Thursday, April 7, 2011

Apa Nak Jadi



Apa nak jadi dengan aku punya limit ni. Nampaknya limit tinggal limit yang pasti aku dah melebihi limit yang aku tetapkan. Bukan setakat jarum penimbang tu aje yang berubah tetapi aku sendiri dah terasa. Rasa macam-macam ada. Nak tau apa yang aku rasa:
1. Mata berubah bila jarum penimbang tu dah tak tunjuk tempat yang sama atau dah berlebihan dari yang sepatutnya.
2. Semua baju kurung yang lama (maklumlah sekarang ni dah tak kerja maka dah kurang buat baju baru)semua rasanya macam baju tu dah mengecil. Ni nak kena buat baru ni.
3. Semua seluar panjang yang lama pun dah macam mengecil aje. Yang ni pun nak kena beli baru.
4. Bila tengok dalam gambar, macam dah tak sepatutnya.
5. Kaki dah mudah terasa letih, dan cepat merasa kebas bila duduk terlalu lama (tergantung) terlalu lama.

Yang lain-lain tak perlulah aku nyatakan ya.

So adakah aku akan membiarkannya atau membuat sesuatu sebagai mengatasi masalah ini? Adakah aku biarkan menurut kata hati yang gembira atau menurut kata kesihatan yang baik? Emmmmm....payahnya.

No comments: