Aku hanya insan biasa...tidak lari dari melakukan kesilapan...Coretan, sekadar catatan perjalanan kehidupan.
Sunday, May 20, 2012
Kita Adalah Apa Yang Kita Pilih
Kita adalah apa yang kita pilih. Ialah...Setelah penat bekerja, kita memilih untuk bercuti, berehat dan macam-macam aktiviti. Mungkin juga ada aktiviti yang memang kata orang tu macam nak bayar hutang sebab dah seminggu bekerja. Tapi kita juga kena ingat, biarlah aktiviti kita tu berfaedah dan tak sia-sia. Kadang kala awal-awal tu semangat berkobar-kobar, tapi tak lama lepas tu kita lupa. Semangat ke mana, kita ke mana. Akhirnya hilang di depan tv. Biarpun sedikit yang kita buat tapi jika mempunyai faedah yang besar, ianya adalah pilhan yang amat berbaloi. Bila usia dah makin bertambah ni kan, biarlah apa yang kita buat tu penuh dengan faedah...dan pahala.
Orang kata ilmu tu kena cari, bukan lari dari ilmu. Bila usia dah meningkat ni carilah ilmu akhirat. Ilmu dunia ni tak akan bawa ke mana. Bila kita kejar dunia, kita dapat dunia tapi bila kita kejar akhirat, akhirat dapat, dunia pun dapat.
Orang kata Hidayah perlu dicari bukan ditunggu. So...tepuk dada, tanya selera dan iman. Dah cukup?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment