1. Pasang soket di bahagian luar (tepi rumah)
2, Menambah 3 point lampu di bahagian tepi tembok (sila abaikan tembok yang sudah berlumut).
3. Menggantikan lampu lama1 mentol (yang di pasang di tembok) dengan lampu baru 2 mentol di bahagian meja sebelah luar (sebelum ni malap sangat).
3. Memasang sensor untuk lampu bahagian dapur. So kalau balik kampung, suiz on tapi lapu akan hidup bila waktu malam sahaj (jimat sikit).
4, Memandangkan kami tak berjaya nak pasang L shape ni sebab drill yang tak berapa "power", maka kerja ini pun kami serahkan kepada dia.
5. Memasang kipas baru di bilik Arif sebab kipas yang lama terbakar sudahhh. Sebelum ini bekas Chemist dan bekas Engineer cuba pasang tapi tak bergerak bila di hidupkan. Nampaknya dah tak ada 'gold fan' lagi ya, dah tukar putih.
6. Menambah satu lampu di bilik stor (bahagian belakang gelap sangat, seriau nak ambil barang).
7. Menggantikan regulator fan di bilik Aiman dan Akmal (ternyata bukan regulator yang rosak, kipas yang dah nak rosak).
Berakhir sudah kerja-kerja electrikal oleh En. Abu selama dua hari. Alhamdulillah....sedia duit aje lah.
Lepas ini kerja-kerja paip air pula.
