Monday, June 24, 2013

Monster University

Gara-gara ayah dan anak anak sulung tengok cerita Word War Z, 3D lagi..maka aku ditugaskan untuk menemankan Aiman menonton Monster University. Kiranya kami ni menumpang tuah la.


Mak aiii..RM16 tu. Kenapa tak mintak 1 untuk kanak-kanak? Dia kata tak ingat....(lain kali kena ingat, belajar melalui kesilapan). Walaupun kurang seringgit dua boleh dapat air mineral 1 botol tau.


Aku sebenarnya tak berapa tahan duduk dalam panggung, macam panas aje bontot nak tunggu lama-lama. Nasib baik cerita menarik untuk Aiman.

Kali ini heronya adalah "Mike" Wazowski, Monster hijau bermata satu. Manakala yang sebelahnya tu "Sulley" Sullivan, hero untuk filem Monster Incorporated.

Disebabkan lawatan masa kanak-kanak ke syarikat penjana tenaga Monster Incorporated, Mike bercita-cita untuk menjadi 'scarer' (tak sedap pulak nanti terjemah dalam Bahas Melayu). Maka Mike berusaha untuk masuk ke Monster Universiti dan menjadi scarer yang berjaya pada satu hari nanti. Nak dijadikan cerita Mike dapat masuk ke Monster Universiti dan dia ni tiada langsung ciri-ciri monster yang menakutkan. Malah dekan universiti pun memandang rendah terhadap beliau. Tapi Mike and The Gang berjaya membuktikan bukan wajah yang menakutkan sahaja boleh berjaya tapi teknik yang betul dan kebolehan yang ada pada monster tersebut boleh juga membantu. Di sinilah lahirnya kumpulan Oozma Kappa. Walaupun Mike ni pandai dan Sulley tu menakutkan tapi pemalas, akhirnya mereka berdua dibuang universiti. So dari sinilah aku baru tahu macam mana mereka boleh berkerja di syarikat Monster Incorporated.

Hehehe...memang syoklah tengok cerita ni (aku kan tak minat cerita serius dan menakutkan)

Sunday, June 2, 2013

Siapa Yang Rajin?

Dalam perjalanan balik ke rumah ternampak rangka kereta (ikut selera penulis, kereta yang telah terbakar) di tepi lebuhraya. Lebih kurang 200 meter di hadapannya ternampak seorang lelaki berjalan sambil memikul pintu rangka kereta yang terbakar tadi.

Cakap dengan pilot di sebelah, "orang ni tak ada kerje agaknya, pintu kereta pun sanggup dipikul untuk mendapatkan duit. Cubalah cari kerja yang berfaedah sikit, ini tidak...asal benda yang boleh dijual diangkutnya. Cubalah jadi rajin sikit, cari kerja yang betul-betul."

Nak tau apa pilot sebelah cakap?

"Dia dah rajin la tu, sebab itu dia sanggup pikul pintu kereta yang berat tu jauh-jauh...kalau saya memang tak rajin nak pikul."

Gulpppp...betul juga kata pilot tu.