Sunday, November 20, 2016

5 Bulan

15 hb lepas bawa Aqil ke klinik untuk cek.  Sekejap aje dah 5 bulan .  Kali ini berat dah 7.2kg. Naik 200g saja .  Sama macam bulan lepas.  Selain dari itu,  Aqil kena injection dos ke-3 tiga serangkai.  Biasa la,  mesti melalak .

Lepas tu jumpa Dr pula.  Leher ada ruam.  Alhamdulillah ,  lepas dapat krim yang Dr beri terus kurang ruam di leher .  Dr kata ,  biasa bila budak umur macam Aqil .  Lebih-lebih lagi badan sihat dan leher banyak lemak.  Hehehe bukan leher pendek, tapi banyak lemak,  ikut keturunan.  Bila di klinik bukan dia reti diam,  asyik nak main aje.  Bila malam,  ya Allah,  macam nak pengsan penat.  Tak apa ya Aqil,  demi Aqil ibu sanggup buat apa saja.  


Sunday, September 25, 2016

Hari ke-3




Disebabkan baby alami rendah kandungan gula,  maka bermalamlah di hospital.  Hari pertama baby puasa sebab masuk air gula.  Hari ke-2, pemantauan oleh doktor.  Hari ke-3 baru boleh balik.

Ya...

Friday, September 23, 2016

Hadiah Terindah

10 Jun 2016. Hadiah yang terindah buat kami sekeluarga.  Allah berikan kami rezeki yang tidak terduga.


Orang lain di usia sebegini menimang cucu tapi aku menimang anak.  Sejarah berulang untuk kedua-dua keluarga.  Beza usia yang sulung dan yang bongsu.



P/s- nanti aku tulis apa cabaran yang aku lalui.  Kata orang,  perlahan-lahan.

Syukur

Punyalah lama aku tak kemaskini blog.  Ni bukan bersawang lagi,  tapi dah naik keladak.

Lepas ni nak selalu kemas blog ni. 

Saturday, April 30, 2016

Pertama Kali Dalam Sejarah

Nak dijadikan cerita,  pada satu sabtu beberapa minggu lepas aku tak berapa sihat.  Tapi En.  Abang nak juga pergi pasar tani dan beli ikan,  agar mudah nah bawa bekal sewaktu berkerja nanti.  Aku cakap aku tak larat nak bangun sebab asyik muntah. Dengan rasa geram En.  Abang beraikan dirinya menyiang ikan.
Tadaaaaaa...

Inilah hasilnya,  sepanjang usia tak pernah siang ikan.  Selepas 45tahun terpaksa siang tanpa rela (sambil hentak-hentak kaki)


ps: punya lah lama tak update blog :)
-anak siap cakap,  kalau tak pandai sila tengok youtube