Isnin lepas aku pergi menghantar anakku yang ke dua di sekolah Menengah Sains Sembrong. Bertolak dari rumah pukul 7.10 pagi sampai on time pukul 9.00 pagi. Lepas daftar terus pergi koperasi dan sattlekan urusan asrama. Alamak! Tak ada selimut pulak. Dah nak kena keluar cari selimut. Di papan putih tu tulis briefing untuk pelajar baru pukul 12.00. Tu dia, lama lagi. Ada dua jam nak menunggu. Dalam hati baik aku pergi cari selimut dulu. Tub, tap, tub, tap...sampai sekolah pukul 12.00. Sedang elok aku nak masuk dewan, emak bapak dah keluar.....dah habis rupanya. Aku tengok semula papan kenyataan, dah tukar pukul 11.00. Ni nak salahkan siapa, salah aku atau salah siapa?..... Nasib baik Amal ni jenis yang positif aje.

Lepas tu aku baliklah ke asrama, cek balik almari yang dikunci tapi boleh buka. Keluar semula, balik semula...akhirnya balik ke sekolah pukul 3.30. Aku dah tak sanggup nak tunggu lagi walaupun Cikgu Khalid tadi kata boleh datang semula sebelum pukul 5.0. Maka sesi salam dan peluk cium berlaku. Aku apa lagi, punyalah sedih. Amal berkedip-kedip, aku yang lebih....sayu, menitis juga air mata aku. Amal pergi ke sekolah bersama-sama senior tingkatan lima. Habis sesi lambai melambai aku pun balik. Tak apa ya amal, Jumaat ni ibu datang lagi ambil Amal.
Amal, cita-cita amal untuk masuk ke asrama dah tercapai. Teruskan cita-cita seterusnya. Ibu hanya boleh berdoa dan membantu mana yang ibu termampu. Semoga menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat, jadi manusia yang berguna di mana jua berada.