Sudah 19 tahun cincin ini tersarung di jari.
Syukur Alhamdulillah atas segala yang telah Kau kurniakan kepada hambamu ini.
kuatkanlah ikatan kasih sayang antara kami.
Aku hanya insan biasa...tidak lari dari melakukan kesilapan...Coretan, sekadar catatan perjalanan kehidupan.
Tuesday, December 30, 2014
Wednesday, November 19, 2014
Saturday, November 15, 2014
Thursday, November 13, 2014
11.11.
Dua hari lepas merupakan hari ulangtahun aku yang ke 43.....43...43....tak adanya aku nak selindung-selindung. Dah tua kan?
Tak ada hadiah yang lebih bermakna selain dari ucapan doa dan pelukan dari orang-orang tersayang disekeliling aku,
Hadiah?....En. Abang kata pi ambil duit dalam bank dan belilah apa yang nak dibeli. Sebenarnya kita bukan mengharapkan hadiah yang mahal-mahal tapi lebih kepada sentuhan kasih sayang. Biasa lah kan, alah bisa teggal biasa. Kalau ikut hati jahat mau beli yang mahal-mahal. Tapi tak sampai hati pulak. Dan akhirnya aku tak beli apa-apa pun.
Yang ini merupakan hadiah untuk diri sendiri, guna duit sendiri. Dibeli dua minggu sebelum tarikh.
Kenapa Nikon? Tiada sebab pun, mungkin kamera sebelum ni pun Nikon. Nikon J1.
Ditukar sebab lense selalu rosak sebab aku ni rajin sangat ambil gambar alam sekitar.
Sebenarnya aku tak pandaipun ambil gambar secara manual, buat masa sekarang masih guna auto.
Tapi tak bermakna selamanya aku akan guna auto, niat nak belajar tetap ada.
Yang ini hadiah dari laman. Berkembangnnya sama tarikh di atas.
Yang lain-lain tak dapat aku nak upload sebab aku dah terdelete gambar rendang ayam sekuali yang aku masak.
Tak ada hadiah yang lebih bermakna selain dari ucapan doa dan pelukan dari orang-orang tersayang disekeliling aku,
Hadiah?....En. Abang kata pi ambil duit dalam bank dan belilah apa yang nak dibeli. Sebenarnya kita bukan mengharapkan hadiah yang mahal-mahal tapi lebih kepada sentuhan kasih sayang. Biasa lah kan, alah bisa teggal biasa. Kalau ikut hati jahat mau beli yang mahal-mahal. Tapi tak sampai hati pulak. Dan akhirnya aku tak beli apa-apa pun.
Yang ini merupakan hadiah untuk diri sendiri, guna duit sendiri. Dibeli dua minggu sebelum tarikh.
Kenapa Nikon? Tiada sebab pun, mungkin kamera sebelum ni pun Nikon. Nikon J1.
Ditukar sebab lense selalu rosak sebab aku ni rajin sangat ambil gambar alam sekitar.
Sebenarnya aku tak pandaipun ambil gambar secara manual, buat masa sekarang masih guna auto.
Tapi tak bermakna selamanya aku akan guna auto, niat nak belajar tetap ada.
Yang ini hadiah dari laman. Berkembangnnya sama tarikh di atas.
Sunday, November 2, 2014
Bila Penaishat Memberi Nasihat
Dalam satu situasi apabila si Ibu membonceng si anak.
Anak: Aiman rasa perut ibu makin boncet.
Ibu : Kan Ibu dah cakap yang ibu semkin gemuk.
Anak : Nampaknya ibu kena banyakkan minum air daripada banyakkan makan.
Ibu: Itulah, kenapa Aiman makan sikit, kan ibu kena makan banyak.
Anak : Janganlah makan banyak, kena kurangkan kalau nak kurus.
Bila anak kecil memberi nasihat.
Monday, October 13, 2014
Orang Hebat
Sketsa 1
Anak : Ibuu....ibu tengah buat apa tu?
Mak : Tengah bersihak dapur ni.
Anak : Ingatkan ibu tengah buat apa.
Mak : Kalau bukan ibu yang bersihkan siapa lagi yang nak bersihkan?
Anak : Kalaulah dia boleh bersihkan sendiri kan bagus.
Mak : Kalau macam tu tak adalah nak dapat pahala.
Anak : Tapi kalau buat tak ikhlas tak guna juga.
Mak : Mmmmmmm (dalam hati sabar ajelah)
Sketsa 2
Mak : Alahai....kenapa guna bag yang dah koyak ni?
Anak : Tak apa.
Mak : Bag free ayah kan banyak, tukar ajelah.
Daripada tak dipakai baik adik guna.
Anak : Untuk kejayaan akan datang bermula dengan berjimat cermat.
Mak : (Sayunya hati)
Kadang kala kita tidak perlu dengar dari orang hebat di luar, orang-orang disekeliling kita pun sudah cukup hebat.
Thursday, July 3, 2014
Ramadan
Salam Ramadan Al-Mubarak
Diam tak diam sekejap aje dah bulan puasa.
Alhamdulillah
Punyalah lama tak masukkan apa-apa.
Dah naik bersarang.
Apapun moga ramadan kali ini lebih baik dari yang lepas.
Niat kena baik dan gembira menyambutnya.

Friday, April 11, 2014
Cerita Hari Ini
Pagi tadi hantar Aiman ke kelas 2D Animation di Kolej Komuniti. Mana nak tunggu tu sempat berbual dengan seorang bapa budak. Dalam masa dok berbual tu keluar cerita pasal anak dia duduk asrama.
Punyalah tak puas hati dengan sistem asrama tu, cerita pasal aktiviti yang terlalu sebok oleh anaknya.
Masa sekolah dari pagi sampai pukul 1.30 petang.
Lepas tu preep dan aktiviti sukan sampai pukul 6 petang.
Seterusnya belajar malam sampai pukul 10.00 malam.
Dia kata anak dia di rumah tidur pukul 9.00 malam.
Dia kata anak dia yang dua orang lagi duduk di rumah tu special, kat rumah cakap separuh melayu separuh omputeh.
Aku siap cakap, anak saudara saya pun di rumah cakap omputeh tak payah belajar pun (dalam hati anak aku pun terror juga cakap cuma tak suka tunjuk kat aku aje).
Dia kata anak dia yang berya nak masuk asrama tu padahal dapat interview MRSM, tapi sebab dah masuk tak dapatlah dia pergi interview.
Anak dia selalu mengadu barang hilang la.
Bangun awal sebab nak basuh baju la.
Aku cakap kat dia, biasalah budak tingkatan satu, tak lama lagi mesti dia biasa.
Dia kata lagi, masa mesyuarat PIBG lepas dia tak sempat nak pergi nak komen pasal masa belajar.
Kalau anak dia tak serasi dia nak keluarkan anaknya dari sekolah tu.
Pas tu siap cakap, collection masa PIBG besar...
Wahai cik abang oii (tak kan nak panggil pakcik, sebab anak-anak dia kecil lagi) tapi dia kata batch dia ambil MCE (dalam hati aku macam tak percaya aje, tak da la pulak nampak macam dah masuk 50tahun)
Dalam dunia ni macam-macam orang ada. Nampak macam "big talk" (tapi kena bersangka baik la pulak). Dari segi pakaian pun aku tak berapa gemar, kata group MCE tapi pakai seluar 3/4 corak hawaii lagi.
Nak yang terbaik tapi banyak komplen.
Dia tak tau ke, sekolah yang dia kompen tu sekolah aku dulu.
Kalau masa belajar nak ikut cara dia, kenapa sekolah tu dah beroperasi lebih 40 tahun tak ikut cara dia.
Dah tu bukannya sorang dua orang berjaya yang lahir dari sekolah tu, malah terlalu ramai.
Kadang kala jadi geram juga bila jumpa orang macam ni. Tak mustahil akan lahir ramai lagi orang-orang yang berfikiran macam bila dah ada ketua keluarga yang sebegini.
Yang aku geram tu, nampak bangga anak dia masuk sekolah tu tapi dalam masa yang sama banyak komplen....sekolah aku tu beb...
Dari sekolah tu la aku belajar menguruskan masa.
Dari sekolah tu la aku belajar disiplinkan diri.
Dari sekolah tu la aku belajar macam mana nak jadi orang.
Dari sekolah tu la aku berjumpa dengan macam-macam orang.
Dari sekolah tu la aku dapat ke menara gading.
Dan yang paling penting....
Dari sekolah tu la aku berjumpa pasangan hidup aku...

Tuesday, March 11, 2014
Tuesday, February 11, 2014
Bila Tiba Masanya
Pagi tadi berkesempatan menziarahi jenazah anak kawan di ofis lama. Usia Allahyarham baru bersia 12 tahun ketika dia dijemput olehNya. Meningal disebabkan sakit kanser tulang. Ingat lagi masa dia kecil dulu, rumah kami agak dekat dan bila berjumpa anak-anak akan bermain sama. Semoga kawanku akan redha dengan segala ketentuan. Sudah ada yang menantinya di syurga.
Kita?
Tak tau lagi bagai mana bahagian kita. Yang pasti saat kita akan tiba jua.
Moga Allah permudahkan di akhir kalamku, jadikan saat yang paling indah di akhir kalamku.
Kadang kala kita sering terlupa. Bila ada sesuatu kematian baru kita ingat erti kerhidupan.
Monday, February 10, 2014
Thursday, January 16, 2014
Cuti-cuti Hujung Tahun 2013(5)
Hari seterusnya (dah lupa hari keberapa)
Persinggahan pertama, Hot Spring Chiang Rai
Persinggahan kedua, Watt putih (nama dah lupa, malas pulak tu nak cari)
Siap ada penanggal
Sebelum masuk ke Watt, ada benda ini,
Walla weiii, cantik kan toilet dia, katanya toilet tercantik.
Persinggahan ketiga, Golden triangle
Laos, yang kubah kuning tu adalah kasino. di Thailand, kasino tidak dibenarkan.
Land to nobody, Myanmar.
Singgah di sebuah pulau di Laos. Jejak juga kaki di Laos.
Persinggahan keempat, Measai. The northern place of Thailand. Beratarbelakangkan Myanmar. Nak masuk kena chop dan bayar RM45. Hanya dipisahkan oleh sebatang sungai.
Pemandangan di Measai, yang biru tu tempat chop pasport.
Persinggahan terakhir, kampung orang asli.
Hari ini keluar pukul 7 pagi dan sampai semula ke hotel pukul 10 malam. Penat. Tapi pengalaman punya pasal tak apa.

Subscribe to:
Comments (Atom)