Friday, April 11, 2014

Cerita Hari Ini

Pagi tadi hantar Aiman ke kelas 2D Animation di Kolej Komuniti. Mana nak tunggu tu sempat berbual dengan seorang bapa budak. Dalam masa dok berbual tu keluar cerita pasal anak dia duduk asrama.
Punyalah tak puas hati dengan sistem asrama tu, cerita pasal aktiviti yang terlalu sebok oleh anaknya.
Masa sekolah dari pagi sampai pukul 1.30 petang.
Lepas tu preep dan aktiviti sukan sampai pukul 6 petang.
Seterusnya belajar malam sampai pukul 10.00 malam.
Dia kata anak dia di rumah tidur pukul 9.00 malam.
Dia kata anak dia yang dua orang lagi duduk di rumah tu special, kat rumah cakap separuh melayu separuh omputeh.

Aku siap cakap, anak saudara saya pun di rumah cakap omputeh tak payah belajar pun (dalam hati anak aku pun terror juga cakap cuma tak suka tunjuk kat aku aje).

Dia kata anak dia yang berya nak masuk asrama tu padahal dapat interview MRSM, tapi sebab dah masuk tak dapatlah dia pergi interview.
Anak dia selalu mengadu barang hilang la.
Bangun awal sebab nak basuh baju la.

Aku cakap kat dia, biasalah budak tingkatan satu, tak lama lagi mesti dia biasa.

Dia kata lagi, masa mesyuarat PIBG lepas dia tak sempat nak pergi nak komen pasal masa belajar.
Kalau anak dia tak serasi dia nak keluarkan anaknya dari sekolah tu.
Pas tu siap cakap, collection masa PIBG besar...

Wahai cik abang oii (tak kan nak panggil pakcik, sebab anak-anak dia kecil lagi) tapi dia kata batch dia ambil MCE (dalam hati aku macam tak percaya aje, tak da la pulak nampak macam dah masuk 50tahun)

Dalam dunia ni macam-macam orang ada. Nampak macam "big talk" (tapi kena bersangka baik la pulak). Dari segi pakaian pun aku tak berapa gemar, kata group MCE tapi pakai seluar 3/4 corak hawaii lagi.
Nak yang terbaik tapi banyak komplen.
Dia tak tau ke, sekolah yang dia kompen tu sekolah aku dulu.
Kalau masa belajar nak ikut cara dia, kenapa sekolah tu dah beroperasi lebih 40 tahun tak ikut cara dia.
Dah tu bukannya sorang dua orang berjaya yang lahir dari sekolah tu, malah terlalu ramai.
Kadang kala jadi geram juga bila jumpa orang macam ni. Tak mustahil akan lahir ramai lagi orang-orang yang berfikiran macam bila dah ada ketua keluarga yang sebegini.
Yang aku geram tu, nampak bangga anak dia masuk sekolah tu tapi dalam masa yang sama banyak komplen....sekolah aku tu beb...
Dari sekolah tu la aku belajar menguruskan masa.
Dari sekolah tu la aku belajar disiplinkan diri.
Dari sekolah tu la aku belajar macam mana nak jadi orang.
Dari sekolah tu la aku berjumpa dengan macam-macam orang.
Dari sekolah tu la aku dapat ke menara gading.
Dan yang paling penting....
Dari sekolah tu la aku berjumpa pasangan hidup aku...