Aku tak tau macam mana projek aku boleh “burst”. Lari betul dari budget, ni bukan setakat 10, tapi berpuluh-puluh. Nak tak nak aku kena juga gali lubang, tapi masalahnya lubang mana yang aku nak gail?...Ni yang aku buat muka seposen dengan bapak. Punyalah takut nak cakap.
Aku siap susun ayat berminggu-minggu nak cakap dengan bapak. Aku rasa macam nak luruh jantung bila cakap dengan bapak. Yang kesiannya, hari raya korban yang lepas aku cakap kat bapak. Ni bukan aku yang berkorban, tapi bapak yang berkorban untuk aku. Masa aku cakap tu siap gelak-gelak, dalam eartikata kalau betul bapak beri, ok, kalau tak tak apa. Si Ana dan Ikin, anak saudara aku siap gelakkan aku lagi. Lepas dari itu, aku dah rasa lega, kalau bapak beri atau tidak dah tak menjadi masalah lagi. Yang penting aku dah cakap. Bunyinya macam kabur aje....
Tub-tub esok pagi dalam pukul 10, bapak dah beri pada aku. Hee... macam tak percaya aje. Aku kena beringat, adat meminjam....kena pulang
No comments:
Post a Comment