Friday, May 29, 2015

Seandainya

Tiba-tiba aku terjumpa puisi ini semasa mengemas
Coretan suatu ketika dahulu


Hehehe...macam pernah kecewa aje.
Tapi kini tidak lagi sebab sudah ada cahaya, peneman hidupku

(aku pun tak ingat aku copy dari mana puisi tersebut)

Saturday, May 23, 2015

Tradisional

Kalau dahulu mak buat baju sekolah aku,  mesti  lengan baju melepasi pergelangan tangan. Jadi kalau di sekolah aku akan lipat satu atau dua kali agar mudah untuk aku menulis dan tidak mengotorkan baju.


  Tapi pada satu hari kawan baik aku tegur,  "kenapa lipat lengan baju tu,  kan tak cantik".  Apa lagi,  balik aje ke rumah aku terus potong lengan baju tu untuk panjang yang sesuai dengan aku. Semenjak dari itu baju aku lengannya semua paras pergelangan tangan,  kiranya dah tak mengikuti ciri-ciri baju tradisional yang sebenarnya.


(sila abaikan tangan bibik merangkap tukang kebun tu ya.
Sebenarnya baju kurung tradisional amat mematuhi syariat kan.)

Sunday, May 10, 2015

Baju

Hehehe.  Dah lama aku tak menjahit baju fesyen. Dah tu nak guna zip sembunyi.  Zaman belajar dulu-dulu mana ada zip sembunyi ni. Ni lah jadinya.


Nasib baik aku ni ada guru jarak jauh.  Walaupun aku tak pernah belajar secara formal (tengok youtube la tu), kalau ada masalah memang aku rujuk kat dia.  Nasib baik ada wassap, mudah sikit aku nak buat rujukan.
Customer aku tu kena terima apa yang aku jahit ya,  aku ni bukan professional tapi cuma amatur saja. Hantar kedai mahal weiii.

Saturday, May 9, 2015

TH


Sekarang ni tengah hangat issu TH.  Aku sebagai rakyat biasa pun nak juga luahkan ke tidakpuasan  aku.  Aku pun bukan pandai sangat bab ekonomi ni.  Tapi aku tetap tak puas hati bila TH beli tanah 1 MDB tu.
Sebagai penyimpan TH,  aku bukan tak sokong pengurusan buat pelaburan ,  tapi kalau pada harga yang tak munasabah tu,  aku pun turut kecewa seperti penyipan-penyimpan lain .

Dari dulu aku menabung di situ,  sampaikan anak-anak aku lahir pun aku terus buatkan akaun.  Maklumlah mudah nanti dah besar,  simpanan dah ada nak buat haji pun senang.

Alhamdulillah aku pun dah pun menunaikan haji pada usia yang muda, berkat simpanan di situ.  Pada ketika itu,  kos mengerjakan haji baru RM8880 (2005).
Sekarang kos dah meningkat RM10000 sorang.  Untuk yang pergi kali ke dua dah tak ada subsidi kena bayar penuh RM16000 sorang.  Kalau giliran lama lagi maka kenalah tambah kos tu ikut perbelanjaan semasa. Kesian orang-orang kampung yang bias-biasa tu,  kena sentiasa menabung untuk mencukupkan jumlah. Bayangkan makcik pakcik yang kerja kampung tu.

Tapi macam kawan kata di fb,  kita sebagai rakyat biasa apa yang boleh kita buat selain gelang kepala.  Nak keluarkan duit tu semua kang tak ada harapan nak pergi haji lagi.  Kalau aku ni jutawan lain la. Nak buat macam mana, di Malaysia ni hanya satu saja badan yang menguruskan haji.  Kalaulah ada badan lain,  sah-sah esok lusa tinggal separuh aje penyipan di situ.

(#sekadar meluahkan kekesalan aku,  tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati)