Saturday, July 13, 2013

Umrah 2013



Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur yang tak terhingga kami sekeluarga dapat menunaikan umrah sebelum Ramadan. Rombongan seramai 46 orang yang terdiri dari 5 keluraga besar. Bertolak pada 28 Jun dan balik pada 8 July 2013. Mengikut kata agen, pakej yang kami ikuti itu digelar 'Umrah Mudah'. Tapi tidak semudah seperti namanya. Terlalu banyak iktibar dan pengajaran yang kami perolehi dari perjalanan tersebut. Dugaan tidak terhenti di Malaysia saja rupanya. Kami masih di duga dengan bermacam-macam dugaan. Alhamdulillah semua yang terlibat reda dengan apa yang berlaku.

Rasa seronok berada di tanah suci Mekah dan Madinah. Walaupun di sana sedang musim panas, semua itu sebagai salah satu cabaran dan pengalaman baru. Dapat juga merasa tawaf di Baitullah beberapa minit sebelum zohor. Kalau di Madinah usai solat zohor dan asar, keluar sahaja dari Masjid Nabawi, angin yang menyapa pipi tu dah macam berada di sabak roti. Dapatlah melihat suhu di dinding Masjidil haram tu suhu menunjukkan 48C. Dengan keadaan Masjidil haram di dalam pembinaan semula, dan juga kawasan-kawasan di sekitanya yang dirobohkan, maka banyaklah debu-debu berterbangan. Debu-debu dari tanah haram dah masuk ke dalam salur pernafasan, kesannya batuk, demam merupakan perkara biasa. Tapi bila dah di sana, hidung menjadi kering (jangan cakap nak korek hidung, sakit ooo). Bangun pagi batuk kahak berdarah (kena sabar ajelah). Bawa ubat paracitamol dua papan habis. Yang silapnya tak bawa ubat batuk. Ubat di sana sangat mahal. Ubat batuk satu botol aje dah 35 Rial. Nak tak nak kenalah beli. Alhamdulillah, si kecil berdua tu boleh adap dengan cuaca di sana. Mereka berdua tu ok saja. Yang tua-tua sahaja yang bermasalah.

Tapi itu semua sebagai sampingan sahaja. Paling utama adalah apa yang ada di dada. Semoga dapat recharge semua keimanan dan ingatan kepada Allah. Moga lepas ini lebih bersemangat untuk beribadah.

Kali pertama, umrah berdua. Kali ke dua, haji berdua. Kali ke tiga, umrah sekeluarga. Dengan harapan kali ke empat, dapat membuat haji sekeluraga.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn. Hj. Khairol Afandi yang telah 'sponser' perjalan kami sekeluraga. Semoga dimurahkan lagi rezeki, dan diberkati untuk rezeki-rezeki yang akan datang. Moga Allah sahaja yang membalas segala jasa yang telah diberikan.

Salam Ramadan

Salam Ramadan untuk semua. Sekejap aje dah hari ke-4 Ramadan. Bukan bulan puasa aje, tapi adalah bulan beribadah. Rebut peluang yang ada.

Kali ni kami tinggal bertiga aje di rumah. Dua lagi duduk di asrama. Dah buat keputusan, kali ni nak masak untuk iftar. Maklumlah kalau dah keluar hantar anak-anak ke asrama, for sure tak masak. Dok membeli di bazar saja. Faham-faham ajelah kalau dah membeli, bukan sereinggit dua. Maka nak cover dari jumlah yang dibeli, masa duduk rumah kenalah masak.

Jom meriahkan Ramadan kali ini dengan banyakkan buat amal ibadat.