Wednesday, August 21, 2013

Salam Syawal

Salam Syawal untuk semua. Nak ucap Selamat Hari Raya, ada ustad tu kata hari raya ada 2 hari sahaja iaitu 1 Syawal dan 10 Dzulhijjah. Even lepas puasa 6 di bulan syawal pun tak boleh sebut hari tu hari raya. Entah, hari ni dah berapa syawal ya? Maklumlah surirumah, jarang-jarang tengok kalender. Tahun ini macam biasa, 1 syawal berada di kampung suami. Compulsory!...Bertuah sungguh emak dan abah (dalam maknanya tu). Nasib baik dah biasa bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa".

Meh!....tengok tema hari raya tahun ni.




Orang yang bersongkok tinggi tu lah yang memilih warna tema untuk tahun ini. Nasib baikla ibu dia dah ada kain warna yang seakan-akan sama.

Anak yang nombor dua siap cakap, ustazah pesan, bila hari raya selalunya orang akan cakap "Selamat hari raya, maaf zahir dan batin", tapi kita kena ubah, kena cakap macam Rasulullah ucapkan iaitu "Tabarokallahhumin kum". Kena ingat tu.

Apapun salam syawal untuk semua.