Wednesday, November 27, 2013

Bahan Bacaan

Hehehee...semenjak dua menjak ni dah tersedap pulak baca novel. Maklumlah boleh baca on line (walaupun tak dapat baca habis, sebab kena beli kalau nak tau kesudahannya) ditambah pula dapat baca buku kakak ipar punya (dia pun minat baca novel juga).

Mula-mula aku baca buku ini...




(Gambar pinjam pak cik google ok...my computer tak beri kerjasama nak post yang aku ambil gambarnya)

Dah tersedap pulak, kemudian aku baca pulak yang ini


Sebenarnya kena baca I Love You Stupid! dulu baru baca My Precious Iris, tapi aku terbalik. Bukan calang-calang nak buat buku setebal 1000++ tu. Buku ILYS tu pun penulis dia buat dalam masa enam bulan. Kira respect la kat kak Melur Jelita ni. Patut pun kakak ipar aku suka dan recommend kat aku baca buku tulisan Melur Jelita.  Lepas ni aku nak cari pula buku dia yang ini




Sampai anak aku tanya, Kenapa ibu suka baca buku cerita tebal-tebal?
Jawapannya kenalah baca ya.
Oh! Abang pedas....

Monday, November 11, 2013

Hari ini 11 November 2013

Hari ini sama saja seperti hari-hari semalam
Cuma hari ini terasa lain sedikit sebab hari ini mengingatkan yang usia semakin pendek
 Sambutan?
Tiada dalam jadual
Hadiah?
Juga tidak mengharapkan (walaupun hakikatnya dah dapat lebih awal)
Tapi yang paling diharapakan adalah doa dari orang sekeliling
Terutamanya anak-anak
Bukan untuk hari ini sahaja
Tapi kalau boleh setiap hari dan sampai bila-bila

Semoga hari esok akan lebih baik dari semalam
Semoga segala kudrat yang ada dapat digunakan sebaiknya
Dan dapat memberi perkhidmatan dan berbakti kepada orang lain selagi hayat dikandung badan