Thursday, March 23, 2017

Cuti, Aqil Dan Pantai

Hari ini Johor cuti sempena hari Keputeraan Sultan.  Kena pula cuti sekolah.
Kita ke Tanjung Sepang Beach Resort pula.
Apa yang aku boleh kata tempat ini memang cantik.  Mesti owner dia invest juta-juta Rm.  Bilik cantik,  kemas,  bersih.  Perkarangan resort bersih,  penuh dengan pokok-pokok.  Tak terasa panas.  Kemudahan cantik dan lengkap.  Setiap rumah disediakan tempat untuk memanggang.  Tak payah berebut.  Macam resort 4 bintang.  Tapi harga pun cantik juga lah,  kena waktu cuti pula tu.

Tapi kali ini percutian pantai pertama buat Aqil.  Kiranya majlis pijak pasir pantai.


Seronok betul dia.  Dah 9  bulan baru berani nak beri dia mandi pantai.