Dah lama aku tak berbelanja di Giant Pelentong. Hari ni aku pergi dengan Arif. Aku paksa dia tolak troli untuk hari ini. Mula-mula tu dia tak nak pergi sebab aku kata aku nak pergi sekejap aje, tapi dia tak ada pilihan lain sebab kena ikut juga. Sebenarnya bukan aku tak boleh pergi sendiri tapi aku saja ajak dia, cepat sikit langkah aku. Yang dua orang lagi tu tinggal di rumah aje.
Dari malam tadi asyik hujan aje, pagi ni mula lagi dan nampaknya berterusan. Aku keluar rumah dan sampai di Giant pukul 9.15 pagi. Masa aku sampai dah ada orang tolak troli keluar dari Giant. Kali ni aku bertolak awal sebab tak nak beratur panjang di kaunter. Aku malas nak ke Giant ni pada bab akhir iaitu masa nak bayar. Orang yang membeli pun bukan sikit-sikit barang diaorang termasuklah aku. Tu yang bila di kaunter tu tak mainlah seminit dua. Kiranya orang-orang ini semuanya berfikiran macam aku malas nak beratur lama-lama. Maklumlah minggu depan dah Tahun Baru Cina.
Sebenarnya bukan bab aku belanja barang dapur yang menjadi tajuk utama aku, tapi pasal anak aku. Dalam pada aku sudah belanja tu dia siap kata, "ibu selipar, selipar abang dah rosak". Selain dari tu dia nak beli pemberat kaki untuk sport, aku bukan faham sangat. Tapi aku tak mampu nak beri, pada aku macam membazir aje. Tapi tak taulah nanti aku berubah fikiran. Cari punya cari selipar, last-last aku beli selipar di kedai luar. Masa di dalam Giant tadi tak nak beritahu, dah di luar baru cakap. Melayang RM29. Budak-budak zaman sekarang. Ayah dia pun tak pakai selipar mahal-mahal, paling-paling pun selipar bowling aje. Bila aku perhatikan barang anak aku lebih mahal dari barang ayah dia. Anak zaman moden.
Dulu aku ingat anak dah besar dah lega, tak payah susah-susah. Rupanya setiap saat dan setiap perubahan tahun mereka macam-macam yang kita hadapi. Kalau dulu apa yang kita beli semua mereka pakai, tapi kini tak lagi. Baju, kasut , seluar semua ada citarasa sendiri. Nasib baik anak aku tak demand yang mahal-mahal. Mungkin mereka faham ekonomi mak bapak mereka. Tapi kalau orang yang hanya ada anak satu, aku tak tau apa perasaan mereka. Lepas ni aku kena hadapai pula hari-hari yang mendatang dengan penuh tanda tanya.
p/s- Anak oh anak, kamu adalah permata hati ibu.
No comments:
Post a Comment