrah sekeluarga. Dengan harapan kali ke empat, dapat membuat haji sekeluraga.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn. Hj. Khairol Afandi yang telah 'sponser' perjalan kami sekeluraga. Semoga dimurahkan lagi rezeki, dan diberkati untuk rezeki-rezeki yang akan datang. Moga Allah sahaja yang membalas segala jasa yang telah diberikan.