Thursday, January 16, 2014

Cuti-cuti Hujung Tahun 2013(5)

Hari seterusnya (dah lupa hari keberapa)

Persinggahan pertama, Hot Spring Chiang Rai





Persinggahan kedua, Watt putih (nama dah lupa, malas pulak tu nak cari)

Siap ada penanggal

Sebelum masuk ke Watt, ada benda ini,

Walla weiii, cantik kan toilet dia, katanya toilet tercantik.

Persinggahan ketiga, Golden triangle

Laos, yang kubah kuning tu adalah kasino. di Thailand, kasino tidak dibenarkan.

Land to nobody, Myanmar.


Singgah di sebuah pulau di Laos. Jejak juga kaki di Laos.

Persinggahan keempat, Measai. The northern  place of Thailand. Beratarbelakangkan Myanmar. Nak masuk kena chop dan bayar RM45. Hanya dipisahkan oleh sebatang sungai.


Pemandangan di Measai, yang biru tu tempat chop pasport.

Persinggahan terakhir, kampung orang asli.

Hari ini keluar pukul 7 pagi dan sampai semula ke hotel pukul 10 malam. Penat. Tapi pengalaman punya pasal tak apa.

Sunday, January 12, 2014

Selingan

Aiman : Ibu nak tolong.

Ibu: Nah, tolong ini. Tumis bahan-bahan ni sampai betul-betul masak.

Aiman: Apa tumis tu ibu?

Ibu : Rebus tahu?

Aiman: Tahu. Masak dalam air.

Ibu: Tumis ni pula menggunkan minyak. Ha, tumis bahan tu sampai dia terbit minyak. Sampai nampak minyak tu dah naik ke atas dan berbuih (mengelegak). Itu tandanya dah masak, dan bau pun dah sedap.
Kalau tak cukup masak, nanti masakan rasa tak sedap.

Aiman: (Sambil menghidu)...mmmm sedap baunya.
Oo terbit minyak ni samalah seperti terbit matahari. Bila matahari terbit, Aiman pun bangun.

p/s - selamat hari Ahad.

Saturday, January 11, 2014

Cuti-cuti Hujung Tahun 2013(4)

Bertahun nak update. Bak kata orang biar lambat daripada tak masuk langsung.

Hari ke-3 di Chiang Mai
Tempat pertama di tuju.

Tempat pertama.
Berlatarbelakangkan bandar Chiang Mai



 Kami dah sampai di puncak tertinggi di Thailand, Malaysia? Belum lagi




Tempat kedua, turun sedikit dari tempaat tadi.





Di tempat ini terdapat 2 Wat. Satu sebagai peringatan untuk  Raja manakala satu lagi untuk Permaisuri.

Sebenarnya tempat ni tidaklah sesejuk mana kalau nak dibandingkan dengan Cameron Highland. Baju sejuk tu saja, nak beri gempak aje. Mungkin cuaca tropika, sejuk pun kering. Di Malaysia iklim khartulistiwa, sejuk tapi lembab.

Tempat ketiga.






Tinggi you air terjun dia. Tak ada sesiapa pun mandi di sini.

p/s- nak diingatkan, kalau berjalan tu bawala bekal mana yang patut. Kot-kot depa tak jumpa kedai yang halal, orang lain makan awak gigit jari. Nasib baik kami bawa bekal coklat, roti, buah. Beg tu penuh makanan aje.

Wednesday, January 1, 2014

Cuti-cuti Hujung Tahun 2013(3)

Mak aii, dah bertukar tahun baru nak update
Better late than never lah kan

Lepas pergi tengok gajah kami ke kampung orang long neck
Pemandangan di kampung tersebut

Aktiviti menenun merupakan aktiviti kaum perempuan


Anak-anak mereka main sungai

Sebenarnya mereka ni dibawa dari Myanmar ke sini dan dijadikan sebagai satu perkampungan perlancungan.
Tak membeli pun.

Dalam perjalanan balik singgah ke sini pula

Ladang orkid

Setiap orang dapat macam ni
 Lepas tu apa lagi
jamu mata la




Ok
lepas tu baru kami balik
sampai hotel dah pulul 4.30 petang
penat weii
nak kena rehat
esok nak jalan lagi