Aku hanya insan biasa...tidak lari dari melakukan kesilapan...Coretan, sekadar catatan perjalanan kehidupan.
Wednesday, December 12, 2012
Masa Berlalu
Bila ayang amati wajah di cermin kan bang, ayang nampak dah kita ni dah semakin tua. Dah tiada wajah setegang dulu. Tapi masih nak menepekkan bedah di situ. Jeragat dah mula nampak. Garis-garis penuaan pun dah kelihatan. Bila lihat rambut pulak, lagilah nampak kita ni semakin tua. Bukan setakat rambut hitam, rambut putih pun dah ada. Badan tak usahalah nak kata, bonggok di mana-mana menandakan kehadiran lemak tepu. Nasib baik abang masih sudi bersama ayang.
Ya Allah, dah semakin tua hambamu ini. Kalau tiba tarikh kelahiran, ada orang akan sebut selamat panjang umur, lagilah rasa umur makin pendek. Ayang berharap sangat agar kita dapat hidup bersama sehingga ke akhir hayat kita. Nak menghabiskan masa bersama-sama, melihat anak-anak membesar dan hidup berdikiari. Masa bersama semakin pendek. Kalau boleh biarlah ayang pergi dulu, tapi abang kata biar abang yang pergi dulu. Masing-masing tak mau menanggung kesedihan kalau salah satu dari kita tiada.
Terima kasih abang masih menggunakan pepatah yang abang catatkan di atas kek semasa pertunangan kita dahulu bahawa abang tidak akan mempersia-siakan ayang. Terima kasih abang,terima kasih tak terhingga. Kata orang sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula hidup berpasangan. Tapi mudah-mudahan asam garam pahit manis hidup bersama akan kita kenang bersama. Terima kasih kerana memilih kesederhanaan dalam kehidupan kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment