Tuesday, April 30, 2013

Aku Ke Sekolah

Tak pasal-pasal aku kena hantar bag Aiman ke sekolah. Ni gara-gara tersalah bawa bag. Ada ke patut dia bawa bag sekolah agama, padahal bag sekolah kebangsaan letak betul-betul di tengah tangga.

Sampai di kelas aku tengok Aiman dah merah mata, ni mesti tadi menangis sebab perasan tersalah bag. Tu la, pagi-pagi kalau dah banyak cakap, sampaikan bag pun tersalah ambil. Nasib baiklah ibu awak tu tak berkerja.

Selain dari kisah bag tertinggal, ada kisah lain nak kongsi cerita. Sesampai aje di pondok pengawal, kak Guard tu cerita yang abang sebelum aku tulis buku pelawat tu ada masalah disiplin. Anaknya sudah 43 hari tak hadir ke sekolah. Cikgu telepon bapak budak tu beritahu yang anaknya sudah lama tak hadir ke sekolah. Semalam cikgu telepon bapak budak tu suruh datang ke sekolah dan memang sah budak tu tiada di sekolah. Setiap pagi budak itu akan datang ke sekolah tapi tak masuk kelas dan setiap kali balik budak tu ada di sekolah. Tanya punya tanya budak tu tidak mengaku. Dia kata dia ada di sekolah. Tapi pelik kan, masa bapak dia datang dia tak ada pulak, setiap kali cikgu ambil kedatangan dia tak ada juga. His..his..his... baru tahun lima dah perangai macam ni. Kalaulah tak diambil langkah awal mau gelap masa depan. Pening mak bapak dan juga cikgu dapat murid macam ni.

Sunday, April 28, 2013

Aktivit Hujung Minggu

Hari ni tak tau nak masak apa. Cek di makcik google, tinjau-tinjau kalau ada resepi yang berkenan. Teringin nak masak macam-macam, tapi bahan tak cukup. Ni ajelah yang terhasil.


Udang masak sweet sour. Ada lima ekor aje.


Ayam masak kurma.


Acar rampai mentah.


Jadilah kan, walaupun tak berapa pandai masak masakan ini, tapi kira bolehla masuk selera tekak-tekak di rumah.

Disebabkan anak bujang yang nombor dua balik dari asrama, maka kenalah buat sesuatu kan, tak lain tak bukan roti la.

dan ini

dan ini


Kalau anak tak balik malas juga nak buat roti ni. Dulu-dulu tu rajin juga masa BM tu sihat walafiat. Tapi bila BM dah tak sihat, nak kena menguli la pulak. Setengah kilo tepung nak diuli, tak boleh buat selalu. Nanti naik otot-otot lengan.
Bungkus sikit unutk di JB, sikit untuk di Kluang, sikit untuk bekalan di dalam kereta dan simpan sikit untuk sarapan esok.

Wednesday, April 24, 2013

Aku Ke Lotus Desaru

Balik aje dari Putrajaya, selepas membuat beberapa urusan di bank, nak kena bersiap pula ke Desaru.

Ini merupakan kali kedua aku ke sini. Kali pertama cuti sekolah yang lepas.

Sampai aje dah pukul 7.30 malam. Cik abang ada kerja, aku dan Aiman memerap di dalam bilk. Dah malam, nak buat apa lagi kan...tidur ajelah.

Apa yang ada di sini?


Pemandangan dari balcony bilik penginapan kami.





















Malam minggu ada bunga api di pantai.


Tapi benda yang aku suka pun ada di sini.










Ni semua orkid obersee, but I like.

Monday, April 22, 2013

Aku Ke Putrajaya

Rabu lepas aku ke Putrajaya. Pertama kali menaiki keretapi.

Punyalah tak pernah naik keretapi ke Kuala Lumpur. Mula-mula tanya kawan, sambil tu cek di dalam website, nak sahkan lagi aku call KTM.
Keretapi Senandung Malam, bergerak pukul 11.35 malam berharga RM33. Keretapi sampai dari Singapura. Pukul 12 baru keretapi berjalan. Punyalah teruja nak naik keretapi. Aku duduk di seat no A15, koch M1. Tu dia, nun di barisan paling akhir sekali. Ada ruang lagi di bahagian akhir tu iaitu toilet. Ada ramai juga budak-budak muda yang bersaing denganku, kelihatannya seperti pelatih askar.
Bila keretapi dah bergerak baru terasa, dengan gegaran dan bunyinya. Itu tak ditambah lagi dengan budak-budak tu nak berasap di kawasan sebelum toilet. Dahlah pitu senang terbuka, sesekali masuk juga asap-asap rokok mereka. Nak buat macam mana, beli tiket pun dah pukul 10.40 malam. Setiap setengah jam sekali dan setiap kali bergegar aku akan terjaga. Itu belum lagi di setiap stesen yang dia berhenti. Akhirnya sampai juga di hentian keretapi Kuala Lumpur Central pada pukul 6.30 pagi.

Dah sampai di Kuala Lumpur Sentral, destinasi seterusnya ialah Putrajaya Sentral. Aku ambil KLIA Transit.

Tiket berharga RM9.50. Syok juga naik KLIA Transit ni kalau nak dibandingkan dengan komuter. Cepat aje. Sesak pun tidaklah sesak. Sampai di Putrajaya Sentral pukul 7.00 pagi. Masih awal lagi. Duduk dulu sambil tu pergi sarapan, Kuea Tiaw Goreng dengan telur dan air teh tarik. Sesekali kan, apa salahnya.

Seterusnya nak ke Wisma Putra pula. Tanya bas yang jaga bas tu macam acuh tak acuh aje. Tak apa, naik teksi dulu, nanti kalau urusan dah selesai baru naik bas.

Tu dia, RM13 dari Putrajaya Sentral ke Wisma Putra. Sampai juga di Wisma Putra. Nak dijadikan cerita di sinilah Musibah berlaku. Aku ingatkan tak nak susahkan orang (kakak aku yang bekerja di JPM), tapi terpaksa juga. Aku reda aje dengan Musibah yang berlaku. Tujuan aku nak ke Wisma Putra dah selesai. Tapi yang tak berkaitan hal ini pula yang tidak selesai.

Nak tau ke mana aku selepas itu? Ke mana lagi, ke JPN dan seterusnya ke ofis kakak aku la di JPM. Menumpang sekejap. Tengahhari balik ke rumah kakak, makan dan tidur. Nak balas dendam sebab dalam keretapi cuma tidur-tidur ayam. Kakak ku kata setiap musibah yang berlaku tu ada hikmahnya. Ada orang yang nak kena ditolong dan ada orang yang menolong. Moga urusan selepas ini akan dipermudahkan. Aminnn...

Esoknya.....

Pagi-pagi lagi aku dah sampai ke JPN. Ambil apa yang patut. Keluar dari bangunan JPN pun belum pukul 8.00 pagi. Wah!... sungguh efektif betul perkhidmatan di Putrajaya. Kalaulah di bahagaian-bahagian lain sama seperti ini kan bagus. Keluar aje dah nampak bas Rapid KL. Naik bayar 50 sen ke Putrajaya Sentral. Hehehe...jauh beza kan antara naik teksi dan bas. Maklumlah bas tu ada subsidi.
Cuma tiket 50 sen tu tak tau mana aku letak.

Tepat pukul 9.00 pagi aku naik bas express pula ke Larkin.

Nasib baik urusan habis awal, kalau tidak aku kena ke Bandar Tasik Selatan pula nak kejarkan bas lain. Bas express dari hentian Putrajaya ke Johor Bahru ada dua kali iaitu jam 9.00 pagi dan 1.00 tengahari. Dalam bas pun apa lagi, tidur, tidur dan tidur.
Sampai di Hentian Larkin pukul 1.00 tengahhari.

Dipendekkan cerita aku sampai rumah pukul 2.00 petang. Alhamdulillah urusan dah selesai dengan kenangan pahit. Reda ajelah dengan ketentuan yang tertulis. Semoga urusan selepas ini Allah permudahkan.

Tuesday, April 16, 2013

Mee Udang

Ada orang tu pantang ada iklan pasal makanan kegemaran dia, mengalahkan orang mengandung. Sambil makan pun sebok merancang macam mana nak pi beli mee udang jb. Asyik dok dengar aja orang cakap. Seboleh-boleh merancang perjalanan agar lalu jalan yang ada kedai ni. Dalam dok mencari kedai tu nampaklah iklan dia di tengah jalan.



Cari punya cari rupanya kedai ni belakang stesen minyak Petronas aja.


Mee tak banyak mana, dah makan beberapa sudu baru teringat nak ambil gambar. Udang ada empat ekor.


Rasa?....bolehlah. Tapi kuah agak pekat, dan terasa udang keringnya.

Sunday, April 14, 2013

Cemburu

Sabtu lepas dapat juga jengah anak yang di asrama Kluang. Kesian, demam. Pagi tak dapat pergi ke kelas Darjah Khas kerana pergi hospital. Sampai pun dah pukul 4 petang. Almaklumlah, suami kerja separuh hari, dah tu nak kena menghadapi jam di Permas Jaya menuju ke bandar Johor Bahru.Sempat juga tanya anak keadaan di sekolah dan asrama. Anakku akan menjawab apa yang aku tanya, so bukan dia yang suka membawa cerita.

Mengikut kata anakku, ada budak yang tak sukakan dia. Budak yang tak suka dia tu siap tubuhkan kelab KAA, Kelab Anti Akmal di dalam kelas. Katanya budak tu tak sukakan dia sebab dia kata nama anakku selalu penceramah sebut masa ceramah Sains dan anakku berlagak pandai sebab setiap apa yang penceramah tu nak tunjukkan tujuannya, anakku itu dah tau sebabnya. Aku tanya lagi, ada tak perbuatan budak itu yang menyakitkan hati. Budak itu selalu meniup ketulan ais menggunakan straw minuman kepada anakku.



Sebenarnya semasa ceramah tersebut anakku itu duduk di bahagian tepi hadapan. Jadi masa penceramah tu tanya, anakku tu jawab. Lepas tu bila nak sebut nama, dia selalu sebut nama anakku kerana mungkin dia malas nak fikir nama lain. Dari dulu aku dah pesan dengan anakku itu, kalau pergi ceramah duduk di bahagian hadapan, disebabkan awak tu kecil adalah lebih baik duduk depan. Ilmu pun senang dapat. Pasal jawab soalan tu pula anakku suka baca buku sains, terutamanya buku komik pengemaraan Jepun. Itu yang katanya banyak yang dia dah tau. Itupun menjadi kebencian orang.

Baru tingkatan satu dah ada perangai macam ni, macam perasaan hasad saja. Cuba bayangkan kalau dah besar nanti. Seperti kata suamiku, kadang kala kita cuba bertindak dan belajar ke hadapan, tapi ada sahaja manusia yang tidak puas hati.

Apa yang boleh aku nasihatkan adalah, tak rugi tak layan orang macam tu. Jangan ambil hati dengan apa yang dia buat selagi apa yang dia buat tu tak mencacatkan kita. Banykkan bersabar dan berdoa moga orang-orang macam ini diberi petunjuk dan hidayah. Buat baik dengan orang. Semoga anakku akan terus tabah dan berjaya mengatasi masalah-masalah kecil seperti ini. Setiap apa yang berlaku akan mematangkan dia.

Friday, April 12, 2013

Lama Dah




Dah lama tak buat kueh ni, makan tahun juga lah. Bila teringatkan anak-anak mulalah nak buat makanan kegemaran mereka.

Semalam buat 'tart crust'. Aiman sebok suruh buat fillingnya semalam juga. Hehehe...malas la pulak. Ada lagi cheese di dalam peti sejuk tu buatlah bluebery cheese tart. Sebelum expired baik gunakan.

Disebabkan dah lama tak membuat, maka ketebalan 'crust' tu pun pelbagai lah juga. Alhamdulillah, dapat 3 bekas. Satu nak dihantar ke JB, satu nak dihantar ke Kluang dan satu lagi untuk rumah ni.



Tinggi kolestrol ni.