Wednesday, May 10, 2017

Kawan

Akhir-akhir ini terasa sangat sunyi daripada kawan-kawan.  Lebih-lebih lagi bila dah ada Aqil. Tak tau la,  sama ada aku yang sebok atau kawan-kawan yang sebok.  Terasa sungguh.  Nasib baik ada anak kecil.  Masa agak penuh terisi.

Tak apalah,  kena fikir positif. Aku ada terbaca di fb,  seorang penulis ni menulis ketika dia menziarahi jenazah  kawannya.  Sepanjang perjalanan banyak yang difikirkan,  antaranya adalah bila kita meninggal tiada lagi sahabat,  kawan dan rakan.  Tapi saudara,  adik beradik,  keluarga yang akan ada bersama kita.  So aku pun kena berfikir sebegini.

Thursday, March 23, 2017

Cuti, Aqil Dan Pantai

Hari ini Johor cuti sempena hari Keputeraan Sultan.  Kena pula cuti sekolah.
Kita ke Tanjung Sepang Beach Resort pula.
Apa yang aku boleh kata tempat ini memang cantik.  Mesti owner dia invest juta-juta Rm.  Bilik cantik,  kemas,  bersih.  Perkarangan resort bersih,  penuh dengan pokok-pokok.  Tak terasa panas.  Kemudahan cantik dan lengkap.  Setiap rumah disediakan tempat untuk memanggang.  Tak payah berebut.  Macam resort 4 bintang.  Tapi harga pun cantik juga lah,  kena waktu cuti pula tu.

Tapi kali ini percutian pantai pertama buat Aqil.  Kiranya majlis pijak pasir pantai.


Seronok betul dia.  Dah 9  bulan baru berani nak beri dia mandi pantai.