1. Hari ini 1 Zulkaedah. Bermakna bulan raya dah berakhir. Hari ini merupakan hari pertama keberangkatan jemaah Haji Malaysia ke Arab Saudi untuk menunaikan haji. Terngiang-ngiang lagi rasanya walaupun dah 4 tahun berlalu. Ini bermakna jemaah yang mengambil penerbangan awal ini akan berada di sana lebih dari 40 hari. Bestnya...tapi orang yang ambil penerbangan awal ini pun ada risikonya, lebih-lebih lagi jemaah wanita jika periodnya datang ketika waktu haji. Biasanya selepas 2-3 hari selepas haji dah kena bersiap untuk balik ke Malaysia, kalau tak betul-betul merancang parah juga rasanya. Untuk Monis yang khabarnya berada dalam kumpulan ini didoakan moga mendapat haji yang mabrur.
2. Sepanjang hari raya yang lepas banyak kunjungan ke rumah saudara dan jemputan ke rumah terbuka. Selain dari rumah saudara di kampung seingatnya aku sempat pergi ke rumah kak Idah (makan nasi kerabu atas pemintaan aku), rumah Ecah ( mee kari), rumah abang Mid di Sg. Udang Melaka (Serentak dengan open warung dia), ke rumah kak Mah ( tumpang tidur, kak Mah tak ada ke Terengganu), rumah Ina (laksa Kelantan dan Penang), rumah Puji (Masakang nasi campur), rumah Azman Murli (nasi ayam), rumah Nora ( pelbagai masakan), ke rumah kenalan abang yang aku sendiri tak ingat. Alhamdulillah atas layanan dan jemputan kalian. Moga Allah menambahkan rezeki kalian. Sebenarnya aku tak kisah sangat juadah yang terhidang, tetapi yang penting adalah silaturahim. Kata orang tetamu tu datang membawa rezeki, perginya membawa dosa.
3. Untuk semua yang telah hadir ke rumah aku, aku ucapkan terima kasih. Minta maaf sekiranya hidangan yang diberi tidak seberapa. Tahun ini aku tak buat rumah terbuka sebaliknya aku sekadar menjamu tetamu yang hadir seadanya sahaja. Dulu selalu juga aku buat rumah terbuka, tapi kali ini aku lebihkan konsep silaturahim. Biasanya kalau di rumah terbuka aku tak dapat berbual dengan tetamu. Buat rumah terbuka ni penat. Dahlah aku sorang perempuan di rumah, kalau nak masak banyak-banyak tak larat. So kali ini siapa yang datang beritahu awal bolehlah aku sediakan juadah basah, kalau tidak kueh kering aje la.
Antara juadah yang sempat aku buat:
1. Kacang pool
2. Roti jala
3. Bee hoon goreng
4. Popiah
5. Soto dan rendang ayam
6. Mee rebus
4. Dalam masa sebok beraya, sempat juga aku singgah ke Tugu Negara dan Taman Burung Kuala Lumpur.
Anak bujang aku tu bukan main melawa lagi dengan cermin mata RM2. Dulu dia selalu ambil cermin mata aku, tapi disebabkan aku tak benarkan, so dia beli di kedai RM2. Dia cukup suka dengan gayanya yang nampak "baik" itu.
5. Tadi Amal periksa sekolah agama. Ni lagi satu kes lawak, beria-ia dia kata hari ini ada peperiksan sekolah kebangsaan. So dia bawa tempat pensil dan pensil warna saja. Tiba di sekolah baru dia perasan minggu depan baru mula periksa. Nasib baik aku perasan dia call walaupun tak sempat jawab, sempatlah juga aku balik rumah ambil beg sekolah dia. Hai anak-anak, belajarlah betul-betul dan jawab soalan dengan baik. Ibu boleh tolong mana yang ibu mampu aje, dan ibu doakan moga kalian berjaya.
No comments:
Post a Comment